Showing posts with label experience. Show all posts
Showing posts with label experience. Show all posts

Wednesday, 29 May 2013

Sesi Pembentangan 2...

Assalamualaikum...

      Herm...seperti yang dijanjikan,aku akan menceritakan lagi kisah yang amat menarik! sambungan kisah sesi pembentangan kami yang lepas..hihihihiihihhi....kalau kisah yang lepas aku rasa cerita dia agak havoc,kisah kali ni..herm..entahla..tak taw la nak cakap camne..biasa-biasa je kot...secara keseluruhannya mungkin la berjalan lancar kot..

     Sesi kali ini dimulakan dengan kumpulan yang memilih tajuk PERTOLONGAN CEMAS..Persembahan slide diorang ok la kot..Banyak la jugak ilmu yang boleh didapati..Contohnya,kami boleh tahu tentang jenis-jenis ubat dan fungsi ubat-ubat tersebut..Untuk video pula,kumpulan ini menengetengahkan cara untuk melakukan CPR ketika dalam kecemasan dan cara-cara membasuh tangan dengan betul..Video diorang ni agak bosan sebab tak ada lagu dan transition..tapi,boleylah...

    Kemudian,kumpulan kedua yang membentang ialah kumpulan 5 yang membentangkan tajuk NOSTALGIA ZAMAN KANAK-KANAK..Kumpulan  ini cuba membawa kami mengimbau kembali zaman kanak-kanak di mana mereka membincangkan tentang kartun,permainan dan makanan ringan ketika zaman kanak-kanak..video depa pulak,mula-mula sangat memukau pandangan..memang best video diorang..tapi,lepas tu,agak membosankan la sebab diorang temuramah orang..

   Lepas tu,kumpulan 11 pulak yang membentang..kumpulan sape?kumpulan aku la tu..Aku tak tau nak describe macam mana masa presentation kumpulan aku..ketika membentang,aku rasa ok lah kot..takde masalah sangat..tapi,bila waktu video nak ditayangkan,video aku tak ade suara..=(..seydih sangat..kelam kabut kami mencari sumber yang menyebabkan suara tak keluar..yang kami pelik, video orang lain boleh je mengeluarkan suara..video kumpulan aku je yang tak ade suara...seydih,tapi,nak buat cam mane..pasrah jela..=(

   Diteruskan pulak dengan kumpulan 16 yang menceritakan tentang STRES..Rasanya diorang dapat idea ni sebab kitorang present pon da nak dekat exam..jadi,stress paling dekat dengan pelajar sekarang ni..Diorang   ceritakan tentang punca-punca,reaksi orang stress,kesan-kesan dan cara atasi stress..Video diorang pulak menarik sebab mesej yang nak disampaikan dapat difahami oleh penonton..

  Kumpulan seterusnya adalah kumpulan 10 yang menceritakan tentang APLIKASI MOBILE.. diorang cerita tentang whatsapp messenger dan instagram la yang aku dengar..aku tak sempat tengok presentation diorang secara detail sebab aku tengah uruskan untuk video aku ketika ini..Sir Azzwan dengan baik hatinya bagi kitorang peluang untuk tunjukkan video kitorang..mula-mula,tunjuk dari pendrive,lepas tu cuba bukak google drive..tapi dalam google drive sangat lama buffering..jadi,aku tinggalkan je dulu bagi kumpulan lain bentang dulu..

   Selepas itu,kumpulan seterusnya membentang tentang PAKAIAN TRADITIONAL masyarakat kaum Melayu,Cina dan India..Slide diorang nampak kretif dan cantik..Diorang juga terangkan jenis-jenis pakaian traditional dan waktu untuk memakainya..Slide diorang nampak biasa je bagi aku...Tapi, video diorang yang cantik sangat! sangat kemas dan menarik..tapi,aku tak dapat sangat mesej yang ingin disampaikan..

  Kumpulan seterusnya iaitu kumpulan 7 membentangkan tentang COKLAT..diorang bentangkan pengenalan coklat,jenis-jenis coklat,kandungan yang terdapat di dalam coklat,kebaikan dan keburukan coklat.Pembentangan diorang bolehla..agak menarik sebab coklat kan!aku suka coklat,jadi nampak la menariknya..Video diorang pulak diorang ceritakan cara untuk membuat coklat homemade..Nampak mudah sangat dan sedap!teringin pulak nak mencuba kat rumah..tapi,tau la aku kan..malas..hihhhihi...

  Kumpulan yang terakhir untuk sesi ini adalah kumpulan 9 yang membincangkan tentang PARODI..hah?parodi?yups..memang parodi...pelik kan?tapi tulah..kretif la..Diorang menceritakan apa itu parodi,jenis-jenis parodi,kebaikan dan keburukan parodi..dapat jugakla ilmu dari diorang ni..Video diorang menarik..sangat menarik dan klaka...sebab.diorang buat sendiri parodi diorang..hihiihihihi..sangat kelakar terutamanya si Ammar..hihihihi..terhibur la aku setelah sedih tadi..=)

   Lepas je abis kumpulan Ammar,aku terus ke depan untuk tengok google drive tadi..Oh tidak! tak siap lagi video kami...disebabkan tak nak menunggu lama,aku bagi cadangan untuk bukak guna laptop aku..dan mainkan video tu kat komputer depan..Nasib baik menjadi..Fuh! lega rasanya...habis je video aku,kelas kami pon bersurai..

