Tuesday 19 March 2013

Aqiqah

Assalamualaikum....

            Post aku sebelum ni pasal buah hati pengarang jantung aku kan? ya,betul tu..Azfar Zharfarn....
kali ni aku nak cerita sikit la pasal kenduri aqiqah dia...pergh!dasyat kot....cam kenduri orang kahwin je...khemah ada 4,kambing tumbang 4 ekor n yang penting,buaian dia import dari indon tuh...cantik dihiasi dengan kain-kain pelamin lagi....untung la budak-budak sekarang..baru aqiqah dah macam-macam leh dapat..hihihihi...

           Yang paling best kan,para jemputan datang tak putus-putus taw...dari pukul 11 sampai pukul 5 petang..penat kami bertungkus lumus melayan..tak cukupdengan tu,hari sebelum kenduri aqiqah tu dah ad orang datang..kiranya kendurinya macam 2 hari 2 malam pulak...tak dilupa jugak,ada 'guest book' taw..'Guest book' tu ape?alah..buku yang orang slalu bagi ucapan tu...

         Makanan jangan cakap la...macam-macam ada...ada ayam goreng,ayam masak merah,nasi minyak,acar buah,pencuci mulut lagi,laksa,air batu campur dan laicikang..hah!tengok tu,kan dah macam kenduri kahwin namanya....disebabkan aku sangat sibuk,x dapatla aku tgkap gambar si kecik ni dalam buaian..bukan aje buaian,tak sempat langsung nak tangkap gambar dia..Jadi,hanya sedikit bingkisan gambar jela aku mampu letak kat sini...

     


 
 
                            #didukung oleh pak ngah terchenta....lol..






       
# Aminnnnnn.........insyaallah berkat doa tu....










# lambatnyer tok imam nak potong rambut kita ni!!!!





# oh..tidakkkkkk!!!!!!!
dah hilang kehenseman diri aku stelah ditebas rambutku oleh pak imam.... :'(







# huih!selesanya duduk kat dalam buaian ni...cam pelamin la  
   pulak..hihihihih..... :)












      Ni pulak aku sertakan video yang boleh korang tengok aqiqah dilaksanakan atau orang jawanya panggil,Marhaban..boleh belajar nanti camne nak buat kenduri macam ni kat rumah korang....




                                         

Monday 18 March 2013

Azfar Zharfarn

Assalamualaikum.....

       Ha....mesti korang pelik kan kenape tajuk aku camtu kn???name orang lagi.... Nak kate artis,bukan....nk kate tokoh,bukan jugak,...erm....pakwe aku??lagi la bukan...sangat impossible rasayer..
hihihihi....sila berteka teki ek.....

       Meh aku bagi serba sedikit profil diri dia...Dia lahir di Hospital Besar Teluk Intan pada tanggal 02 Februari jam 7.36 p.m ....Kelahirannya ditunggu-tunggu oleh semua orang termasuk aku..Tangisannya yang pertama melegakan penat lelahnya seorang ibu melahirkan dia sebagai seorang anak lelaki yang pertama dalam keluarganya...dilahirkan seberat 3 kilo lebih,menandakan bahawa dia sangat berat...hihihii....
Azfar Zharfarn yang membawa maksud 'yang berjaya'.....

      dah penat dah berteka teki kan?? kelahiran Azfar Zharfarn dah menjadikan aku seorang makcik!!! dialah cucu sulung pertama dalam keluarga besar kami....iaitu cucu kepada mak cik aku...dia yang lahir,habis semua mak cik-mak cik aku yang lain yang sibuk..hihihihihi....untungla jadi cucu sulung..(nada dengki)...

apapun,Aunty Syida sayang kat awk Azfar Zharfarn!!!!!



# pengarang jantung kami sekeluarga

SUKSIS

Assalamualaikum....

     Post yang lepas aku ada cakap pasal suksis kan??Ha... ni aku nak terangkan serba sedikit tentang suksis ni..Dan sudah tentunya aku seorang anggota suksis....hihihih....
 
    Dari mane nak mula ek...SUKSIS sebenarnya adalah sukarelawan polis.... suksis adalah salah satu badan beruniform yang ada di dalam ukm ni...macam2 manfaat yang kita boleh dapat kalau jadi salah seorang anggota nya....salah satunya,LC dah tentu penuh,pas2 ley dapat elaun lagi...sejam RM6..(tetiba nampak RM pulak kat mata..hihihihih...)..Kami jugak anak emas Ketua Polis Negara...hihihihi...

