Wednesday, 29 May 2013

Sesi Pembentangan 2...

Assalamualaikum...

      Herm...seperti yang dijanjikan,aku akan menceritakan lagi kisah yang amat menarik! sambungan kisah sesi pembentangan kami yang lepas..hihihihiihihhi....kalau kisah yang lepas aku rasa cerita dia agak havoc,kisah kali ni..herm..entahla..tak taw la nak cakap camne..biasa-biasa je kot...secara keseluruhannya mungkin la berjalan lancar kot..

     Sesi kali ini dimulakan dengan kumpulan yang memilih tajuk PERTOLONGAN CEMAS..Persembahan slide diorang ok la kot..Banyak la jugak ilmu yang boleh didapati..Contohnya,kami boleh tahu tentang jenis-jenis ubat dan fungsi ubat-ubat tersebut..Untuk video pula,kumpulan ini menengetengahkan cara untuk melakukan CPR ketika dalam kecemasan dan cara-cara membasuh tangan dengan betul..Video diorang ni agak bosan sebab tak ada lagu dan transition..tapi,boleylah...

    Kemudian,kumpulan kedua yang membentang ialah kumpulan 5 yang membentangkan tajuk NOSTALGIA ZAMAN KANAK-KANAK..Kumpulan  ini cuba membawa kami mengimbau kembali zaman kanak-kanak di mana mereka membincangkan tentang kartun,permainan dan makanan ringan ketika zaman kanak-kanak..video depa pulak,mula-mula sangat memukau pandangan..memang best video diorang..tapi,lepas tu,agak membosankan la sebab diorang temuramah orang..

   Lepas tu,kumpulan 11 pulak yang membentang..kumpulan sape?kumpulan aku la tu..Aku tak tau nak describe macam mana masa presentation kumpulan aku..ketika membentang,aku rasa ok lah kot..takde masalah sangat..tapi,bila waktu video nak ditayangkan,video aku tak ade suara..=(..seydih sangat..kelam kabut kami mencari sumber yang menyebabkan suara tak keluar..yang kami pelik, video orang lain boleh je mengeluarkan suara..video kumpulan aku je yang tak ade suara...seydih,tapi,nak buat cam mane..pasrah jela..=(

   Diteruskan pulak dengan kumpulan 16 yang menceritakan tentang STRES..Rasanya diorang dapat idea ni sebab kitorang present pon da nak dekat exam..jadi,stress paling dekat dengan pelajar sekarang ni..Diorang   ceritakan tentang punca-punca,reaksi orang stress,kesan-kesan dan cara atasi stress..Video diorang pulak menarik sebab mesej yang nak disampaikan dapat difahami oleh penonton..

  Kumpulan seterusnya adalah kumpulan 10 yang menceritakan tentang APLIKASI MOBILE.. diorang cerita tentang whatsapp messenger dan instagram la yang aku dengar..aku tak sempat tengok presentation diorang secara detail sebab aku tengah uruskan untuk video aku ketika ini..Sir Azzwan dengan baik hatinya bagi kitorang peluang untuk tunjukkan video kitorang..mula-mula,tunjuk dari pendrive,lepas tu cuba bukak google drive..tapi dalam google drive sangat lama buffering..jadi,aku tinggalkan je dulu bagi kumpulan lain bentang dulu..

   Selepas itu,kumpulan seterusnya membentang tentang PAKAIAN TRADITIONAL masyarakat kaum Melayu,Cina dan India..Slide diorang nampak kretif dan cantik..Diorang juga terangkan jenis-jenis pakaian traditional dan waktu untuk memakainya..Slide diorang nampak biasa je bagi aku...Tapi, video diorang yang cantik sangat! sangat kemas dan menarik..tapi,aku tak dapat sangat mesej yang ingin disampaikan..

  Kumpulan seterusnya iaitu kumpulan 7 membentangkan tentang COKLAT..diorang bentangkan pengenalan coklat,jenis-jenis coklat,kandungan yang terdapat di dalam coklat,kebaikan dan keburukan coklat.Pembentangan diorang bolehla..agak menarik sebab coklat kan!aku suka coklat,jadi nampak la menariknya..Video diorang pulak diorang ceritakan cara untuk membuat coklat homemade..Nampak mudah sangat dan sedap!teringin pulak nak mencuba kat rumah..tapi,tau la aku kan..malas..hihhhihi...

  Kumpulan yang terakhir untuk sesi ini adalah kumpulan 9 yang membincangkan tentang PARODI..hah?parodi?yups..memang parodi...pelik kan?tapi tulah..kretif la..Diorang menceritakan apa itu parodi,jenis-jenis parodi,kebaikan dan keburukan parodi..dapat jugakla ilmu dari diorang ni..Video diorang menarik..sangat menarik dan klaka...sebab.diorang buat sendiri parodi diorang..hihiihihihi..sangat kelakar terutamanya si Ammar..hihihihi..terhibur la aku setelah sedih tadi..=)

   Lepas je abis kumpulan Ammar,aku terus ke depan untuk tengok google drive tadi..Oh tidak! tak siap lagi video kami...disebabkan tak nak menunggu lama,aku bagi cadangan untuk bukak guna laptop aku..dan mainkan video tu kat komputer depan..Nasib baik menjadi..Fuh! lega rasanya...habis je video aku,kelas kami pon bersurai..

  Sepatutnya ada lagi kumpulan yang akan membentang,tapi aku punya kelas penuh pada hari tersebut..Jadi,sampai sini sajalah aku mampu untuk menceritakan tentang sesi ini..ok lah,jumpa lagi di lain post..

Assalamulaikum....