Sunday 3 March 2013

netball oh netball 2

Assalamualaikum.....

    Seperti yang diperkatakan pada post yang lepas,kali ni aku nak cerita pulak pasal pengadil,pakaian,cara bermain dan peraturan...tanpa merepek yang lebih panjang,aku teruskan perjuangan dalan kembara netball ni..

E.PENGADIL

     Terdapat dua orang pengadil dan dua orang pegawai yang terdiri daripada seorang penjaga masa dan seorang lagi pencatat masa. Pengadil bertanggungjawab untuk memeriksa gelanggang,peralatan, pakaian pemain sebelum permainan dimulakan serta mengawal permainan semasa ia berlangsung.

F.PAKAIAN

     Pemain akan memakai pakaian seragam yang sesuai. Kebiasaannya pakaian mereka terdiri daripada baju-t, seluar panjang, stoking, kasut dan bip. Bip dipakai diluar baju-t dan setiap bip ditulis nama tugas setiap pemain. Nama tugas ini tertera di bahagian depan dan belakang bip.

G.CARA BERMAIN

Bilangan keseluruhan pemain bagi satu pasukan dalam satu gelanggang ialah tujuh orang. Inibermakna ada 14 orang orang pemain dalam satu gelanggang. Tempoh masa juga telahditetapkan oleh pengadil dan diketahui oleh pemain.

      1)PERMULAAN PERMAINAN
          Sebelum permainan dimulakan, pengadil akan menentukan pasukan yang mana akanmembuat lontaran mula. Kebiasaannya, lontaran ini ditentukan melalui undi melontarsyiling. Setiap ketua pasukan akan memilih tanda belakang atau depan syiling tersebut.Bagi ketua pasukan yang dapat memilih dengan tepat akan membuat lontaran mula.Manakala bagi pihak ketua pasukan lawan akan memilih kawasan gol yang digemarinya.Sebelum pengadil meniup wisel untuk memulakan permainan, setiap pemain akanberada di kawasan masing-masing. Manakala C (centre) akan bersedia di kawasannyauntuk memulakan lontaran mula.

       2)TEMPOH PERMAINAN
            Bola jaring dimainkan dalam tempoh sukuan waktu (quarter). Setiap suku waktu ialah 15minit dan akan diselang dengan waktu rehat selama 3 minit kecuali waktu rehat untukseparuh masa aiaitu 5 atau 10 minit. Waktu kecederaan dan gangguan akan diberikan,jika berlaku penangguhan permainan akibat sebarang gangguan atau sekiranya berlakukecederaan. Selain itu, tempoh permainan 20 minit untuk satu separuh masa juga turutdigunakan. Permainan akan diteruskan selepas sahaja gol dijaringkan.

       3)PEMAIN GANTI
        Markah dikira mengikut bilangan jaringan gol. Bola akan dimasukkan ke dalam bakuljaring yang berlubang. Penjaga gol (GK) akan melindungi bulatan golnya daripadadimasuki pihak lawan. Jika pasukan lawan berjaya menembusi kawasan ini maka pemainitu akan mencuba menjaringkan gol. Jaringan gol dibuat apabila bola dilontar masuk kedalam jaring dari atasnya. Gol hanya boleh dijaringkan oleh GS dan GA sahaja.


H.PERATURAN PERMAINAN

    Peraturan ni aku ambil dari peraturan bola jaring Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM)..

1. Undang-undang permainan
          Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Gabungan Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa / ’International Federation Netball Association’ (IFNA) dan Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) / Malaysia Netball Association (MNA).

2. Peraturan pertandingan
         Mengikut Undang-Undang dan Peraturan Am Pertandingan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) yang dikuatkuasakan sepanjang kejohanan sukan ini.

3. Jenis pertandingan
         Pertandingan Antara Pasukan Universiti-Universiti Awam Malaysia.

4. Pendaftaran permainan/pembentukan kumpulan
       1. Pemain 15 orang
       2. 4 orang Pegawai Pasukan iaitu : 
              i) 1 orang Pengurus Pasukan
              ii) 1 orang Jurulatih Pasukan
              iii) 1 orang Penolong Jurulatih
              iv) 1 orang Pegawai Penjagaan Utama (Primary Care Personnel) yang berkelayakan dan
                   mempunyai sijil yang diiktiraf.

5.Pasukan/Pertukaran pemain
        Tiap-tiap pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya mimimum 5 (lima) orang pemain sebelum satu-satu perlawanan dimulakan. Jika kurang daripada jumlah ini pasukan tersebut dikira menerima kekalahan.

6.Undang-undang permainan

         i) Undang-Undang 3.4.2 (dalam Buku Peraturan Bola Jaring) : Semasa permainan berlangsung, Pegawai Pasukan dan pemain simpanan dibenarkan memberi tunjuk ajar asalkan mereka duduk atau berdiri di bangku pasukan. Tunjuk ajar juga dibenarkan semasa rehat (rujuk Undang-Undang 2.1 dan 2.2) dan semasa PEMBERHENTIAN (rujuk Undang-Undang 7). Pegawai Pasukan dan pemain simpanan tidak boleh mengeluarkan kata-kata atau kelakuan yang tidak sopan (rujuk Undang-Undang 20 (iv) dan 20.1.2). Sekiranya pasukan tidak mempunyai Pegawai Penjagaan Utama, pasukan perubatan yang bertugas di venue secara automatik bertindak sebagai Pegawai Penjagaan Utama tersebut.