  Sepatutnya ada lagi kumpulan yang akan membentang,tapi aku punya kelas penuh pada hari tersebut..Jadi,sampai sini sajalah aku mampu untuk menceritakan tentang sesi ini..ok lah,jumpa lagi di lain post..

Assalamulaikum....

Sunday, 26 May 2013

Sesi Pembentangan 1..

Assalamualaikum...

    Untuk entry kali ni,aku nak cerita pasal sesi pembentangan  yang berlangsung pada 9 Mei yang lepas..hihihih..Sepatutnya semua ahli kelas kami dah bersedia untuk sesi ini..tapi,macam-macam yang terjadi..

    Masuk-masuk je kami kat kelas..kami bersembang dan masing-masing sibuk untuk membuat persiapan..tapi,tak ada sesiapa yang ke depan pon untuk letak video dan slide kat depan...Sir masuk tanya kami dah bersedia ke?tapi kami takde seorang pon yang meletakkan slide dan video kat depan..dah tu kalau tak letak,memang tak test la kan?video pon entah boleh bukak ke tak..tak sorang pon test...Lepas kami ditegur oleh sir Azzwan baru kami mulakan sesi memasukkan slide kat depan..tak sempat pon kami nak test..tapi tak pela..kene teruskan jugak sebab kami mula dah lambat...

    Kumpulan pertama yang sir cabut adalah dari Kumpulan 12 iaitu kumpulan Fatin..Diorang buat tajuk PANTANG LARANG..diorang huraikan satu persatu pantang larang yang terdapat dalam kaum melayu,cina dan india..Pantang larang ni diorang fokuskan kepada majlis perkahwinan,ketika musim perayaan dan harian..Menarik persembahan diorang..slide pon macam ok je..Tapi kan,bila tiba bab video,alamak!tetiba tak keluar suara..hah!tula..tadi tak test masa masukkan..kesian aku tengok Fatin kat depan..dah gabra dah dia...jadi,video diorang tak ada suara lah...

    Selepas itu,sir cabut lagi undi..kumpulan yang kedua ialah Kumpulan 2..dahla kumpulan kedua,dapat nombor dua pulak..memang kebetulan!Kumpulan ni pulak adalah kumpulan Eykin!hihihih..excited la kan..setelah tengok dia bersusah payah buat slide dan video,tiba masa kumpulan dia nak present..erm..disebabkan video dia mula-mula, jadi, video dia tak dapat ditayangkan..sebab,tak ada suara..kesian..Jadi,sir mintak budak laki untuk betulkan speaker tu..dah lama tak dapat betulkan,sir pon turun padang nak betulkan speaker..Lama giler diorang membetulkan speaker tu,tapi masih tak boleh..Jadi,sir suruh budak laki ambil speaker diorang kat bilik...

     Dapat je speaker,diorang terus pakai speaker diorang..untuk itu,sir suruh kami keluar 5 minit..tapi,malang tak berbau,waktu-waktu camnilah beg duit Naim hilang! puas dia cari,tapi tak jumpa..Tapi memang dia yang cuai pon..sebab dia yang tinggalkan kat dalam toilet..

   5 minit kemudian, kumpulan 2 teruskanlah kepada pembentangan slide diorang..Tajuk diorang ialah KASUT..Pertengahan tu,Naim mintak keluar untuk cari beg duit dia bersama Ammar..Baru je kumpulan 2 nak tayangkan video,tetiba ada orang bawakkan beg duit Naim..Dah sudah! pening pulak nak cari Naim..takut dia dah buat laporan polis..ada rakan sekelas cuba untuk telefon Naim..tapi,apalah bijaknya si Naim ni,tak bawak pulak telefon..Cuba pulak telefon Ammar..rupanya sama bijak je diorang ni..tak bawak jugak..Lepas tu,terberhentilah presentation kumpulan ni sebab sir nak pergi cari Ammar dan Naim..

    Huh..dugaan..dugaan...Lepas tu kami teruskan tayangan video kumpulan 2..Video diorang best! diorang buat macam Mat Lutfi punya video..menarik la yang pastinya..alah..top 3 video kot..jadi,tak hairanlah... Alhamdulillah..setelah selesai semua masalah..selesai pembentangan untuk 2 kumpulan..dan hanya 2 kumpulan dan yang paling sikit pernah sir buat sepanjang jadi pensyarah..nak buat cam maner..masalah teknikal..tapi takpelah..benda dah berlalu...Apapon...Kami MINTA MAAF sir!! =(

      Rasanya sampai sini sahajalah aku dapat terangkan pasal sesi pembentangan ni..jumpa lagi di keseinambungan post yang akan datang..

Assalamualaikum...

Sunday, 19 May 2013

Gelandangan

Assalamualaikum....

        Mesti korang tertanya-tanya kan apa aku nak tulis kali ini? Gelandangan..apa tu gelandangan? Dari perspektif aku,gelandangan ni orang yang tiada rumah,orang yang miskin dan memerlukan perhatian..Diorang ni jugak sebenarnya orang yag berpendapatan yang sangat rendah yang rata-ratanya datang dari kampung untuk mencari rezeki di Kuala Lumpur tetapi tidak bernasib baik..Kesian kan? Tapi,menurut kamus dewan pula, Gelandangan ni adalah orang-orang yang pekerjaannya atau tempat tinggalnya tidak tetap.. Kesian kan? tengok diorang di kaki-kaki lima tidur sangat kesian...dengan takde makanannya,takde tempat tinggalnya,baju pon x terurus..kesian2..tapi nak buat camne kan..dia tak mampu...terima ajela adanya...

