Wednesday 29 May 2013

Sesi Pembentangan 2...

Assalamualaikum...

      Herm...seperti yang dijanjikan,aku akan menceritakan lagi kisah yang amat menarik! sambungan kisah sesi pembentangan kami yang lepas..hihihihiihihhi....kalau kisah yang lepas aku rasa cerita dia agak havoc,kisah kali ni..herm..entahla..tak taw la nak cakap camne..biasa-biasa je kot...secara keseluruhannya mungkin la berjalan lancar kot..

     Sesi kali ini dimulakan dengan kumpulan yang memilih tajuk PERTOLONGAN CEMAS..Persembahan slide diorang ok la kot..Banyak la jugak ilmu yang boleh didapati..Contohnya,kami boleh tahu tentang jenis-jenis ubat dan fungsi ubat-ubat tersebut..Untuk video pula,kumpulan ini menengetengahkan cara untuk melakukan CPR ketika dalam kecemasan dan cara-cara membasuh tangan dengan betul..Video diorang ni agak bosan sebab tak ada lagu dan transition..tapi,boleylah...

    Kemudian,kumpulan kedua yang membentang ialah kumpulan 5 yang membentangkan tajuk NOSTALGIA ZAMAN KANAK-KANAK..Kumpulan  ini cuba membawa kami mengimbau kembali zaman kanak-kanak di mana mereka membincangkan tentang kartun,permainan dan makanan ringan ketika zaman kanak-kanak..video depa pulak,mula-mula sangat memukau pandangan..memang best video diorang..tapi,lepas tu,agak membosankan la sebab diorang temuramah orang..

   Lepas tu,kumpulan 11 pulak yang membentang..kumpulan sape?kumpulan aku la tu..Aku tak tau nak describe macam mana masa presentation kumpulan aku..ketika membentang,aku rasa ok lah kot..takde masalah sangat..tapi,bila waktu video nak ditayangkan,video aku tak ade suara..=(..seydih sangat..kelam kabut kami mencari sumber yang menyebabkan suara tak keluar..yang kami pelik, video orang lain boleh je mengeluarkan suara..video kumpulan aku je yang tak ade suara...seydih,tapi,nak buat cam mane..pasrah jela..=(

   Diteruskan pulak dengan kumpulan 16 yang menceritakan tentang STRES..Rasanya diorang dapat idea ni sebab kitorang present pon da nak dekat exam..jadi,stress paling dekat dengan pelajar sekarang ni..Diorang   ceritakan tentang punca-punca,reaksi orang stress,kesan-kesan dan cara atasi stress..Video diorang pulak menarik sebab mesej yang nak disampaikan dapat difahami oleh penonton..

  Kumpulan seterusnya adalah kumpulan 10 yang menceritakan tentang APLIKASI MOBILE.. diorang cerita tentang whatsapp messenger dan instagram la yang aku dengar..aku tak sempat tengok presentation diorang secara detail sebab aku tengah uruskan untuk video aku ketika ini..Sir Azzwan dengan baik hatinya bagi kitorang peluang untuk tunjukkan video kitorang..mula-mula,tunjuk dari pendrive,lepas tu cuba bukak google drive..tapi dalam google drive sangat lama buffering..jadi,aku tinggalkan je dulu bagi kumpulan lain bentang dulu..

   Selepas itu,kumpulan seterusnya membentang tentang PAKAIAN TRADITIONAL masyarakat kaum Melayu,Cina dan India..Slide diorang nampak kretif dan cantik..Diorang juga terangkan jenis-jenis pakaian traditional dan waktu untuk memakainya..Slide diorang nampak biasa je bagi aku...Tapi, video diorang yang cantik sangat! sangat kemas dan menarik..tapi,aku tak dapat sangat mesej yang ingin disampaikan..

  Kumpulan seterusnya iaitu kumpulan 7 membentangkan tentang COKLAT..diorang bentangkan pengenalan coklat,jenis-jenis coklat,kandungan yang terdapat di dalam coklat,kebaikan dan keburukan coklat.Pembentangan diorang bolehla..agak menarik sebab coklat kan!aku suka coklat,jadi nampak la menariknya..Video diorang pulak diorang ceritakan cara untuk membuat coklat homemade..Nampak mudah sangat dan sedap!teringin pulak nak mencuba kat rumah..tapi,tau la aku kan..malas..hihhhihi...