    SUKSIS ni sebulan latihan dia cuma hari sabtu je...pagi,kami ada senaman pagi,lepas tu kawad,lepas tu kelas undang-undang dan akhirnya permainan waktu petang..masa kami sangat terhad,tapi ini bukan bermakna kami tiada masa rehat..kami masih diberi masa rehat untuk tengahari dan sarapan...jadi,jangan cakap latihan SUKSIS ni penat..Sebenarnya Suksis ni banyak bagi kami erti kerjasama,kepimpinan,bantu-membantu sesama ahli dan yang paling penting, KAMI MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG negara!!




      Sepanjang tiga tahun kami menjadi ahli suksis,macam-macam program mengikut modul yang akan kami laksanakan...Contoh yang terdekat,program Etika dan Pengurusan Integriti yang baru sahaja tamat bulan satu hari tu...oh ya!lagi satu..program suksis tak pernah kacau waktu kelas kami...ting! lagi satu kredit untuk SUKSIS! Dan yang paling penting,setiap program yang dijalankan,kami akan pergi ke tempat yang berlainan  ...Ini bermakna,kami boleh menjelajah Malaysia selama 3 tahun ni! Jadi,jangan cemburu ek dengan kami...hihihihi.....Inilah gambar-gambar yang sempat kami tangkap sepanjang program....

# jurulatih SUKSIS junior bersama skuad leader

# berkawad sebelum ke tempat yang sepatutnya...
nampak kemas dan teratur...

# berbaris sebelum berpecah mengikut kumpulan...

# pemenang-pemenang pertandingan yang diadakan..



# Gambar semua ahli skuad bersama pegawai kehormat...(cantik kn kami???)


       Apa lagi ek nak cerita...ha! SUKSIS juga akan dipanggil untuk menyertai program-program yang dianjurkan oleh kementerian...Pabila kami diperlukan,kami akan pergi berkhidmat...seperti slogan kami.. POLIS SEDIA BERKHIDMAT!! baru-baru ni kami baru dipanggil untuk menyertai program '1 Million Purple Walk' dan program 'I AM FOR U'...jadi,kelihatan di sini ya betapa pentingnya peranan kami ni...cewahhh!!!!ni ha gambar-gambar kami sepanjang berada di program '1 Million Purple Walk'...









    Rasanya,sampai di sini dulu la post aku....lain kali aku cerita pasal benda lain pulak ek...tapi,serius memang banyak pengalaman dan pengajaran yang boleh mematangkan diri aku semenjak aku menjadi anggota KOR SUKSIS UKM ni....  

 SAYA BANGGA MENJADI AHLI SUKSIS!

Assalamualaikum......





     

Pertama Kali di .................



Assalamualaikum......

       Erm..lame rasanya aku tak update post kan??Mesti korang tertanya-tanya gambar ape aku letak kat ats kan?Ok la.. Klu dia,Masjid...Di mana??Mesti la kat dalam Malaysia...Dah lah,kesian korang tertanya-tanya kan....

   Baiklah,kali ni aku nak update pasal Putrajaya...Yang juga merupakan bandar pentadbiran bagi Malaysia ni ha..hihhii...untuk pengetahuan korang semua,aku memang tak pernah pergi Putrajaya ni walaupun da 1 sem aku kat UKM ni...yela...kn Putrajaya ni dekat dengan UKM.. Jadi,macam pelik pulak kalau x pergi Putrajaya kn??..

        Oleh itu,pada hari ahad yang lalu = 17 MAC 2013,aku pergi la satu program iaitu 1 Million Purple Walk..Time ni aku pakai uniform penuh SUKSIS... pelik kn?aku tak pernah sebut pasal SUKSIS tetiba muncul pulak kan??xpe2..untuk SUKSIS n cerita 1 Million walk 2,aku cerita di lain post ek...Cuma sekarang aku nk gambarkan betapa takjubnya aku pergi ke Putrajaya nih...tak kesah la kalau korang nak cakap aku jakun ke ape,tp,aku memang jakun bila kt situ..cantik la!!!!bangunan dia pon tersusun atur kemas je...memang sangat unik..
       