         ii) Undang-Undang 7 : Semasa berlaku sesuatu PEMBERHENTIAN, SALAH SEORANG PEGAWAI PASUKAN BOLEH MENGHAMPIRI GARISAN TEPI UNTUK MEMBERI TUNJUK. Pemain simpanan boleh menghampiri Garisan Tepi sekiranya tunjuk ajar berlaku. Semasa Pemberhentian, salah seorang Pegawai Pasukan boleh menghampiri pemain di Garisan Tepi untuk tujuan memberi 
minuman (rujuk Undang-Undang 3, 7, 7.1, 7.2 dan 7.3).

                iii) Masa pemberhentian kecederaan yang dibenarkan adalah seperti berikut :
                       a) Pemberhentian kecederaan kali 1 (pertama) daripada mana-mana pasukan diberi
sehingga 2 (dua) minit sahaja. Pemain boleh dirawat di dalam atau di luar gelanggang.

                       b) Pemberhentian kecederaan kali kedua (2) dan seterusnya daripada pasukan yang sama dalam masa permainan yang sama diberi sehingga 30 (tiga puluh)saat sahaja. Pemain MESTILAH dirawat di luar gelanggang atau pertukaran pemain dilakukan (bergantung daripada  keputusan jurulatih pasukan). Sekiranya pemain lewat mengambil tempat selepas tempoh 30 saat, pemain tersebut tidak boleh terus memasuki gelanggang sehingga diberitahu oleh pengadil mengikut peraturan pemain yang lewat memasuki gelanggang.
                         c) Sekiranya pemberhentian diminta oleh pasukan yang berbeza maka kiraan kecederaan
akan dikira bermula daripada yang pertama (1) dan seterusnya.

                        d) Pemberhentian kecederaan adalah mengikut pemberhentian yang ke berapa, pasukan yang meminta dan masa permainan yang terlibat.Pemberhentian kecederaan akan bermula baru apabila perlawanan memasuki masa perlawanan berikutnya (setelah permainan berhenti rehat).

7.Sistem pertandingan
          7.1 Sila rujuk Peraturan Am (9.0) MASUM

8.Cara memutuskan keputusan
           1) Secara Liga
               i) Cara memberi mata:
                      Menang - 3 mata
                      Seri - 1 mata
                      Kalah - 0 mata
                ii) Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang akan  
                    ditentukan seperti berikut:-
                     a) Purata gol akan menentukan kedudukan (iaitu: jumlah jaringan gol dibahagi dengan jumlah
gol yang kena)
                     b) Jika masih seri, maka perbezaan gol akan digunapakai  (iaitu : jumlah jaringan gol ditolak
dengan gol yang kena)
                     c) Jika masih seri, pasukan yang menjaring gol terbanyak akan diisytiharkan pemenang.

           2) Secara kalah mati
              Jika keputusannya berakhir dengan seri pada peringkat suku akhir, Separuh Akhir dan Akhir, maka keputusan pertandingan akan ditentukan seperti berikut:-
                  i) Pertandingan disambung semula setelah berehat 3 minit.
                  ii) Masa tambahan selama dua (2) x tujuh (7) minit setiap bahagian akan dimainkan.
                  iii) Pasukan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula oleh pasukan yang
berhak kepada Hantaran Tengah.
                  iv) Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa tanpa rehat.
                   v) Hantaran Tengah diambil oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah yang
berikutnya.
                  iv) Sekiranya berlaku seri diakhir masa tambahan permainan akan diteruskan sehingga satu
 pasukan mendapat dua (2) kelebihan. 

9.Masa bermain
        20 minit x 5 minit x 20 minit(Pasukan hendaklah bertukar gol selepas separuh masa permainan).

10.Perlawanan yang ditunda atau dihentikan
       Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainan disebabkan oleh keadaan cuaca, atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, perlawanan tidak dapat dimainkan, atau sekiranya sesuatu perlawanan dihentikan akibat hal-hal di luar kawal kedua-dua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau dihentikan hendaklah dilangsungkan pada tarikh, tempat dan masa yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola.

11.Pakaian
       i) Rujuk Undang-Undang Antarabangsa.
       ii) Huruf-huruf dibawah hendaklah disemadikan di bahagian hadapan dan belakang baju pemain iaitu :
             GS - Penjaring Gol (Goal Shooter)
             GA - Penyerang Gol (Goal Attack)
             WA - Penyerang Sayap (Wing Attack)
               C - Pemain Tengah (Centre)
             WD - Penangkis Sayap (Wing Defence)
             GD - Penahan Gol (Goal Defence)
             GK - Penjaga Gol (Goal Keeper)

12.Kelewatan
          Hanya 15 minit sahaja akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas masa itu, pihak
lawannya akan diberi kemenangan percuma kepada pasukan yang berada di gelanggang dengan 3
mata dan jaringan 10-0.

13.Bantahan/Rayuan
           Mengikut Peraturan Am Sukan MASUM (Perkara 13.0 dan 15.0).


          Rasanya ini je la kot apa yang korang perlu tahu tentang netball...mungkin ada skill2 yang perlu difahami dengan lebih lanjut..tapi,nama pun skill kan?jadi kene la praktikal...oleh itu,kalau nak jadi pemain bola jaring yang professional,kene la blaja dengan orang yang profesional...

Asslamualaikum....





No comments:

Post a Comment