  Kumpulan yang terakhir untuk sesi ini adalah kumpulan 9 yang membincangkan tentang PARODI..hah?parodi?yups..memang parodi...pelik kan?tapi tulah..kretif la..Diorang menceritakan apa itu parodi,jenis-jenis parodi,kebaikan dan keburukan parodi..dapat jugakla ilmu dari diorang ni..Video diorang menarik..sangat menarik dan klaka...sebab.diorang buat sendiri parodi diorang..hihiihihihi..sangat kelakar terutamanya si Ammar..hihihihi..terhibur la aku setelah sedih tadi..=)

   Lepas je abis kumpulan Ammar,aku terus ke depan untuk tengok google drive tadi..Oh tidak! tak siap lagi video kami...disebabkan tak nak menunggu lama,aku bagi cadangan untuk bukak guna laptop aku..dan mainkan video tu kat komputer depan..Nasib baik menjadi..Fuh! lega rasanya...habis je video aku,kelas kami pon bersurai..

  Sepatutnya ada lagi kumpulan yang akan membentang,tapi aku punya kelas penuh pada hari tersebut..Jadi,sampai sini sajalah aku mampu untuk menceritakan tentang sesi ini..ok lah,jumpa lagi di lain post..

Assalamulaikum....

Sunday 26 May 2013

Sesi Pembentangan 1..

Assalamualaikum...

    Untuk entry kali ni,aku nak cerita pasal sesi pembentangan  yang berlangsung pada 9 Mei yang lepas..hihihih..Sepatutnya semua ahli kelas kami dah bersedia untuk sesi ini..tapi,macam-macam yang terjadi..

    Masuk-masuk je kami kat kelas..kami bersembang dan masing-masing sibuk untuk membuat persiapan..tapi,tak ada sesiapa yang ke depan pon untuk letak video dan slide kat depan...Sir masuk tanya kami dah bersedia ke?tapi kami takde seorang pon yang meletakkan slide dan video kat depan..dah tu kalau tak letak,memang tak test la kan?video pon entah boleh bukak ke tak..tak sorang pon test...Lepas kami ditegur oleh sir Azzwan baru kami mulakan sesi memasukkan slide kat depan..tak sempat pon kami nak test..tapi tak pela..kene teruskan jugak sebab kami mula dah lambat...

    Kumpulan pertama yang sir cabut adalah dari Kumpulan 12 iaitu kumpulan Fatin..Diorang buat tajuk PANTANG LARANG..diorang huraikan satu persatu pantang larang yang terdapat dalam kaum melayu,cina dan india..Pantang larang ni diorang fokuskan kepada majlis perkahwinan,ketika musim perayaan dan harian..Menarik persembahan diorang..slide pon macam ok je..Tapi kan,bila tiba bab video,alamak!tetiba tak keluar suara..hah!tula..tadi tak test masa masukkan..kesian aku tengok Fatin kat depan..dah gabra dah dia...jadi,video diorang tak ada suara lah...

    Selepas itu,sir cabut lagi undi..kumpulan yang kedua ialah Kumpulan 2..dahla kumpulan kedua,dapat nombor dua pulak..memang kebetulan!Kumpulan ni pulak adalah kumpulan Eykin!hihihih..excited la kan..setelah tengok dia bersusah payah buat slide dan video,tiba masa kumpulan dia nak present..erm..disebabkan video dia mula-mula, jadi, video dia tak dapat ditayangkan..sebab,tak ada suara..kesian..Jadi,sir mintak budak laki untuk betulkan speaker tu..dah lama tak dapat betulkan,sir pon turun padang nak betulkan speaker..Lama giler diorang membetulkan speaker tu,tapi masih tak boleh..Jadi,sir suruh budak laki ambil speaker diorang kat bilik...

     Dapat je speaker,diorang terus pakai speaker diorang..untuk itu,sir suruh kami keluar 5 minit..tapi,malang tak berbau,waktu-waktu camnilah beg duit Naim hilang! puas dia cari,tapi tak jumpa..Tapi memang dia yang cuai pon..sebab dia yang tinggalkan kat dalam toilet..