       Berdasarkan apa yang kawan aku cerita,kt sini kalau pada hari biasa,sangat sunyi...tapi,bila aku datang pulak ramai orang..Tapi kan,aku sempat nampak ada taman bunga raya yang memang khas bunga raya la semua..pastu ada jabatan akauntan negara..besar giler..pastu ada jabatan kewangan,jabatan perbendaharaan negara dan yang paling penting sekali,ada jabatan perdana menteri...yang tu memang cam masjid..cantik....
ni hah gambar dia kalau tak percaya...

ni jabatan perdana menteri..cantik kan?mula-mula aku ingat masjid,pastu kawan aku bagi tau yang ni  Jabatan Perdana Menteri...Bagus2,di bawah lembayung kubah..hihihihihi

yang ni pulak Jabatan Akauntan Negara...Tempat di mana satu masa dulu aku ingin kerja....tapi,sekarang dah tak....
pertukaran cita-cita...hihihihihi

pemandangan yang sangat cantik masjid Putrajaya n Pejabat Perdana Menteri.....








       Sampai sini dulu la post aku kali ni...Lain kali aku sambung pulak pasal program 1 Million walk dan pasal SUKSIS....Tunggu kemunculan post aku ek....

Assalamualaikum.....

Sunday 3 March 2013

8 Britain Food

Assalamualaikum....

While I am searching for information about netball,I had found an interesting topic from Akademi Fantasia International Travel blog..I had found the most favourable food in britain..It is a little bit awkward,but they said it is delicious..Now,let's see what is delicious about this food..

   This looks like a fish..It is called Arbroath Smookies..It must be prepared in the traditional manner at five miles of Arbroath to be a true local smookie.The dried haddock are tied in pairs by the tail and smoked in a 'smokie pit' over a hardwood fire until tinted a celebrated golden-copper.

 #do you think it is delicious?for me,I think its not..it looks weird to eat..

Wow,its look delicious!with cherry on top of the pudding make people feel eager to eat it..what is it? it is called Bakewell Pudding..Bakewell is brimming with markets that attract tourists from around the world. Its premier pudding is a voluptuous jam pastry with a russet egg-and-almond filling, sold by three eateries in the original rich recipe, thought to date from 1820 when a cook misheard instructions for a simple jam tart and inadvertently invented the sweet speciality...
# looks delicious,isn't it?

Next,is it currypuff?let's see...based on the blog,this is Cornish Pasty...It is made from delicious beef, turnip, onion, diced potato and other choice fillings, this traditional D-shaped treat is crimped on one side and lightly seasoned with salt and pepper before baking, creating a prime pastry package with an irresistibly thick texture. Now awarded Protected Geographical Indication status (PGI), the famous golden Cornish pasty must be correctly prepared in charming Cornwall to achieve authentic pasty prestige.

#well,I guess we called it currypuff in Malaysia..





 ok..we move on the next one..As you can see,it is sausage (that's we called it here)..same as in Britain,it is Cumberland Sausage.Commonly rolled into a circular coil, these spicy sausages can reach up to 50cm in length and are made from chunky chopped pork for an irresistibly meaty texture. Each sausage is imbued with a selection of herbs and seasonings, often nutmeg, thyme or sage but always with a strong hint of pepper,and these singular flavours are thought to date from the 18th century
when spices flowed freely into local Whitehaven.



herm...what is this?it looks like mooncakes but the different is it is square...in Britain,it is called Chelsea Bun..Not your ordinary currant bun, Chelsea’s own is fashioned from enriched bread dough infused with cinnamon, lemon peel and sweet spices. A gleaming sugar or honey glaze perfectly complements the dried fruit for a flavour both candied and tangy.

#Ok,I'm wrong...its a bun!




This is called Eton Mess..It is a decadent dessert, served during a competitive annual cricket game held at Eton College..In this dish, piquant strawberries are served up with cream and meringue for an indulgent fruity pudding to gobble up during a luxurious afternoon in the sun. Originally served in the school tuck shop, Eton mess has also been made with sliced bananas and summer berries ..

#herm..i would love to try it...cause it looks like a creamy strawberry...

Lancashire Hotpot is comes from the North West of Britain and eaten with Lancashire’s famous casserole dish. Tender lamb or mutton is mixed with onion and topped with a generous helping of sliced potatoes before baking for hours on a low heat in a stoneware pot. Dating from Lancashire’s tough industrialisation years of coalmines and cotton mills, the mouthwatering hotpot was designed for feeding hardworking families with as little preparation as possible at the close of a long day, and this hearty warming meal retains its no-nonsense simplicity.