            Eh,mesti korang pelik kan kenapa tetiba aku cerita pasal gelandangan ni kan?sebenaqnya, Kelab Ekonomi ada buat program Tautan Kasih Bersama Gelandangan..Ni yang aku nak cerita ni...pengalaman yang sangat bermakna buat kami...Dapat meningkatkan rasa kesyukuran kepada Illahi atas kurniaan nikmat yang diberi...Kami bekerjasama dengan PERTIWI Soup Kitchen,satu badan NGO untuk menjayakan aktiviti ni..PERTIWI Soup Kitchen ni dah lama dah ditubuhkan khas untuk memberi makanan kepada gelandangan-gelandangan di sekitar Kuala Lumpur..Jadi,kami pon berkerjasama lah dengan mereka untuk memberi makanan kepada gelandangan..

             Kami pergi hari Jumaat pada pukul 4 petang..Sampai sahaja di Jalan Tuanku Abdul Rahman,kami melakukan sedikit aktiviti gotong-royong di Surau Dang Wangi..Selain mendapat pahala yang lebih,kami juga mendapat input berkaitan dengan penubuhan surau ini..Ini adalah kerana suarau ini terletak bersebelahan dengan Balai Polis Dang Wangi....Dan yang paling pentingnya,ketika kami datang tu,pada waktu maghrib,Ketua Polis Negara yang baru menunaikan solat Maghrib bersama-sama kami..Sebagai seorang ahli suksis,rasa bertuah pula dapat berjumpa dengan Ketua Polis Negara yang baru...Selepas kami solat maghrib berjemaah,kami pon berjalan kaki ke Tune Hotel di mana tempat yang sepatutnya kami beri makanan kepada golongan gelandangan..

          Sambil menunggu kehadiran van PERTIWI Soup Kitchen,kami berkumpul dahulu dan melihat keadaan sekeliling..Alangkah sedihnya melihat para gelandangan menunggu di kaki-kaki lima kedai..Paling menyedihkan apabila melihat keluarga yang membawa anak-anak kecil untuk mengambil makanan..Kami tidak berani untuk memdekati mereka kerana kami khuatiri keselamatan kami...Lagipun,kami telah dinasihatkan untuk menunggu pihak PERTIWI Soup Kitchen untuk melakukan perkara-perkara lain..

              Apabila pihak PERTIWI Soup Kitchen sampai,kami dibahagikan kepada beberapa bahagian...ada yang bagi lauk,ada yang bagi nasi,ada yang bagi jajan,ada yang bagi cupcakes dan ada yang bagi air kopi dan sirap..Walaupun agak kelam kabut pada mulanya,tetapi segalanya masih berjalan lancar..Kebanyakan golongan wanita yang ada pada malam itu merupakan wanita-wanita yang tua..kesian melihat mereka berjalan mengambil makanan..Golongan lelaki muda pula hanya mampu menundukkan pandangan apabila melihat kami..mungkin mereka malu dengan kami...Bagiku,ia merupakan satu kepuasan untuk memberi mereka makanan tersebut...

               Selesai sahaja memberi makanan,kami pergi menemubual dengan gelandangan yang sudi untuk ditemubual...sesetengah daripada kami ada yang bermain dengan anak gelandangan dan sesetengah bercerita dan beramah mesra dengan mereka...Cerita dan perjalanan hidup sesetengah gelandangan adalah berbeza...Jadi,kami mengambil iktibar daripdada apa yang diceritakan supaya kami tidak melakukannya..Program ini betul0betul memberi keinsafan kepada kami terutamanya aku..aku bersyukur gila walaupun dihujani dengan berbagai masalah,aku masih ada tampat mengadu dan yang penting,aku ada keperluan asas untuk hidup...

Sekian sahaja coretan kali ini...
Assalamualaikum...


Bersama walaupun sekejap,tapi bermakna....

Assalamualaikum....

        Hah!mesti pelik kan tajuk aku kali ni?hihihihihi...Kali ni aku nak cerita pasal program yang kelab aku jalankan 2 minggu sudah..Nama program tu adalah Seminar Menjawab Soalan STPM...Walaupun macam tak nampak sangat penglibatan aku,tapi tak pela..sekurang-kurangnya aku tolong jugak ajk kelab yang lain..Aku bukan fasi, bukan juga Ketua Pengarah...hihihihi... Aku cuma dipertanggungjawabkan untuk program je...

       Ok lah..peserta kami adalah dari Johor..Diorang datang kat sini 2 hari je..Jadi,kami banyak buat pengisian untuk 2 hari jela sebab hari ketiga diorang dah nak pergi cameron pulak..Tugas aku adalah untuk sesi ice-breaking dan Latihan Dalam Kumpulan 1...
       
