Showing posts with label events. Show all posts
Showing posts with label events. Show all posts

Sunday, 19 May 2013

Gelandangan

Assalamualaikum....

        Mesti korang tertanya-tanya kan apa aku nak tulis kali ini? Gelandangan..apa tu gelandangan? Dari perspektif aku,gelandangan ni orang yang tiada rumah,orang yang miskin dan memerlukan perhatian..Diorang ni jugak sebenarnya orang yag berpendapatan yang sangat rendah yang rata-ratanya datang dari kampung untuk mencari rezeki di Kuala Lumpur tetapi tidak bernasib baik..Kesian kan? Tapi,menurut kamus dewan pula, Gelandangan ni adalah orang-orang yang pekerjaannya atau tempat tinggalnya tidak tetap.. Kesian kan? tengok diorang di kaki-kaki lima tidur sangat kesian...dengan takde makanannya,takde tempat tinggalnya,baju pon x terurus..kesian2..tapi nak buat camne kan..dia tak mampu...terima ajela adanya...

            Eh,mesti korang pelik kan kenapa tetiba aku cerita pasal gelandangan ni kan?sebenaqnya, Kelab Ekonomi ada buat program Tautan Kasih Bersama Gelandangan..Ni yang aku nak cerita ni...pengalaman yang sangat bermakna buat kami...Dapat meningkatkan rasa kesyukuran kepada Illahi atas kurniaan nikmat yang diberi...Kami bekerjasama dengan PERTIWI Soup Kitchen,satu badan NGO untuk menjayakan aktiviti ni..PERTIWI Soup Kitchen ni dah lama dah ditubuhkan khas untuk memberi makanan kepada gelandangan-gelandangan di sekitar Kuala Lumpur..Jadi,kami pon berkerjasama lah dengan mereka untuk memberi makanan kepada gelandangan..

             Kami pergi hari Jumaat pada pukul 4 petang..Sampai sahaja di Jalan Tuanku Abdul Rahman,kami melakukan sedikit aktiviti gotong-royong di Surau Dang Wangi..Selain mendapat pahala yang lebih,kami juga mendapat input berkaitan dengan penubuhan surau ini..Ini adalah kerana suarau ini terletak bersebelahan dengan Balai Polis Dang Wangi....Dan yang paling pentingnya,ketika kami datang tu,pada waktu maghrib,Ketua Polis Negara yang baru menunaikan solat Maghrib bersama-sama kami..Sebagai seorang ahli suksis,rasa bertuah pula dapat berjumpa dengan Ketua Polis Negara yang baru...Selepas kami solat maghrib berjemaah,kami pon berjalan kaki ke Tune Hotel di mana tempat yang sepatutnya kami beri makanan kepada golongan gelandangan..

          Sambil menunggu kehadiran van PERTIWI Soup Kitchen,kami berkumpul dahulu dan melihat keadaan sekeliling..Alangkah sedihnya melihat para gelandangan menunggu di kaki-kaki lima kedai..Paling menyedihkan apabila melihat keluarga yang membawa anak-anak kecil untuk mengambil makanan..Kami tidak berani untuk memdekati mereka kerana kami khuatiri keselamatan kami...Lagipun,kami telah dinasihatkan untuk menunggu pihak PERTIWI Soup Kitchen untuk melakukan perkara-perkara lain..

              Apabila pihak PERTIWI Soup Kitchen sampai,kami dibahagikan kepada beberapa bahagian...ada yang bagi lauk,ada yang bagi nasi,ada yang bagi jajan,ada yang bagi cupcakes dan ada yang bagi air kopi dan sirap..Walaupun agak kelam kabut pada mulanya,tetapi segalanya masih berjalan lancar..Kebanyakan golongan wanita yang ada pada malam itu merupakan wanita-wanita yang tua..kesian melihat mereka berjalan mengambil makanan..Golongan lelaki muda pula hanya mampu menundukkan pandangan apabila melihat kami..mungkin mereka malu dengan kami...Bagiku,ia merupakan satu kepuasan untuk memberi mereka makanan tersebut...