Lastly,it is a Yorkshire Pudding..it is famous for its rich and flavorsome ‘Yorkshires’ as its spectacular natural beauty.  A staple of steaming Sunday roast dinners, the tempting dish is a cup-shaped batter pudding puffed up to an appetising height – preferably at least four inches according to certain experts. These savoury delights can be filled with gravy to taste and are ideally served golden-brown with just the right balance of crunch and softness..

#want to try some???



herm...this is all 8 of favourable dish that popular and famous in Britain...If you want to try it,lets go to britain..you can have some and comment about it...but,for the Muslim,don't you ever think to eat cumberland sausage because it is made from pork...It is prohibited for us...ok,done for this post...see you soon!

Assalamualaikum....

netball oh netball 2

Assalamualaikum.....

    Seperti yang diperkatakan pada post yang lepas,kali ni aku nak cerita pulak pasal pengadil,pakaian,cara bermain dan peraturan...tanpa merepek yang lebih panjang,aku teruskan perjuangan dalan kembara netball ni..

E.PENGADIL

     Terdapat dua orang pengadil dan dua orang pegawai yang terdiri daripada seorang penjaga masa dan seorang lagi pencatat masa. Pengadil bertanggungjawab untuk memeriksa gelanggang,peralatan, pakaian pemain sebelum permainan dimulakan serta mengawal permainan semasa ia berlangsung.

F.PAKAIAN

     Pemain akan memakai pakaian seragam yang sesuai. Kebiasaannya pakaian mereka terdiri daripada baju-t, seluar panjang, stoking, kasut dan bip. Bip dipakai diluar baju-t dan setiap bip ditulis nama tugas setiap pemain. Nama tugas ini tertera di bahagian depan dan belakang bip.

G.CARA BERMAIN

Bilangan keseluruhan pemain bagi satu pasukan dalam satu gelanggang ialah tujuh orang. Inibermakna ada 14 orang orang pemain dalam satu gelanggang. Tempoh masa juga telahditetapkan oleh pengadil dan diketahui oleh pemain.

      1)PERMULAAN PERMAINAN
          Sebelum permainan dimulakan, pengadil akan menentukan pasukan yang mana akanmembuat lontaran mula. Kebiasaannya, lontaran ini ditentukan melalui undi melontarsyiling. Setiap ketua pasukan akan memilih tanda belakang atau depan syiling tersebut.Bagi ketua pasukan yang dapat memilih dengan tepat akan membuat lontaran mula.Manakala bagi pihak ketua pasukan lawan akan memilih kawasan gol yang digemarinya.Sebelum pengadil meniup wisel untuk memulakan permainan, setiap pemain akanberada di kawasan masing-masing. Manakala C (centre) akan bersedia di kawasannyauntuk memulakan lontaran mula.

       2)TEMPOH PERMAINAN
            Bola jaring dimainkan dalam tempoh sukuan waktu (quarter). Setiap suku waktu ialah 15minit dan akan diselang dengan waktu rehat selama 3 minit kecuali waktu rehat untukseparuh masa aiaitu 5 atau 10 minit. Waktu kecederaan dan gangguan akan diberikan,jika berlaku penangguhan permainan akibat sebarang gangguan atau sekiranya berlakukecederaan. Selain itu, tempoh permainan 20 minit untuk satu separuh masa juga turutdigunakan. Permainan akan diteruskan selepas sahaja gol dijaringkan.

       3)PEMAIN GANTI
        Markah dikira mengikut bilangan jaringan gol. Bola akan dimasukkan ke dalam bakuljaring yang berlubang. Penjaga gol (GK) akan melindungi bulatan golnya daripadadimasuki pihak lawan. Jika pasukan lawan berjaya menembusi kawasan ini maka pemainitu akan mencuba menjaringkan gol. Jaringan gol dibuat apabila bola dilontar masuk kedalam jaring dari atasnya. Gol hanya boleh dijaringkan oleh GS dan GA sahaja.


H.PERATURAN PERMAINAN

    Peraturan ni aku ambil dari peraturan bola jaring Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM)..

1. Undang-undang permainan
          Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Gabungan Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa / ’International Federation Netball Association’ (IFNA) dan Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) / Malaysia Netball Association (MNA).