      Untuk sesi ice-breaking, aku dah tentukan permainan ape yang diorang akan main...Dah namanya ice-breaking kan,tentulah nak pecahkan ice antara depa,walaupun sebenarnya depa semua satu kelas..Tapi takpe..sebab bukan semua mengenali peribadi antara satu sama lain..Mula-mula aku pecahkan diorang kepada kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri daripada 6 orang 1 kumpulan...Lepas tu,aku suruh diorang cari kakak dan abang fasi diorang...masa yang diberi hanyalah 15 minit..GAGAL? denda ar...wajib benda 2..hihihihih...kejam kan aku?Setelah 15 minit berlalu,hanya 2 kumpulan je yang berjaya membawa fasi diorang..Jadi,3 kumpulan yang lain terpaksalah melaksanakan denda yang diberi...ada kumpulan yang kene buat gwiyomi,ada yang kene buat chicken dance dan ada yang kene buat gangnam style..Tapi memang kelakar dan terhibur la dengan keletah diorang..hihihihi...Tapi yang lagi best,fasi pon same kene denda...2 yang paling best...hihihihihi....

     Permainan seterusnya pula adalah sesi suai kenal antara fasi dengan peserta..Ketika ini diorang kena hafal nama,asal,makanan kegemaran dan hobi setiap ahli kumpulan..Tugasan ini tidak terlalu susah sebab dalam kumpulan diorang cuma ada 8 orang termasuk fasi dan yang penting,diorang berasal dari tempat yang sama..Lepas tu,kami bermain game yang ilmiah sikit la..Aku suruh diorang cipta nama kumpulan,logo kumpulan dan sorakan kumpulan..Ini untuk meningkatkan kemahiran insaniah mereka,di mana mereka mampu bercakap di khalayak ramai tanpa rasa malu..Lepas tu,disebabkan jam dah menunjukkan angka 6 dan diorang pon x solat lagi,aku pon lepaskan la diorang...Tapi,pukul 8 malam diorang kene berkumpul balik..

     Agenda seterusnya adalah LDK 1..yang ni mula-mula bukan aku yang handle,tapi...xpela..aku ada backup game...jadi,aku handle la dulu..Yang ni tajuk dia adalah Tugasan Menyelamat!..Peserta diberi kertas yang memberi ciri-ciri orang yang patut diselamatkan dan berbincang tentang siapa yang perlu diselamatkan terlebih dahulu...Pergh!sangat hebat diorang berdebat..masing-masing tak mau mengalah..masa pembentangan yang sepatutnya berjalan dalam masa 25 minit,jadi sejam!nampak tak kat situ betapa teguh pendirian diorang nak mempertahankan keputusan kumpulan diorang..tapi,bagus la..Nampak la pendirian diorang...

     Lepas tu,kami main game Love Your Look di mana setiap ahli kumpulan diberi kertas surat khabar,gam,gunting dan kertas mahjong..Mereka perlu memilih seorang model untuk dibalut dengan kertas surat khabar itu mengikut fesyen yang mereka kehendaki..Memang gamat suasana ketika itu sebab macam-macam model baju yang mereka buat..ada yang macam hang tuah,ada yang berbaju jubah,ada yang buat blouse, ada yang buat puteri kipas dan ada yang buat baju peplum..hihihihi...sangat kelakar...tapi,kretif jugak depa ni...sebab dpat buat baju camtu dalam masa yang singkat...Abis je program tu,kami buat suprise party kepada seorang peserta yang hari jadinya semalam...terharu sungguh dia...hihihihih...







    Keesokannya pula aku tak ikut program diorang sebab aku pergi latihan suksis..jadi,aku tak tau la ape perangai diorang..tapi yang aku taw,diorang enjoy walaupun pengisian program pada hari tersebut sangat berat..yela..diorang ada seminar menjawab 3 jam,motivasi diri lagi,pastu LDK 2..petangnya,diorang ada Le Tour de UKM..apa 2?apa lagi..pusing2 UKM la..hihihihii....

    Pada malam harinya pulak,diorang ada tips menjawab makroekonomi dan mikroekonomi yang dikendalikan oleh kami sendiri dan muhasabah diri yang kami import daripada USIM..jauh tu!!hihihihi....tapi,apa yang kami lihat,para peserta sangat bersemangat nak bertanya dan belajar daripada kami dan respon yang diberikan ketika muhasabah diri sangat aik...Alhamdulillah..segala-galanya berjalan dengan lancar...bersyukur sangat sebab diorang bagi kerjasama dengan baik...Untuk merapatkan lagu ukhuwwah kami,kami telah buat group di facebook supaya para peserta dapat bertanyakan dengan lebih lanjut tentang pelajaran..Walaupun sekejap kami bersama,tetapi ukhuwwah yang terjalin seperti telah lama...
ok lah..sampi di sini sahaja cerita aku untuk kali ini...




Assalamualaikum...


     

Sunday, 5 May 2013

Dinner...Dinner..Dinner!!!!

Assalamualaikum....

              Herm...kalau baca tajuk pon dah taw kan apa yang aku nak tulis untuk entry kali ni kan?
Yups...Semuanya pasal dinner a.k.a makan malam...Ni makan malam fakulti taw...bukan makan malam kolej...