               Selesai sahaja memberi makanan,kami pergi menemubual dengan gelandangan yang sudi untuk ditemubual...sesetengah daripada kami ada yang bermain dengan anak gelandangan dan sesetengah bercerita dan beramah mesra dengan mereka...Cerita dan perjalanan hidup sesetengah gelandangan adalah berbeza...Jadi,kami mengambil iktibar daripdada apa yang diceritakan supaya kami tidak melakukannya..Program ini betul0betul memberi keinsafan kepada kami terutamanya aku..aku bersyukur gila walaupun dihujani dengan berbagai masalah,aku masih ada tampat mengadu dan yang penting,aku ada keperluan asas untuk hidup...

Sekian sahaja coretan kali ini...
Assalamualaikum...


Bersama walaupun sekejap,tapi bermakna....

Assalamualaikum....

        Hah!mesti pelik kan tajuk aku kali ni?hihihihihi...Kali ni aku nak cerita pasal program yang kelab aku jalankan 2 minggu sudah..Nama program tu adalah Seminar Menjawab Soalan STPM...Walaupun macam tak nampak sangat penglibatan aku,tapi tak pela..sekurang-kurangnya aku tolong jugak ajk kelab yang lain..Aku bukan fasi, bukan juga Ketua Pengarah...hihihihi... Aku cuma dipertanggungjawabkan untuk program je...

       Ok lah..peserta kami adalah dari Johor..Diorang datang kat sini 2 hari je..Jadi,kami banyak buat pengisian untuk 2 hari jela sebab hari ketiga diorang dah nak pergi cameron pulak..Tugas aku adalah untuk sesi ice-breaking dan Latihan Dalam Kumpulan 1...
       
      Untuk sesi ice-breaking, aku dah tentukan permainan ape yang diorang akan main...Dah namanya ice-breaking kan,tentulah nak pecahkan ice antara depa,walaupun sebenarnya depa semua satu kelas..Tapi takpe..sebab bukan semua mengenali peribadi antara satu sama lain..Mula-mula aku pecahkan diorang kepada kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri daripada 6 orang 1 kumpulan...Lepas tu,aku suruh diorang cari kakak dan abang fasi diorang...masa yang diberi hanyalah 15 minit..GAGAL? denda ar...wajib benda 2..hihihihih...kejam kan aku?Setelah 15 minit berlalu,hanya 2 kumpulan je yang berjaya membawa fasi diorang..Jadi,3 kumpulan yang lain terpaksalah melaksanakan denda yang diberi...ada kumpulan yang kene buat gwiyomi,ada yang kene buat chicken dance dan ada yang kene buat gangnam style..Tapi memang kelakar dan terhibur la dengan keletah diorang..hihihihi...Tapi yang lagi best,fasi pon same kene denda...2 yang paling best...hihihihihi....

     Permainan seterusnya pula adalah sesi suai kenal antara fasi dengan peserta..Ketika ini diorang kena hafal nama,asal,makanan kegemaran dan hobi setiap ahli kumpulan..Tugasan ini tidak terlalu susah sebab dalam kumpulan diorang cuma ada 8 orang termasuk fasi dan yang penting,diorang berasal dari tempat yang sama..Lepas tu,kami bermain game yang ilmiah sikit la..Aku suruh diorang cipta nama kumpulan,logo kumpulan dan sorakan kumpulan..Ini untuk meningkatkan kemahiran insaniah mereka,di mana mereka mampu bercakap di khalayak ramai tanpa rasa malu..Lepas tu,disebabkan jam dah menunjukkan angka 6 dan diorang pon x solat lagi,aku pon lepaskan la diorang...Tapi,pukul 8 malam diorang kene berkumpul balik..

     Agenda seterusnya adalah LDK 1..yang ni mula-mula bukan aku yang handle,tapi...xpela..aku ada backup game...jadi,aku handle la dulu..Yang ni tajuk dia adalah Tugasan Menyelamat!..Peserta diberi kertas yang memberi ciri-ciri orang yang patut diselamatkan dan berbincang tentang siapa yang perlu diselamatkan terlebih dahulu...Pergh!sangat hebat diorang berdebat..masing-masing tak mau mengalah..masa pembentangan yang sepatutnya berjalan dalam masa 25 minit,jadi sejam!nampak tak kat situ betapa teguh pendirian diorang nak mempertahankan keputusan kumpulan diorang..tapi,bagus la..Nampak la pendirian diorang...