2. Peraturan pertandingan
         Mengikut Undang-Undang dan Peraturan Am Pertandingan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) yang dikuatkuasakan sepanjang kejohanan sukan ini.

3. Jenis pertandingan
         Pertandingan Antara Pasukan Universiti-Universiti Awam Malaysia.

4. Pendaftaran permainan/pembentukan kumpulan
       1. Pemain 15 orang
       2. 4 orang Pegawai Pasukan iaitu : 
              i) 1 orang Pengurus Pasukan
              ii) 1 orang Jurulatih Pasukan
              iii) 1 orang Penolong Jurulatih
              iv) 1 orang Pegawai Penjagaan Utama (Primary Care Personnel) yang berkelayakan dan
                   mempunyai sijil yang diiktiraf.

5.Pasukan/Pertukaran pemain
        Tiap-tiap pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya mimimum 5 (lima) orang pemain sebelum satu-satu perlawanan dimulakan. Jika kurang daripada jumlah ini pasukan tersebut dikira menerima kekalahan.

6.Undang-undang permainan

         i) Undang-Undang 3.4.2 (dalam Buku Peraturan Bola Jaring) : Semasa permainan berlangsung, Pegawai Pasukan dan pemain simpanan dibenarkan memberi tunjuk ajar asalkan mereka duduk atau berdiri di bangku pasukan. Tunjuk ajar juga dibenarkan semasa rehat (rujuk Undang-Undang 2.1 dan 2.2) dan semasa PEMBERHENTIAN (rujuk Undang-Undang 7). Pegawai Pasukan dan pemain simpanan tidak boleh mengeluarkan kata-kata atau kelakuan yang tidak sopan (rujuk Undang-Undang 20 (iv) dan 20.1.2). Sekiranya pasukan tidak mempunyai Pegawai Penjagaan Utama, pasukan perubatan yang bertugas di venue secara automatik bertindak sebagai Pegawai Penjagaan Utama tersebut.

         ii) Undang-Undang 7 : Semasa berlaku sesuatu PEMBERHENTIAN, SALAH SEORANG PEGAWAI PASUKAN BOLEH MENGHAMPIRI GARISAN TEPI UNTUK MEMBERI TUNJUK. Pemain simpanan boleh menghampiri Garisan Tepi sekiranya tunjuk ajar berlaku. Semasa Pemberhentian, salah seorang Pegawai Pasukan boleh menghampiri pemain di Garisan Tepi untuk tujuan memberi 
minuman (rujuk Undang-Undang 3, 7, 7.1, 7.2 dan 7.3).

                iii) Masa pemberhentian kecederaan yang dibenarkan adalah seperti berikut :
                       a) Pemberhentian kecederaan kali 1 (pertama) daripada mana-mana pasukan diberi
sehingga 2 (dua) minit sahaja. Pemain boleh dirawat di dalam atau di luar gelanggang.

                       b) Pemberhentian kecederaan kali kedua (2) dan seterusnya daripada pasukan yang sama dalam masa permainan yang sama diberi sehingga 30 (tiga puluh)saat sahaja. Pemain MESTILAH dirawat di luar gelanggang atau pertukaran pemain dilakukan (bergantung daripada  keputusan jurulatih pasukan). Sekiranya pemain lewat mengambil tempat selepas tempoh 30 saat, pemain tersebut tidak boleh terus memasuki gelanggang sehingga diberitahu oleh pengadil mengikut peraturan pemain yang lewat memasuki gelanggang.
                         c) Sekiranya pemberhentian diminta oleh pasukan yang berbeza maka kiraan kecederaan
akan dikira bermula daripada yang pertama (1) dan seterusnya.

                        d) Pemberhentian kecederaan adalah mengikut pemberhentian yang ke berapa, pasukan yang meminta dan masa permainan yang terlibat.Pemberhentian kecederaan akan bermula baru apabila perlawanan memasuki masa perlawanan berikutnya (setelah permainan berhenti rehat).

7.Sistem pertandingan
          7.1 Sila rujuk Peraturan Am (9.0) MASUM

8.Cara memutuskan keputusan
           1) Secara Liga
               i) Cara memberi mata:
                      Menang - 3 mata
                      Seri - 1 mata
                      Kalah - 0 mata
                ii) Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang akan  
                    ditentukan seperti berikut:-
                     a) Purata gol akan menentukan kedudukan (iaitu: jumlah jaringan gol dibahagi dengan jumlah
gol yang kena)
                     b) Jika masih seri, maka perbezaan gol akan digunapakai  (iaitu : jumlah jaringan gol ditolak
dengan gol yang kena)
                     c) Jika masih seri, pasukan yang menjaring gol terbanyak akan diisytiharkan pemenang.