               Sebenarnya,budak tahun 1 tak boleh pon nak join dinner ni..tapi,aku salah sorang yang 'bernasib baik' terpilih untuk join dinner ni...hahahhah.....terpilih la sangat kalau kene wat keje kan?aku join jadi ajk untuk program ni..tu yang aku boleh join dinner ni....tapi,apapun.....ok la dinner ni..walaupun aku cuma duduk kat meja pendaftaran je....hihihihi..

            Tema dinner ni adalah 'MENUJU KE ARAH CEO'..pergh!bunyi macam gempak..yela..kitorangkan budak yang bakal menerajui ekonomi negara,jadi,tema cam 2,takde apela sangat...disebabkan tema cam tu,baju yang aku pakai pada malam 2,cumalah.. kemeja n kot..2 je yang aku sempat fikirkan untuk ke dinner cam 2...tapi x pela...aku cuma duk luar je..jadi, ader sesaper kesah pasal penampilan aku?? sebab tu la aku tak kesah sangat nak pakai baju pe..baju tu pon aku dapat dalam 3 jam sebelum program 2..hebat x aku???hihihihi....

              Ok la..berenti pasal baju...ni nak cerita pulak pasal makanan..hihihi..ni bab aku paling suka ni...hihihihi....makanan kan? makanan,pergh! sedap beb! ada spaghetti bolognaise,isi ikan masak sweet sour,sayur campur brokoli,nasi goreng,bihun goreng n ada jugak nasi putih bese...ok la tuh! berbaloi ape untuk RM10 satu kepala..

               Lepas je selesai tugas aku,apalagi....sebok bergambar sakan la kitorang...nak-nak pulak ada 'photobooth' kat sebelah meja pendaftaran kitorang..memang tempat tu kitorang yang punya la...hahahahahaah...bagi aku,ok la dinner ni...sumernye ok2 jewp..hihihihi...jadi,aku rasa,sampi sini jela post aku...jumpa lagi di lain post...





Assalamualaikum.............

Friday, 12 April 2013

Kembali ke sekolah!!!!

Assalamualaikum...

       Mesti korang pelik kan tajuk post aku kali ni? Selalunya kembali ke sekolah adalah pada awal tahun untuk bebudak sekolah je..tapi,aku kan da masuk ke universiti..jadi,kenapa nak ke sekolah??

       Macam ni la...Sebenarnya bukan sekolah aku pon..tapi sekolah kawan baik aku,Eykin Azmy..ni link blog dia kalau korang nak tengok.. http://s2eykinazmy93.blogspot.com/.. ok,lupakan dulu tentang tu...aku kene ke sekolah atas urusan tugasan yang diberi oleh pensyarah Pembangunan Diri aku..Tugasan kami adalah kena buat kajian tentang jati diri kebangsaan dalam kalangan pelajar..Jadi,kami telah memilih sekolah Eykin untuk buat kajian..

        Di sekolah ni,kami mencari seramai 30 orang responden untuk menjawab soalan yang kami beri..Soalan dia tak banyak pon..adalah dalam 30 soalan..Jadi,tak susah la untuk bebudak sekolah ni menjawabnya..Lepas tu,kami kena menemubual cikgu-cikgu kat sekolah tu untuk soalan temubual yang kami sediakan...Walaupun aku tak dapat pergi ke sekolah asal aku,tapi aku tak terkilan pon..sekurang-kurangnya aku boleh merawat rindu terhadap sekolah aku dengan ke sekolah Eykin..Lagipon,sekolah aku jauh kan?kat Taiping nuu ha..Jadi,memang tak strategik la kami nak pergi ke sekolah aku kan??

# Eykin memberi sedikit taklimat kepada pelajar
# menunggu dengan sabar para pelajar menjawab soalan






























     
        Di sekolah itu,segala kerja kami berjalan dengan lancar..Semua guru dan pelajar memberi kerjasama dengan baik sekali..Walaupun pada mulanya kami menghadapi kesukaran untuk menemubual cikgu-cikgu di situ,tapi aku berpuas hati sebab akhirnya hasil kerja kami memuaskan sebab cikgu-cikgu sanggup ditemubual walaupun dah saat-saat akhir..Apapun,aku seronok ke sekolah Eykin sebab aku rasa muda dan terasa macam budak sekolah lagi!maklumlah, KEMBALI KE SEKOLAH!!!! hihihihi....



# mereka menjawab dengan penuh khusyuk soalan yang diberikan..



  Oklah,sampai di sini sahaja post aku untuk kali ini...Jumpa lagi di lain post.....

Assalamualaikum............

Bekam....

Assalamualaikum......

             Heheheheh...bertemu lagi kita di post yang baru!..kali ni aku nak tulis pasal bekam...ape bekam 2 ek??? dan kenapa tetiba aku tulis tentang bekam?? sebenarnya,hari ahad yang lepas,adik aku ada berbekam..adik aku kot..budak 12 tahun je tu..aku tanya dia kenapa nak berbekam..dia kata,"adik nak kurus"..waa....bekam leh kurus,tapi betul ke?Kalau mengikut kata mak cik aku,boleh la kurus...dan..kesannya dah jadi pon..adik aku dah turun 5 kilo kot..eksperimen depan mata..tapi siyes,memang geli kot bekam ni....


          Masa adik aku berbekam tu kan..aku tengok darah tu..banyak giler..macam jeli2..geli-geleman aku tengoknya..tapi memang banyak toksik yang keluar..bila aku tanya adik aku,dia kata x sakit pon..tapi aku tengok masa makcik aku toreh,nampak sakit kot..x caya korang tengokla gambar kat bawah ni...