     Lepas tu,kami main game Love Your Look di mana setiap ahli kumpulan diberi kertas surat khabar,gam,gunting dan kertas mahjong..Mereka perlu memilih seorang model untuk dibalut dengan kertas surat khabar itu mengikut fesyen yang mereka kehendaki..Memang gamat suasana ketika itu sebab macam-macam model baju yang mereka buat..ada yang macam hang tuah,ada yang berbaju jubah,ada yang buat blouse, ada yang buat puteri kipas dan ada yang buat baju peplum..hihihihi...sangat kelakar...tapi,kretif jugak depa ni...sebab dpat buat baju camtu dalam masa yang singkat...Abis je program tu,kami buat suprise party kepada seorang peserta yang hari jadinya semalam...terharu sungguh dia...hihihihih...







    Keesokannya pula aku tak ikut program diorang sebab aku pergi latihan suksis..jadi,aku tak tau la ape perangai diorang..tapi yang aku taw,diorang enjoy walaupun pengisian program pada hari tersebut sangat berat..yela..diorang ada seminar menjawab 3 jam,motivasi diri lagi,pastu LDK 2..petangnya,diorang ada Le Tour de UKM..apa 2?apa lagi..pusing2 UKM la..hihihihii....

    Pada malam harinya pulak,diorang ada tips menjawab makroekonomi dan mikroekonomi yang dikendalikan oleh kami sendiri dan muhasabah diri yang kami import daripada USIM..jauh tu!!hihihihi....tapi,apa yang kami lihat,para peserta sangat bersemangat nak bertanya dan belajar daripada kami dan respon yang diberikan ketika muhasabah diri sangat aik...Alhamdulillah..segala-galanya berjalan dengan lancar...bersyukur sangat sebab diorang bagi kerjasama dengan baik...Untuk merapatkan lagu ukhuwwah kami,kami telah buat group di facebook supaya para peserta dapat bertanyakan dengan lebih lanjut tentang pelajaran..Walaupun sekejap kami bersama,tetapi ukhuwwah yang terjalin seperti telah lama...
ok lah..sampi di sini sahaja cerita aku untuk kali ini...




Assalamualaikum...


     

Sunday, 12 May 2013

Selamat Hari Ibu!

Assalamualaikum....

        Sempena hari ini yang merupakan hari ibu,aku nak tulis post pasal hari ibu lah...Aku pasti semua mesti ada ibu kan? tak kiralah sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia..




        Ibu merupakan seseorang yang paling dekat dengan kita kerana sejak dari dalam perut lagi ibu telah banyak berborak dan bersama dengan kita..Ibulah orang yang menyusukan kita,sanggup berjaga malam untuk kita,sanggup menghadapi jerih payah untuk memberikan satu cahaya buat kita...memberikan hidup baru untuk kita..Bagi kita,ibu adalah segala-galanya...Dari sekecil ibu jari tapak kaki kita sehinggalah kita mampu berjalan,berlari,ibu sentiasa di samping kita..sebab itulah Allah berfirman :

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."
 [Luqman 31:14]


       Jadi di sini kita dapat lihat bahawa Allah S.W.T sangat menekankan tentang seorang yang bergelar ibu. Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda  ketika ditanya oleh seorang lelaki :

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ayah kamu.”[1]

          Betapa pentingnya seorang ibu kerana jika dibandingkan dengan ayah,tiga kali ibu disebut,barulah ayah..Jadi dapat dilihat di situ bahawa kasih ibu mampu membawa ke syurga..Sebab itulah orang sering berkata bahawa syurga itu di bawah telapak kaki ibu..