           2) Secara kalah mati
              Jika keputusannya berakhir dengan seri pada peringkat suku akhir, Separuh Akhir dan Akhir, maka keputusan pertandingan akan ditentukan seperti berikut:-
                  i) Pertandingan disambung semula setelah berehat 3 minit.
                  ii) Masa tambahan selama dua (2) x tujuh (7) minit setiap bahagian akan dimainkan.
                  iii) Pasukan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula oleh pasukan yang
berhak kepada Hantaran Tengah.
                  iv) Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa tanpa rehat.
                   v) Hantaran Tengah diambil oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah yang
berikutnya.
                  iv) Sekiranya berlaku seri diakhir masa tambahan permainan akan diteruskan sehingga satu
 pasukan mendapat dua (2) kelebihan. 

9.Masa bermain
        20 minit x 5 minit x 20 minit(Pasukan hendaklah bertukar gol selepas separuh masa permainan).

10.Perlawanan yang ditunda atau dihentikan
       Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainan disebabkan oleh keadaan cuaca, atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, perlawanan tidak dapat dimainkan, atau sekiranya sesuatu perlawanan dihentikan akibat hal-hal di luar kawal kedua-dua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau dihentikan hendaklah dilangsungkan pada tarikh, tempat dan masa yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola.

11.Pakaian
       i) Rujuk Undang-Undang Antarabangsa.
       ii) Huruf-huruf dibawah hendaklah disemadikan di bahagian hadapan dan belakang baju pemain iaitu :
             GS - Penjaring Gol (Goal Shooter)
             GA - Penyerang Gol (Goal Attack)
             WA - Penyerang Sayap (Wing Attack)
               C - Pemain Tengah (Centre)
             WD - Penangkis Sayap (Wing Defence)
             GD - Penahan Gol (Goal Defence)
             GK - Penjaga Gol (Goal Keeper)

12.Kelewatan
          Hanya 15 minit sahaja akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas masa itu, pihak
lawannya akan diberi kemenangan percuma kepada pasukan yang berada di gelanggang dengan 3
mata dan jaringan 10-0.

13.Bantahan/Rayuan
           Mengikut Peraturan Am Sukan MASUM (Perkara 13.0 dan 15.0).


          Rasanya ini je la kot apa yang korang perlu tahu tentang netball...mungkin ada skill2 yang perlu difahami dengan lebih lanjut..tapi,nama pun skill kan?jadi kene la praktikal...oleh itu,kalau nak jadi pemain bola jaring yang professional,kene la blaja dengan orang yang profesional...

Asslamualaikum....





netball oh netball....

Assalamualaikum....

      Post sebelum ni aku cerita pengalaman aku main bola jaring kan? sebenarnya banyak je lagi pengalaman 

aku yang aku rasa.....x yah la cerita..nanti aku ley wat hikayat 5 hari 5 malam pulak...jadi,aku rasa baik x payah lah aku cerita pasal pengalaman aku....
        
      Ok..untuk post kali ni,aku nak cerita gak pasal bola jaring,tapi aku nak cerita pasal sejarah dan serba sedikit tentang bola jaring ni...maklumat ni aku cari kat pakcik google dan jumpa kat slide share....kenapa aku cari?sebab aku pon x pandai sangat pasal bola jaring ni walaupun aku dah main bola jaring daripada sekolah rendah lagi...

A. SEJARAH BOLA JARING



      Jadi,moh le kita mulakan kembara bola jaring dengan sejarah dye kan?siapalah kita tanpa sejarah sebab kita terhasil dari sejarah yang dulu...ok,Bola jaring merupakan hasil pengubahsuaian daripada bola keranjang yang amat popular padaawal 1900-an.Ia berasal di Amerika Syarikat dan dikenali sebagai "bola keranjang wanita". Sukan ini dicipta oleh Clara Gregory Baer. Kemudian sukan ini berkembang pesat di Asia dan Afrika.Pada tahun 1926, tertubuhlah Persatuan Bola Jaring Wanita Seluruh England (All England Women's Netball Association). Perlawanan antarabangsa yang pertama telah diadakan di antara England dan Scotland pada tahun 1938).

