Post sebelum ni aku cerita pengalaman aku main bola jaring kan? sebenarnya banyak je lagi pengalaman
aku yang aku rasa.....x yah la cerita..nanti aku ley wat hikayat 5 hari 5 malam pulak...jadi,aku rasa baik x payah lah aku cerita pasal pengalaman aku....
Ok..untuk post kali ni,aku nak cerita gak pasal bola jaring,tapi aku nak cerita pasal sejarah dan serba sedikit tentang bola jaring ni...maklumat ni aku cari kat pakcik google dan jumpa kat slide share....kenapa aku cari?sebab aku pon x pandai sangat pasal bola jaring ni walaupun aku dah main bola jaring daripada sekolah rendah lagi...
A. SEJARAH BOLA JARING
Jadi,moh le kita mulakan kembara bola jaring dengan sejarah dye kan?siapalah kita tanpa sejarah sebab kita terhasil dari sejarah yang dulu...ok,Bola jaring merupakan
hasil pengubahsuaian daripada bola keranjang yang amat popular padaawal
1900-an.Ia berasal di Amerika Syarikat dan dikenali sebagai "bola
keranjang wanita". Sukan ini dicipta oleh Clara Gregory Baer. Kemudian
sukan ini berkembang pesat di Asia dan Afrika.Pada tahun 1926, tertubuhlah
Persatuan Bola Jaring Wanita Seluruh England (All England Women's Netball
Association). Perlawanan antarabangsa yang pertama telah diadakan di
antara England dan Scotland pada tahun 1938).
Perkembangan pesat untuk
permainan bola jaring berlaku selepas Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1960
wakil-wakil negara komenwel telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah persatuan
khusus untuk bola jaring dunia. Dengan itu tertubuhlah The International Federationof
Netball Association. Pertubuhan ini berperanan untuk menyelaraskan peraturan
dan undang-undang permainan bola jaring.Bola jaring adalah permainan untuk wanita kerana ia tidak terlalu
kasar. Sehingga hari ini, sukan ini dimainkan lebih daripada 150 buah negara di seluruh dunia.
Sejarah bola jaring di
Malaysia pula bermula apabila ia popular di kalangan sekolah mubaligh Kristian.
Guru-guru Inggeris khususnya di bandar amat gemar bermain bola jaring.
Persatuan Bola Jaring Malaysia ditubuhkan pada tahun 1978. Persatuan ini telah
mengambil bahagian dalam beberapa kejohanan antarabangsa sepertu Kejohanan Asia
dan Kejohanan Piala Dunia.
Majlis Olimpik Malaysia
telah mempelawa Persatuan Bola Jaring Malaysia untuk menganjurkanpertandingan
bola jaring di sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur. Persatuan Bola Jaring
Malaysiajuga terlibat dalam Sukan Komenwel yang diadakan di Malaysia pada tahun
1998.
B.PERALATAN
Bila ada permainan,mestilah ada
peralatan dia kan? tak terkecuali jugak dengan bola jaring ni... tapi bola
jaring ni sikit je peralatan dia..nak taw?
1)Bola
Rupanya seperti bola keranjang.Bola
tersebut mempunyai saiz 5, berdiameter 99-102 cm dan beratnya
6.35-7.26g. Bola ini diperbuat daripada getah atau kulit.Alah...susah
sangat,ni ha rupanya...
#jadi,inilah bola-bola yang digunakan...jelas???
2) Gelanggang
Benda ke2 yang korang kene ada adalah gelanggang...gelanggang ni ada
ukuran dia...bukan main
taram je...jadi,korang kene la taw kan..walaupun bukan korang yang buat pon
gelanggangtu...Tapi sekurang-kurangnya korang kene taw la...xde la nanti korang
pergi main bola jaring kat gelanggang bola keranjang pulak..Terdapat dua jenis gelanggang bola
jaring iaitu gelanggang terbuka dan tertutup.Gelanggang ini merupakan gelanggang berumput di
kawasan terbuka atau dibuat khas dengan menggunakan simen atau perkey untuk gelanggang
tertutup.Gelanggang bola jaring besar sedikit dari gelanggang bola keranjang, sepanjang
30.5m dan selebar 15.25m.Garis panjang dikenali sebagai Garis Sisi dan garis
panjang dikenali sebagai Garis Gol
(Goal Lines).Gelanggang dibahagi kepada tiga kawasan sama besar.Bulatan Pusat
bergaris pusat 90cm
terletak ditengah gelanggang. Separuh bulatan bergaris pusat (radius) 4.9m pada setiap Garis Gol dikenali sebagai Bulatan Gol. Lebar garis
gelanggang tidak lebih dari 50mm.Gelanggang bola jaring boleh dibahagikan kepada 3 kawasan atau petak
yang sama ukuran. Dua buah kawasan merupakan kawasan gol. Kawasan lain ialah
centre atau kawasan tengah. Kawasan tengah ini pula terletaknya bulatan tengah.Di
kedua-dua hujung gelanggang, iaitu di
kawasan pertama dan ketiga, terdapat garisan semi-circle atau separuh
bulatan yang merupakan bulatan gol.Ataupun untuk lebih faham,ni ha rajah dye..
