Monday 18 March 2013

SUKSIS

Assalamualaikum....

     Post yang lepas aku ada cakap pasal suksis kan??Ha... ni aku nak terangkan serba sedikit tentang suksis ni..Dan sudah tentunya aku seorang anggota suksis....hihihih....
 
    Dari mane nak mula ek...SUKSIS sebenarnya adalah sukarelawan polis.... suksis adalah salah satu badan beruniform yang ada di dalam ukm ni...macam2 manfaat yang kita boleh dapat kalau jadi salah seorang anggota nya....salah satunya,LC dah tentu penuh,pas2 ley dapat elaun lagi...sejam RM6..(tetiba nampak RM pulak kat mata..hihihihih...)..Kami jugak anak emas Ketua Polis Negara...hihihihi...

    SUKSIS ni sebulan latihan dia cuma hari sabtu je...pagi,kami ada senaman pagi,lepas tu kawad,lepas tu kelas undang-undang dan akhirnya permainan waktu petang..masa kami sangat terhad,tapi ini bukan bermakna kami tiada masa rehat..kami masih diberi masa rehat untuk tengahari dan sarapan...jadi,jangan cakap latihan SUKSIS ni penat..Sebenarnya Suksis ni banyak bagi kami erti kerjasama,kepimpinan,bantu-membantu sesama ahli dan yang paling penting, KAMI MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG negara!!




      Sepanjang tiga tahun kami menjadi ahli suksis,macam-macam program mengikut modul yang akan kami laksanakan...Contoh yang terdekat,program Etika dan Pengurusan Integriti yang baru sahaja tamat bulan satu hari tu...oh ya!lagi satu..program suksis tak pernah kacau waktu kelas kami...ting! lagi satu kredit untuk SUKSIS! Dan yang paling penting,setiap program yang dijalankan,kami akan pergi ke tempat yang berlainan  ...Ini bermakna,kami boleh menjelajah Malaysia selama 3 tahun ni! Jadi,jangan cemburu ek dengan kami...hihihihi.....Inilah gambar-gambar yang sempat kami tangkap sepanjang program....

# jurulatih SUKSIS junior bersama skuad leader

# berkawad sebelum ke tempat yang sepatutnya...
nampak kemas dan teratur...

# berbaris sebelum berpecah mengikut kumpulan...

# pemenang-pemenang pertandingan yang diadakan..



# Gambar semua ahli skuad bersama pegawai kehormat...(cantik kn kami???)


       Apa lagi ek nak cerita...ha! SUKSIS juga akan dipanggil untuk menyertai program-program yang dianjurkan oleh kementerian...Pabila kami diperlukan,kami akan pergi berkhidmat...seperti slogan kami.. POLIS SEDIA BERKHIDMAT!! baru-baru ni kami baru dipanggil untuk menyertai program '1 Million Purple Walk' dan program 'I AM FOR U'...jadi,kelihatan di sini ya betapa pentingnya peranan kami ni...cewahhh!!!!ni ha gambar-gambar kami sepanjang berada di program '1 Million Purple Walk'...









    Rasanya,sampai di sini dulu la post aku....lain kali aku cerita pasal benda lain pulak ek...tapi,serius memang banyak pengalaman dan pengajaran yang boleh mematangkan diri aku semenjak aku menjadi anggota KOR SUKSIS UKM ni....  

 SAYA BANGGA MENJADI AHLI SUKSIS!

Assalamualaikum......





     

No comments:

Post a Comment