    Perkembangan pesat untuk permainan bola jaring berlaku selepas Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1960 wakil-wakil negara komenwel telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah persatuan khusus untuk bola jaring dunia. Dengan itu tertubuhlah The International Federationof Netball Association. Pertubuhan ini berperanan untuk menyelaraskan peraturan dan undang-undang permainan bola jaring.Bola jaring adalah permainan untuk wanita kerana ia tidak terlalu kasar. Sehingga hari ini, sukan ini dimainkan lebih daripada 150 buah negara di seluruh dunia.

     Sejarah bola jaring di Malaysia pula bermula apabila ia popular di kalangan sekolah mubaligh Kristian. Guru-guru Inggeris khususnya di bandar amat gemar bermain bola jaring. Persatuan Bola Jaring Malaysia ditubuhkan pada tahun 1978. Persatuan ini telah mengambil bahagian dalam beberapa kejohanan antarabangsa sepertu Kejohanan Asia dan Kejohanan Piala Dunia.

 Majlis Olimpik Malaysia telah mempelawa Persatuan Bola Jaring Malaysia untuk menganjurkanpertandingan bola jaring di sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur. Persatuan Bola Jaring Malaysiajuga terlibat dalam Sukan Komenwel yang diadakan di Malaysia pada tahun 1998.

    Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) juga telah memainkan peranan dalam mempopularkan permainan bola jaring di kalangan murid-murid sekolah. Malaysia boleh dikatakan amat berjaya dalam permainan ini. Penjaring gol bagi pasukan bola jaring Malaysia,Kadzlun Abas dinobatkan sebagai 'Best shooter'di World Junior Netball Championship 2000 yang diadakan di Wales. Fadzlun Abas sekali lagi memenangi gelaran ini pada tahun 2001.




B.PERALATAN

          Bila ada permainan,mestilah ada peralatan dia kan? tak terkecuali jugak dengan bola jaring ni... tapi bola jaring ni sikit je peralatan dia..nak taw? 

         1)Bola
              Rupanya seperti bola keranjang.Bola tersebut mempunyai saiz 5, berdiameter 99-102 cm dan beratnya 6.35-7.26g. Bola ini diperbuat daripada getah atau kulit.Alah...susah sangat,ni ha rupanya...






#jadi,inilah bola-bola yang digunakan...jelas???

         2) Gelanggang

                 Benda ke2 yang korang kene ada adalah gelanggang...gelanggang ni ada ukuran dia...bukan main taram je...jadi,korang kene la taw kan..walaupun bukan korang yang buat pon gelanggangtu...Tapi sekurang-kurangnya korang kene taw la...xde la nanti korang pergi main bola jaring kat gelanggang bola keranjang pulak..Terdapat dua jenis gelanggang bola jaring iaitu gelanggang terbuka dan tertutup.Gelanggang ini merupakan gelanggang berumput di kawasan terbuka atau dibuat khas dengan menggunakan simen atau perkey untuk gelanggang tertutup.Gelanggang bola jaring besar sedikit dari gelanggang bola keranjang, sepanjang 30.5m dan selebar 15.25m.Garis panjang dikenali sebagai Garis Sisi dan garis panjang dikenali sebagai Garis Gol (Goal Lines).Gelanggang dibahagi kepada tiga kawasan sama besar.Bulatan Pusat bergaris pusat 90cm terletak ditengah gelanggang. Separuh bulatan bergaris pusat (radius) 4.9m pada setiap Garis Gol dikenali sebagai Bulatan Gol. Lebar garis gelanggang tidak lebih dari 50mm.Gelanggang bola jaring boleh dibahagikan kepada 3 kawasan atau petak yang sama ukuran. Dua buah kawasan merupakan kawasan gol. Kawasan lain ialah centre atau kawasan tengah. Kawasan tengah ini pula terletaknya bulatan tengah.Di kedua-dua hujung gelanggang, iaitu di kawasan pertama dan ketiga, terdapat garisan semi-circle atau separuh bulatan yang merupakan bulatan gol.Ataupun untuk lebih faham,ni ha rajah dye..