  


# ni yang dari jarak dekat                                 












 # yang ni nampak sakit kan?semua darah kotor..



       







        Ok..berkenaan bekam ni..apa tu bekam?aku selalu dengar ia adalah salah satu sunnah Rasulullah..jadi,aku tanya la pak cik google..bekam ialah teknik perubatan yang membuang darah kotor melalui permukaan kulit...untuk berbekam ni,alat alat yang perlu ada adalah mangkuk bekam,pisau dan anti septik..Lepas tu,bekam ni ada waktu-waktu dia yang tertentu taw...bukan sebarang waktu boleh nak berbekam..Kebiasaannya orang berbakam pada waktu petang dan pada pertengahan bulan..


         Erm..kebaikan berbekam pulak....seperti yang kita taw,segala apa yang Rasulullah sarankan itulah yang terbaik kan?jadi,antara kebaikan berbekam ini adalah bantu hilangkan pening,buang angin dalam badan dan memecahkan lemak..Sebenarnya,banyak lagi kebaikan berbekam ni yang aku tak bagitaw..Nak taw, tanya pakcik google sendiri..heheheheh....



# ini adalah pesakit yang mempunyai penyakit ghout..buih-buih tersebut menunjukkan penyakitnya yang teruk..

        Ok la..aku rasa sampai di sini ajalah post aku...lupa pulak,kalau nak berbekam,boleh lah buat temu janji dengan makcik aku..murah je bayarannya..1 cup,RM 10..jika nak dibandingkan dengan kesihatan,mana lagi penting?xtak salah kan berbelanja untuk kesihatan?jadi,marilah kita berbekam untuk menjaga kesihatan kita..

Assalamualaikum.....

Sunday, 7 April 2013

ohhh JUTAWAN!!!!!

Assalamualaikum....

    Tarikh keramat 27 Mac 2013 telah membuat aku terpana ....sebab???aku Wajib menghadiri ceramah daripada Irfan Khairi...Irfan Khairi kowt! jutawan internet tuh.... Rasa cam tak percaya,tapi,akhirnya aku dapat gak jumpa beliau..

     Program ni sebenarnya anjuran cesmed..Mula-mula aku malaih nak p,tapi,disebabkan Irfan Khairi,rasa sayang pulak tak pergi....Bukan calang-calang ley jumpa beliau..kalau xde beribu,jangan mimpila...Disebabkan usahawan,jadi ceramah beliau pon berkisarkan usahawan la kan?





    Pada mulanya,aku ingat mesti boring,sementelah aku pon x minat bidang usahawan ni...Tapi,best giler...sebab beliau suruh semua tulis soalan dan dia jawab soalan-soalan tu...gaya penyampaian dia,gaya percakapan dia,...fuh! sangat berkarisma....dan yang paling penting,dia pakai porsche kot datang DECTAR...baju dia pon cantik...heheheheh...lain pulak aku tengok..tapi,memang pengalaman la...tetiba terminat dia pulak....ehem! bukan minat ape pon...cuma suka tengok cara dia,personaliti dia...sangat-sangat-sangat berkarisma,berkeyakinan....dan...aku rasa itu jela kot untuk post kali ni..jumpa lagi ek lain kali...


Assalamualaikum....

PK.....

Assalamualaikum sumer.....

     Maaf sesangat sebab lame dah aku tak tulis kt sini....herm...ak agak sibuk sikit,jadi kalau aku tak tulis 2...faham2lah ek....

    OK lah..kali ni aku nak cerita sikit pasal pusat kesihatan..Bukan pusat kesihatan kat ukm taw..pusat kesihatan bangi ni hah....hah! ce teka kenape tetiba aku nak cerita pasal ni....hihihihi...Sebenarnyer,ada la satu hari 2,aku teman kawan aku g pusat kesihatan...jangan salah faham!bukan dia sakit, dia nak jumpa nurse kat situ....kenapa? ada la urusan sikit.....



    


# Sambil menunggu nurse habis kerja...





   Erm....pada hari kami pergi tuh,ramai sangat yang menunggu...yang paling ramai adalah orang yang nak buat ujian darah untuk pasangan berkahwin...tidakku sangka bahawa walaupun hanya pusat kesihatan,tapi sangat sibuk keadaan dia...tekejut ak tengoknyer...
# sampai tertidur menunggu giliran....
# ramai sugguh pesakit di sini...




     Setelah kami jumpa nurse tu,dia cerita pasal diabetes..dan untuk pengetahuan semua, diabetes a.k.a kencing manis adalah tidak dipengaruhi oleh keturunan...semuanya mengikut cara pemakanan kami...wah....kene jaga makan la lepas ni.. tak boleh makan KFC dengan MCD selalu, minum air gas selalu, makan nasi pon ikut kadar yang betul..huhuhuhh... :'(.. cam yang korang taw kan,aku memang suka makan kan? jadi,ada kemungkinan ke aku nak pantang makan?  Pantang jumpa ada la... lastly,kami mintak bergambar sebagai kenangan..