3) Tiang Gol
Peralatan yang terakhir ialah tiang gol iaitu
tempat nak jaringkan gol...hihihihi... :) Di kedua-dua belah gelanggang dipasang tiang gol yang
tingginya 1.6 m.Biasanya tiang gol diperbuat daripada besi. Bulatan besi berjaring yang
terletak dibahagian atas tiang mempunyai diameter 38cm. Yang paling penting,tiang gol mestilah kene
ada jaring dia..jaring dye korang leh cari kat mane2 kedai peralatan sukan..ni ha rupa dye..
C.PEMAIN,KEDUDUKAN DAN HAD KAWASAN
Setiap
pasukan terdiri daripada 10 orang iaitu 7 orang pemain di gelanggang dan 3
orang sebagai simpanan.
Setiap orang pemain mempunyai tugas dan had kawasan yang berlainan antara
satu
sama lain.
Berikut merupakan senarai
tugas 7 orang pemain bola jaring:
1)Penjaga gol (GK)
2)Pertahanan gol (GD)
3) Pertahanan
sayap (WD)
4) Pemain tengah (C)
5) Penyerang sayap (WA)
6)Penyerang gol
(WD)
7)Penjaring gol
(GS)
Berikut merupakan kedudukan pemain di
dalam gelanggang (ketika membuat hantaran tengah)
D.TUGAS PEMAIN DALAM PASUKAN
1) Penjaga gol(GK)
Penjaga gol (goal keeper
= GK) menjaga penjaring gol (GS) pasukan lawan baik di dalam kawasan mahupun di
luar kawasan jaringan. Penjaga gol boleh keluar masuk kawasan gol. Di antara
tugasnya ialah menjaga kawasan jaringan dan menghalang penyerang di dalam
kawasan jaringan. GK juga perlu bekerjasama dengan penahan gol (GD).
2)Penahan gol(GD )
Penahan gol (goal
defence = GD), menjaga dan mengawal gerakan penyerang gol (GA) pasukan pihak
lawan sama ada di dalam kawasan tengah, kawasan gol atau di dalam kawasan
jaringan. GD boleh menghalang hantaran atau mengawal mana- mana pemain dalam
kawasan tengah atau kawasan gol, tetapi tugas utamanya ialah
menghalang penyerang gol daripada membuat jaringan. GD juga boleh menerima bola
dari hantaran tengah.
3)Penahan sayap(WD)
Penahan sayap (wing defence = WD) merupakan pemain pertahanan.
Tugasnya ialah menghalang gerak geri dan hantaran yang ditujukan kepada
penyerang sayap (WA) pasukan lawan dalam bulatan jaringan.WD
juga boleh bertindak sebagai penyerang . Ini berlaku semasa bola di hantar ke
tengah atau ke dalam oleh pemain lawan. Apabila pemain lawan membuat jaringan,
WD akan mengawal WA.
Kadangkala, WD boleh
bertindak sebagai penyerang. Ini boleh berlaku semasa bola
dihantar ke tengah atau
ke dalam oleh pemain lawan.
4)Pemain tengah(C)
Pemain tengah (centre = C) pula memainkan peranan yang penting
kerana ia ditugaskan sebagai penyerang dan merupakan pemain yang membuat
hantaran tengah di awal permainan. Kasawan C hampir meliputi keseluruhan padang
bola jaring. C boleh bergerak ke semua kawasan kecuali di kawasan D.
5)Penyerang sayap(WA)
Penyerang sayap (wing attack = WA) adalah juga penyerang, dan
tugas utamanya menghantar bola dari kawasan tengah ke kawasan jaringan. WA
selalunya akan menghantar bola kepada penjaring dan penyerang gol dengan
kerjasama pemain tengah.
6)Penyerang gol(GA )
Penyerang gol (goal attact = GA) ditugaskan sebagai penjaring. GA
akan bekerjasama dengan pemain tengah, penyerang sayap dan penjaring gol. GA
juga selalu menerima hantaran tengah dan bertindak sebagai penyerang.
7)Penjaring gol(GS)
Penjaring gol (goal
shooter = GS) bertugas sebagai penjaring gol.GS mestilah mahir membuat jaringan.
Aku rasa sampai sini dululah post aku pasal netball kali ni..untuk post yang seterusnya aku akan cerita lagi pasal pengadil,cara bermain dan peraturan bermain....untuk kali ini,aku berhenti kat sini dulu ek...
ok la..jumpa lagi di lain post....
Assalamualaikum....
No comments:
Post a Comment