         3) Tiang Gol
              

             Peralatan yang terakhir ialah tiang gol iaitu tempat nak jaringkan gol...hihihihi... :) Di kedua-dua belah gelanggang dipasang tiang gol yang tingginya 1.6 m.Biasanya tiang gol diperbuat daripada besi. Bulatan besi berjaring yang terletak dibahagian atas tiang mempunyai diameter 38cm. Yang paling penting,tiang gol mestilah kene ada jaring dia..jaring dye korang leh cari kat mane2 kedai peralatan sukan..ni ha rupa dye..




C.PEMAIN,KEDUDUKAN DAN HAD KAWASAN

           Setiap pasukan terdiri daripada 10 orang iaitu 7 orang pemain di gelanggang dan 3 orang sebagai simpanan. Setiap orang pemain mempunyai tugas dan had kawasan yang berlainan antara satu
sama lain.


           Berikut merupakan senarai tugas 7 orang pemain bola jaring:

             1)Penjaga gol (GK)

             2)Pertahanan gol (GD)


             3) Pertahanan sayap (WD)

             4) Pemain tengah (C)

             5) Penyerang sayap (WA)

             6)Penyerang gol (WD)

             7)Penjaring gol (GS)


       Berikut merupakan kedudukan pemain di dalam gelanggang (ketika membuat hantaran tengah)






D.TUGAS PEMAIN DALAM PASUKAN

      1) Penjaga gol(GK)
            Penjaga gol (goal keeper = GK) menjaga penjaring gol (GS) pasukan lawan baik di dalam kawasan mahupun di luar kawasan jaringan. Penjaga gol boleh keluar masuk kawasan gol. Di antara tugasnya ialah menjaga kawasan jaringan dan menghalang penyerang di dalam kawasan jaringan. GK juga perlu bekerjasama dengan penahan gol (GD).

       2)Penahan gol(GD )
             Penahan gol (goal defence = GD), menjaga dan mengawal gerakan penyerang gol (GA) pasukan pihak lawan sama ada di dalam kawasan tengah, kawasan gol atau di dalam kawasan jaringan. GD boleh menghalang hantaran atau mengawal mana- mana pemain dalam kawasan tengah atau kawasan gol, tetapi tugas utamanya ialah menghalang penyerang gol daripada membuat jaringan. GD juga boleh menerima bola dari hantaran tengah.

       3)Penahan sayap(WD)
             Penahan sayap (wing defence = WD) merupakan pemain pertahanan. Tugasnya ialah menghalang gerak geri dan hantaran yang ditujukan kepada penyerang sayap (WA) pasukan lawan dalam bulatan jaringan.WD juga boleh bertindak sebagai penyerang . Ini berlaku semasa bola di hantar ke tengah atau ke dalam oleh pemain lawan. Apabila pemain lawan membuat jaringan, WD akan mengawal WA.
Kadangkala, WD boleh bertindak sebagai penyerang. Ini boleh berlaku semasa bola
dihantar ke tengah atau ke dalam oleh pemain lawan.

       4)Pemain tengah(C)
          Pemain tengah (centre = C) pula memainkan peranan yang penting kerana ia ditugaskan sebagai penyerang dan merupakan pemain yang membuat hantaran tengah di awal permainan. Kasawan C hampir meliputi keseluruhan padang bola jaring. C boleh bergerak ke semua kawasan kecuali di kawasan D.

       5)Penyerang sayap(WA)
              Penyerang sayap (wing attack = WA) adalah juga penyerang, dan tugas utamanya menghantar bola dari kawasan tengah ke kawasan jaringan. WA selalunya akan menghantar bola kepada penjaring dan penyerang gol dengan kerjasama pemain tengah.

       6)Penyerang gol(GA )
           Penyerang gol (goal attact = GA) ditugaskan sebagai penjaring. GA akan bekerjasama dengan pemain tengah, penyerang sayap dan penjaring gol. GA juga selalu menerima hantaran tengah dan bertindak sebagai penyerang.

       7)Penjaring gol(GS)
                 Penjaring gol (goal shooter = GS) bertugas sebagai penjaring gol.GS mestilah mahir membuat jaringan.




Aku rasa sampai sini dululah post aku pasal netball kali ni..untuk post yang seterusnya aku akan cerita lagi pasal pengadil,cara bermain dan peraturan bermain....untuk kali ini,aku berhenti kat sini dulu ek...
ok la..jumpa lagi di lain post....

Assalamualaikum....