# terima kasih atas kerjasama !!!!


     Walaupun penat mencari lokasi pusat kesihatan ni,tapi melihatkan perkhidmatan yang diberi,kami berpuas hati....semoga pusat kesihatan ni terus maju dalam memberi perkhidmatan.. Sampai sini jela post aku kali ni...jumpa lagi di lain post...

Assalamualaikum...






Tuesday, 19 March 2013

Aqiqah

Assalamualaikum....

            Post aku sebelum ni pasal buah hati pengarang jantung aku kan? ya,betul tu..Azfar Zharfarn....
kali ni aku nak cerita sikit la pasal kenduri aqiqah dia...pergh!dasyat kot....cam kenduri orang kahwin je...khemah ada 4,kambing tumbang 4 ekor n yang penting,buaian dia import dari indon tuh...cantik dihiasi dengan kain-kain pelamin lagi....untung la budak-budak sekarang..baru aqiqah dah macam-macam leh dapat..hihihihi...

           Yang paling best kan,para jemputan datang tak putus-putus taw...dari pukul 11 sampai pukul 5 petang..penat kami bertungkus lumus melayan..tak cukupdengan tu,hari sebelum kenduri aqiqah tu dah ad orang datang..kiranya kendurinya macam 2 hari 2 malam pulak...tak dilupa jugak,ada 'guest book' taw..'Guest book' tu ape?alah..buku yang orang slalu bagi ucapan tu...

         Makanan jangan cakap la...macam-macam ada...ada ayam goreng,ayam masak merah,nasi minyak,acar buah,pencuci mulut lagi,laksa,air batu campur dan laicikang..hah!tengok tu,kan dah macam kenduri kahwin namanya....disebabkan aku sangat sibuk,x dapatla aku tgkap gambar si kecik ni dalam buaian..bukan aje buaian,tak sempat langsung nak tangkap gambar dia..Jadi,hanya sedikit bingkisan gambar jela aku mampu letak kat sini...

     


 
 
                            #didukung oleh pak ngah terchenta....lol..






       
# Aminnnnnn.........insyaallah berkat doa tu....










# lambatnyer tok imam nak potong rambut kita ni!!!!





# oh..tidakkkkkk!!!!!!!
dah hilang kehenseman diri aku stelah ditebas rambutku oleh pak imam.... :'(







# huih!selesanya duduk kat dalam buaian ni...cam pelamin la  
   pulak..hihihihih..... :)












      Ni pulak aku sertakan video yang boleh korang tengok aqiqah dilaksanakan atau orang jawanya panggil,Marhaban..boleh belajar nanti camne nak buat kenduri macam ni kat rumah korang....




                                         

Monday, 18 March 2013

SUKSIS

Assalamualaikum....

     Post yang lepas aku ada cakap pasal suksis kan??Ha... ni aku nak terangkan serba sedikit tentang suksis ni..Dan sudah tentunya aku seorang anggota suksis....hihihih....
 
    Dari mane nak mula ek...SUKSIS sebenarnya adalah sukarelawan polis.... suksis adalah salah satu badan beruniform yang ada di dalam ukm ni...macam2 manfaat yang kita boleh dapat kalau jadi salah seorang anggota nya....salah satunya,LC dah tentu penuh,pas2 ley dapat elaun lagi...sejam RM6..(tetiba nampak RM pulak kat mata..hihihihih...)..Kami jugak anak emas Ketua Polis Negara...hihihihi...

    SUKSIS ni sebulan latihan dia cuma hari sabtu je...pagi,kami ada senaman pagi,lepas tu kawad,lepas tu kelas undang-undang dan akhirnya permainan waktu petang..masa kami sangat terhad,tapi ini bukan bermakna kami tiada masa rehat..kami masih diberi masa rehat untuk tengahari dan sarapan...jadi,jangan cakap latihan SUKSIS ni penat..Sebenarnya Suksis ni banyak bagi kami erti kerjasama,kepimpinan,bantu-membantu sesama ahli dan yang paling penting, KAMI MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG negara!!




      Sepanjang tiga tahun kami menjadi ahli suksis,macam-macam program mengikut modul yang akan kami laksanakan...Contoh yang terdekat,program Etika dan Pengurusan Integriti yang baru sahaja tamat bulan satu hari tu...oh ya!lagi satu..program suksis tak pernah kacau waktu kelas kami...ting! lagi satu kredit untuk SUKSIS! Dan yang paling penting,setiap program yang dijalankan,kami akan pergi ke tempat yang berlainan  ...Ini bermakna,kami boleh menjelajah Malaysia selama 3 tahun ni! Jadi,jangan cemburu ek dengan kami...hihihihi.....Inilah gambar-gambar yang sempat kami tangkap sepanjang program....

# jurulatih SUKSIS junior bersama skuad leader

# berkawad sebelum ke tempat yang sepatutnya...
nampak kemas dan teratur...

# berbaris sebelum berpecah mengikut kumpulan...

# pemenang-pemenang pertandingan yang diadakan..



# Gambar semua ahli skuad bersama pegawai kehormat...(cantik kn kami???)


       Apa lagi ek nak cerita...ha! SUKSIS juga akan dipanggil untuk menyertai program-program yang dianjurkan oleh kementerian...Pabila kami diperlukan,kami akan pergi berkhidmat...seperti slogan kami.. POLIS SEDIA BERKHIDMAT!! baru-baru ni kami baru dipanggil untuk menyertai program '1 Million Purple Walk' dan program 'I AM FOR U'...jadi,kelihatan di sini ya betapa pentingnya peranan kami ni...cewahhh!!!!ni ha gambar-gambar kami sepanjang berada di program '1 Million Purple Walk'...