          Bagi yang masih mempunyai ibu,hormatilah,sayangilah patuhilah arahan ibu kamu..kerana kita tidak tahu akan rasa kehilangan seorang ibu itu...Mungkin kadang-kadang kita rimas dengan segala bebelan ibu,tetapi,itulah yang akan dirindui apabila kita berjauhan..Mungkin kita merasa bahawa ibu tidak memahami kehendak dan perasaan kita,tapi,ketahuilah bahawa setiap ibu pasti menginginkan yang terbaik buat anak-anaknya..Jadi,janganlah sesekali kita melukai hati ibu kita,meninggikan suara dan mengingkari permintaan ibu kita..Namun,bagi yang sudah tidak mempunyai ibu,berbaktilah dengan menyedekahkan surah yaasin dan minta supaya dia dimasukkan ke dalam syurga..



Kepada ibuku  MUSLIZA MAJIDAH,kaulah segalanya bagiku...
 saya sayang ibu saya!!!


Assalamualaikum...






Sunday, 5 May 2013

Dinner...Dinner..Dinner!!!!

Assalamualaikum....

              Herm...kalau baca tajuk pon dah taw kan apa yang aku nak tulis untuk entry kali ni kan?
Yups...Semuanya pasal dinner a.k.a makan malam...Ni makan malam fakulti taw...bukan makan malam kolej...

               Sebenarnya,budak tahun 1 tak boleh pon nak join dinner ni..tapi,aku salah sorang yang 'bernasib baik' terpilih untuk join dinner ni...hahahhah.....terpilih la sangat kalau kene wat keje kan?aku join jadi ajk untuk program ni..tu yang aku boleh join dinner ni....tapi,apapun.....ok la dinner ni..walaupun aku cuma duduk kat meja pendaftaran je....hihihihi..

            Tema dinner ni adalah 'MENUJU KE ARAH CEO'..pergh!bunyi macam gempak..yela..kitorangkan budak yang bakal menerajui ekonomi negara,jadi,tema cam 2,takde apela sangat...disebabkan tema cam tu,baju yang aku pakai pada malam 2,cumalah.. kemeja n kot..2 je yang aku sempat fikirkan untuk ke dinner cam 2...tapi x pela...aku cuma duk luar je..jadi, ader sesaper kesah pasal penampilan aku?? sebab tu la aku tak kesah sangat nak pakai baju pe..baju tu pon aku dapat dalam 3 jam sebelum program 2..hebat x aku???hihihihi....

              Ok la..berenti pasal baju...ni nak cerita pulak pasal makanan..hihihi..ni bab aku paling suka ni...hihihihi....makanan kan? makanan,pergh! sedap beb! ada spaghetti bolognaise,isi ikan masak sweet sour,sayur campur brokoli,nasi goreng,bihun goreng n ada jugak nasi putih bese...ok la tuh! berbaloi ape untuk RM10 satu kepala..

               Lepas je selesai tugas aku,apalagi....sebok bergambar sakan la kitorang...nak-nak pulak ada 'photobooth' kat sebelah meja pendaftaran kitorang..memang tempat tu kitorang yang punya la...hahahahahaah...bagi aku,ok la dinner ni...sumernye ok2 jewp..hihihihi...jadi,aku rasa,sampi sini jela post aku...jumpa lagi di lain post...





Assalamualaikum.............

Friday, 12 April 2013

Kembali ke sekolah!!!!

Assalamualaikum...

       Mesti korang pelik kan tajuk post aku kali ni? Selalunya kembali ke sekolah adalah pada awal tahun untuk bebudak sekolah je..tapi,aku kan da masuk ke universiti..jadi,kenapa nak ke sekolah??

       Macam ni la...Sebenarnya bukan sekolah aku pon..tapi sekolah kawan baik aku,Eykin Azmy..ni link blog dia kalau korang nak tengok.. http://s2eykinazmy93.blogspot.com/.. ok,lupakan dulu tentang tu...aku kene ke sekolah atas urusan tugasan yang diberi oleh pensyarah Pembangunan Diri aku..Tugasan kami adalah kena buat kajian tentang jati diri kebangsaan dalam kalangan pelajar..Jadi,kami telah memilih sekolah Eykin untuk buat kajian..

        Di sekolah ni,kami mencari seramai 30 orang responden untuk menjawab soalan yang kami beri..Soalan dia tak banyak pon..adalah dalam 30 soalan..Jadi,tak susah la untuk bebudak sekolah ni menjawabnya..Lepas tu,kami kena menemubual cikgu-cikgu kat sekolah tu untuk soalan temubual yang kami sediakan...Walaupun aku tak dapat pergi ke sekolah asal aku,tapi aku tak terkilan pon..sekurang-kurangnya aku boleh merawat rindu terhadap sekolah aku dengan ke sekolah Eykin..Lagipon,sekolah aku jauh kan?kat Taiping nuu ha..Jadi,memang tak strategik la kami nak pergi ke sekolah aku kan??

# Eykin memberi sedikit taklimat kepada pelajar
# menunggu dengan sabar para pelajar menjawab soalan






























     
        Di sekolah itu,segala kerja kami berjalan dengan lancar..Semua guru dan pelajar memberi kerjasama dengan baik sekali..Walaupun pada mulanya kami menghadapi kesukaran untuk menemubual cikgu-cikgu di situ,tapi aku berpuas hati sebab akhirnya hasil kerja kami memuaskan sebab cikgu-cikgu sanggup ditemubual walaupun dah saat-saat akhir..Apapun,aku seronok ke sekolah Eykin sebab aku rasa muda dan terasa macam budak sekolah lagi!maklumlah, KEMBALI KE SEKOLAH!!!! hihihihi....



# mereka menjawab dengan penuh khusyuk soalan yang diberikan..



  Oklah,sampai di sini sahaja post aku untuk kali ini...Jumpa lagi di lain post.....

Assalamualaikum............

Monday, 8 April 2013

selamat hari jadi!!!

Assalamualaikum....

    Hah?selamat hari jadi?hari jadi saper??hihihihi..yang pastinya bukan aku la kan...hihihihi....Sebonarnya,hari jadi ibu aku...Tanggal itu jatuh pada 2 April tapi,aku sambut 6.4..hehehhe..kalau korang nak tau,ada je kisah di sebalik aku nak sambut hari jadi mak aku ni...


# ibu yang terchenta..



   Cerita dia bermula begini...sebenarnye mak aku dah taching dengan aku sebab tak wish pada hari jadi dia..memang aku rancang nak wish lambat pon..hihhihihi...nakal x aku? 2 la hobi aku..menyakat mak aku..hihihihi...dan memang tacing giler ar mak aku...lepas 2,malam 2 jugak aku call kak sepupu aku tanya mane ada restoran yang sedap...memula aku nk wt kt pizza hut,tapi,cm x kenyang je..so,aku teruskan niat aku buat dekat Marina Seafood Restaurant...Aku jemput semua mokcik-mokcik aku untuk meraikan sekali..tapi,ada je yang x dapat datang..x pela..nk buat cam mane...dah diaorang sibuk...

    ok,berbalik kepada cerita aku tadi...mula2  ingatkan aku yang order sebab aku cuma suruh akak sepupu aku pge bli kek,last2,dia yang sampai dulu...so,aku suruh dia yang tolong orderkan la...aku dengan mak aku g kamdar dulu sebab aku ingatkan aku nak jadi orang yang last yang datang...alih2,aku jadi orang kedua..mokcik-mokcik aku yang lain sumer lambat...tapi mak aku memang terkejut ar..hihihihihi.. 2 yang aku suka...walaupun tak ramai,tapi aku x kisah,,janji mak aku happy....

   Berkenaan makanan pulak...pergh! memang la sedap beb! kami order 'butter prawn','crab fried chilli', 'pat choy oyster sos', 'ikan siakap sweet sour dan steam thai', 'shark fin soup', 'steamboat' dan sotong goreng tepung..nyum2..sedap sangat..aku x igat dunia makan..hihihihihi....mak aku pulak tak yah cakap ar...tak terkata..hihihihi....walaupun sedikit mahal,tapi aku puas dengan senyuman yang terukir di bibir mak aku...jadi,tertebusla kesalahan aku x 'wish birthday' dia...

Berselera dyeorg makan....


Ok la..rasanya sampai di sini sajala post aku...salam ukhuwwah..jumpa lagi!

Assalamualaikum...