    Rasanya,sampai di sini dulu la post aku....lain kali aku cerita pasal benda lain pulak ek...tapi,serius memang banyak pengalaman dan pengajaran yang boleh mematangkan diri aku semenjak aku menjadi anggota KOR SUKSIS UKM ni....  

 SAYA BANGGA MENJADI AHLI SUKSIS!

Assalamualaikum......





     

Pertama Kali di .................



Assalamualaikum......

       Erm..lame rasanya aku tak update post kan??Mesti korang tertanya-tanya gambar ape aku letak kat ats kan?Ok la.. Klu dia,Masjid...Di mana??Mesti la kat dalam Malaysia...Dah lah,kesian korang tertanya-tanya kan....

   Baiklah,kali ni aku nak update pasal Putrajaya...Yang juga merupakan bandar pentadbiran bagi Malaysia ni ha..hihhii...untuk pengetahuan korang semua,aku memang tak pernah pergi Putrajaya ni walaupun da 1 sem aku kat UKM ni...yela...kn Putrajaya ni dekat dengan UKM.. Jadi,macam pelik pulak kalau x pergi Putrajaya kn??..

        Oleh itu,pada hari ahad yang lalu = 17 MAC 2013,aku pergi la satu program iaitu 1 Million Purple Walk..Time ni aku pakai uniform penuh SUKSIS... pelik kn?aku tak pernah sebut pasal SUKSIS tetiba muncul pulak kan??xpe2..untuk SUKSIS n cerita 1 Million walk 2,aku cerita di lain post ek...Cuma sekarang aku nk gambarkan betapa takjubnya aku pergi ke Putrajaya nih...tak kesah la kalau korang nak cakap aku jakun ke ape,tp,aku memang jakun bila kt situ..cantik la!!!!bangunan dia pon tersusun atur kemas je...memang sangat unik..
       
       Berdasarkan apa yang kawan aku cerita,kt sini kalau pada hari biasa,sangat sunyi...tapi,bila aku datang pulak ramai orang..Tapi kan,aku sempat nampak ada taman bunga raya yang memang khas bunga raya la semua..pastu ada jabatan akauntan negara..besar giler..pastu ada jabatan kewangan,jabatan perbendaharaan negara dan yang paling penting sekali,ada jabatan perdana menteri...yang tu memang cam masjid..cantik....
ni hah gambar dia kalau tak percaya...

ni jabatan perdana menteri..cantik kan?mula-mula aku ingat masjid,pastu kawan aku bagi tau yang ni  Jabatan Perdana Menteri...Bagus2,di bawah lembayung kubah..hihihihihi

yang ni pulak Jabatan Akauntan Negara...Tempat di mana satu masa dulu aku ingin kerja....tapi,sekarang dah tak....
pertukaran cita-cita...hihihihihi

pemandangan yang sangat cantik masjid Putrajaya n Pejabat Perdana Menteri.....








       Sampai sini dulu la post aku kali ni...Lain kali aku sambung pulak pasal program 1 Million walk dan pasal SUKSIS....Tunggu kemunculan post aku ek....

Assalamualaikum.....

Sunday, 3 March 2013

The Tournament!

Assalamualaikum...

           For this entry I would like to talk about today's netball game..For your information,i'm used to be a netball player when i'm in school..So,when I heard about netball,i've become too excited....Thanks to PMFEP who organized the KARSUFEP which i can attend to increase my skill in netball.First of all,I thought it was a game held for only the students in UKM..but,unfortunately,a lot of team from outside joining the game...it was so scared to see them just like professional player....owh,I forgot!my team name is Friscoo...why is it?I don't know...I just take whatever term which across to my mind..ok,back to the game...my team was in group D which we will compete with another 3 teams..They were Freedom.com (D2), PFF (D1) and Sri Rampai Junior(D4)..however,Sri Rampai Junior did not attend and automatically disqualified from the game..therefore,this is our game schedule...



See!there were so many teams were involved to grab the RM700 for the first prize...its about 16 teams that are involved...so,it narrows down the chances for us to win...but,we not give up hope...don't give up before  trying the game,right?

          
       Our first game was with  PFF team..you know what?they were too good at this..they defeat us just for the blink of an eye...I feel too impressed with their game..its nice and smooth...and they defeat us with 13-3...can you see that?it's not us who did not know how to play,but it was them who are as good as professional player..Next,we fight with Freedom.com...before the game,we think we can defeat them,but they are good as PFF team..so,I guess we were defeated again..but I did not check with the score..I bet it was too bad..so,better not to check...even,we are not winning for the tournament,but I had gain more experience through this game...

       After I asked them,then I know that they are states player...hihihihi...It is much better to get experience rather than the money,but,if we can get both,it's a bonus..however,the tournament is really good..good for those who doesn't have anything to do in weekend...So, a lot of thanks to PMFEP who organized the KARSUFEP for the three days...

#and I will share a little photo that taken...



#this is taken before the game...trying to score the goal... :)



#and this is taken after the game....even a little dissapointment,I still can smile.. :)


#my dearest team... :)