Sunday, 7 April 2013

ohhh JUTAWAN!!!!!

Assalamualaikum....

    Tarikh keramat 27 Mac 2013 telah membuat aku terpana ....sebab???aku Wajib menghadiri ceramah daripada Irfan Khairi...Irfan Khairi kowt! jutawan internet tuh.... Rasa cam tak percaya,tapi,akhirnya aku dapat gak jumpa beliau..

     Program ni sebenarnya anjuran cesmed..Mula-mula aku malaih nak p,tapi,disebabkan Irfan Khairi,rasa sayang pulak tak pergi....Bukan calang-calang ley jumpa beliau..kalau xde beribu,jangan mimpila...Disebabkan usahawan,jadi ceramah beliau pon berkisarkan usahawan la kan?





    Pada mulanya,aku ingat mesti boring,sementelah aku pon x minat bidang usahawan ni...Tapi,best giler...sebab beliau suruh semua tulis soalan dan dia jawab soalan-soalan tu...gaya penyampaian dia,gaya percakapan dia,...fuh! sangat berkarisma....dan yang paling penting,dia pakai porsche kot datang DECTAR...baju dia pon cantik...heheheheh...lain pulak aku tengok..tapi,memang pengalaman la...tetiba terminat dia pulak....ehem! bukan minat ape pon...cuma suka tengok cara dia,personaliti dia...sangat-sangat-sangat berkarisma,berkeyakinan....dan...aku rasa itu jela kot untuk post kali ni..jumpa lagi ek lain kali...


Assalamualaikum....

Tun Dr. Mahathir!!

Assalamualaikum....

   Seperti tajuk post aku,hari ni aku nak cerita sikit pasal kedatangan tokoh negara kita,Perdana Menteri yang ke-4,Tun Dr Mahathir...Macam tak percaya je aku mampu melihat beliau secara langsung..walaupun tempat duduk aku agak jauh dan aku tak sempat nak tengok secara dekat,tapi aku berpuas hati sebab dapat mendengar pendapat yang dikeluarkan sendiri oleh tokoh negara yang paling aku kagumi itu...Tajuk forum  2 ialah 'Mahasiswa dan Kedaulatan Negara'..



   Terasa seperti bermimpi apabila melihat beliau memberi pandangan-pandangan yang sangat bernas dalam setiap soalan yang diberi..Beliau berkata secara tidak formal dan mudah difahami..memang banyak sangat input yang aku dapat dari forum ini... dan aku rasa...dalam banyak-banyak forum yang aku hadiri,yang inilah paling aku tak mengantuk..Forum ni sebenarnya adalah untuk memberi penghargaan dan membincangkan tentang isu Lahad Datu dalam kalangan mahasiswa...Jadi, Tun nak berbincang bersama kami tentang isu ini...

   Eh,lupa pulak aku nak bagitahu...aku pergi atas tiket suksis..Jadi,berpakaian kakak polis la aku pada malam tu..tapi aku tak kesah..sebab di akhir acara tu,kami ada buat persembahan dengan menyanyikan  2 buah lagu iaitu warisa dan inilah barisan kita.Baiklah...sehingga di sini sajalah post aku nampaknya..aku pon dah xde idea nak cerita apa lagi....babai...

Assalamualaikum....


Tuesday, 19 March 2013

Aqiqah

Assalamualaikum....

            Post aku sebelum ni pasal buah hati pengarang jantung aku kan? ya,betul tu..Azfar Zharfarn....
kali ni aku nak cerita sikit la pasal kenduri aqiqah dia...pergh!dasyat kot....cam kenduri orang kahwin je...khemah ada 4,kambing tumbang 4 ekor n yang penting,buaian dia import dari indon tuh...cantik dihiasi dengan kain-kain pelamin lagi....untung la budak-budak sekarang..baru aqiqah dah macam-macam leh dapat..hihihihi...

           Yang paling best kan,para jemputan datang tak putus-putus taw...dari pukul 11 sampai pukul 5 petang..penat kami bertungkus lumus melayan..tak cukupdengan tu,hari sebelum kenduri aqiqah tu dah ad orang datang..kiranya kendurinya macam 2 hari 2 malam pulak...tak dilupa jugak,ada 'guest book' taw..'Guest book' tu ape?alah..buku yang orang slalu bagi ucapan tu...

         Makanan jangan cakap la...macam-macam ada...ada ayam goreng,ayam masak merah,nasi minyak,acar buah,pencuci mulut lagi,laksa,air batu campur dan laicikang..hah!tengok tu,kan dah macam kenduri kahwin namanya....disebabkan aku sangat sibuk,x dapatla aku tgkap gambar si kecik ni dalam buaian..bukan aje buaian,tak sempat langsung nak tangkap gambar dia..Jadi,hanya sedikit bingkisan gambar jela aku mampu letak kat sini...

     


 
 
                            #didukung oleh pak ngah terchenta....lol..






       
# Aminnnnnn.........insyaallah berkat doa tu....










# lambatnyer tok imam nak potong rambut kita ni!!!!





# oh..tidakkkkkk!!!!!!!
dah hilang kehenseman diri aku stelah ditebas rambutku oleh pak imam.... :'(







# huih!selesanya duduk kat dalam buaian ni...cam pelamin la  
   pulak..hihihihih..... :)












      Ni pulak aku sertakan video yang boleh korang tengok aqiqah dilaksanakan atau orang jawanya panggil,Marhaban..boleh belajar nanti camne nak buat kenduri macam ni kat rumah korang....




                                         

Monday, 18 March 2013

Pertama Kali di .................



Assalamualaikum......

       Erm..lame rasanya aku tak update post kan??Mesti korang tertanya-tanya gambar ape aku letak kat ats kan?Ok la.. Klu dia,Masjid...Di mana??Mesti la kat dalam Malaysia...Dah lah,kesian korang tertanya-tanya kan....

   Baiklah,kali ni aku nak update pasal Putrajaya...Yang juga merupakan bandar pentadbiran bagi Malaysia ni ha..hihhii...untuk pengetahuan korang semua,aku memang tak pernah pergi Putrajaya ni walaupun da 1 sem aku kat UKM ni...yela...kn Putrajaya ni dekat dengan UKM.. Jadi,macam pelik pulak kalau x pergi Putrajaya kn??..

        Oleh itu,pada hari ahad yang lalu = 17 MAC 2013,aku pergi la satu program iaitu 1 Million Purple Walk..Time ni aku pakai uniform penuh SUKSIS... pelik kn?aku tak pernah sebut pasal SUKSIS tetiba muncul pulak kan??xpe2..untuk SUKSIS n cerita 1 Million walk 2,aku cerita di lain post ek...Cuma sekarang aku nk gambarkan betapa takjubnya aku pergi ke Putrajaya nih...tak kesah la kalau korang nak cakap aku jakun ke ape,tp,aku memang jakun bila kt situ..cantik la!!!!bangunan dia pon tersusun atur kemas je...memang sangat unik..
       
       Berdasarkan apa yang kawan aku cerita,kt sini kalau pada hari biasa,sangat sunyi...tapi,bila aku datang pulak ramai orang..Tapi kan,aku sempat nampak ada taman bunga raya yang memang khas bunga raya la semua..pastu ada jabatan akauntan negara..besar giler..pastu ada jabatan kewangan,jabatan perbendaharaan negara dan yang paling penting sekali,ada jabatan perdana menteri...yang tu memang cam masjid..cantik....
ni hah gambar dia kalau tak percaya...

ni jabatan perdana menteri..cantik kan?mula-mula aku ingat masjid,pastu kawan aku bagi tau yang ni  Jabatan Perdana Menteri...Bagus2,di bawah lembayung kubah..hihihihihi

yang ni pulak Jabatan Akauntan Negara...Tempat di mana satu masa dulu aku ingin kerja....tapi,sekarang dah tak....
pertukaran cita-cita...hihihihihi

pemandangan yang sangat cantik masjid Putrajaya n Pejabat Perdana Menteri.....








       Sampai sini dulu la post aku kali ni...Lain kali aku sambung pulak pasal program 1 Million walk dan pasal SUKSIS....Tunggu kemunculan post aku ek....

Assalamualaikum.....