   5 minit kemudian, kumpulan 2 teruskanlah kepada pembentangan slide diorang..Tajuk diorang ialah KASUT..Pertengahan tu,Naim mintak keluar untuk cari beg duit dia bersama Ammar..Baru je kumpulan 2 nak tayangkan video,tetiba ada orang bawakkan beg duit Naim..Dah sudah! pening pulak nak cari Naim..takut dia dah buat laporan polis..ada rakan sekelas cuba untuk telefon Naim..tapi,apalah bijaknya si Naim ni,tak bawak pulak telefon..Cuba pulak telefon Ammar..rupanya sama bijak je diorang ni..tak bawak jugak..Lepas tu,terberhentilah presentation kumpulan ni sebab sir nak pergi cari Ammar dan Naim..

    Huh..dugaan..dugaan...Lepas tu kami teruskan tayangan video kumpulan 2..Video diorang best! diorang buat macam Mat Lutfi punya video..menarik la yang pastinya..alah..top 3 video kot..jadi,tak hairanlah... Alhamdulillah..setelah selesai semua masalah..selesai pembentangan untuk 2 kumpulan..dan hanya 2 kumpulan dan yang paling sikit pernah sir buat sepanjang jadi pensyarah..nak buat cam maner..masalah teknikal..tapi takpelah..benda dah berlalu...Apapon...Kami MINTA MAAF sir!! =(

      Rasanya sampai sini sahajalah aku dapat terangkan pasal sesi pembentangan ni..jumpa lagi di keseinambungan post yang akan datang..

Assalamualaikum...

Stres!!

Assalamualaikum....






     Herm..Sempena nak exam ni,tetiba aku rasa nak tulis entry pasal stres..cliche' kan? tapi aku nak tulis jugak..stres memang sinonim dengan exam kan bagi student?lagi-lagi kalau masa nak exam la sakit la,masalah-masalah luar datang la...dengan nak fikir silibus yang tak abis baca lagi,dengan fikir nak selesaikan masalah lagi..serabut!jadi,ini la yang mendatangkan stres!erm..aku malas nak citer pasal punca-punca stres ni..sebab kalau aku cerita pun,bukan ley selesai kan???



       Jadi,aku teringin nak cerita pasal langkah-langkah mengatasi stres..Ini mengikut pendapat aku la..kalau stress,korang boleh : 

1) Makan..

     Dengan makan,korang boleh melupakan stres korang.tak kiralah ketika study tu korang stres tentang silibus atau benda lain..kebiasaannya,selalunya orang yang stress makan coklat..sebab coklat ada sejenis bahan yang boleh menenangkan fikiran kita..sebab tu,sesetengah orang lebih suka makan ketika stres..tapi,bahaya!kalau terus makan,boleh menyebabkan dapat penyakit lain pulak..tak pasal-pasal jadi obesiti..Jadi,teruskan cara kedua..

2) Shopping...

       Ok,kategori yang ini pulak boleh buat kopak duit korang..tapi,ia merupakan satu kepuasan lagi-lagi bagi wanita..Shopping boleh menjadi satu terapi jiwa sebab kadang-kadang dengan melihat barang-barang yang berjenama,barang-barang yang cantik boleh membuatkan kita lupa seketika benda yang membuatkan kita stres...Jadi,ketika stes adalah masa paling sesuai untuk membelanjakan wang..hihihi..Tapi,kalau agak-agak dah tak da wang,kita pergi ke langkah seterusnya...

3) Menangis...

     Kategori yang ni aku tujukan khas buat wanita...sebab,wanita lebih murah air matanya..lebih mudah tersentuh..orang cakap emosi perempuan nilah yang menunjukkan perasaan dia...lebih baik lepaskan segalanya melalui tangisan daripada pendam di dalam dan akhirnya meletup dengan sesuatu yang tidak dijangka..Menangis ni boleh menenangkan jiwa dan melapangkan fikiran..Suatu kelegaan apabila kita menangis dan lepaskan segalanya..lepas menangis,barulah kita fikirkan penyelesaian untuk masalah kita...tapi,ni untuk wanita,kalau yang untuk lelaki pulak...tengok yang seterusnya..

4) Ketawa

      Herm..kalau diikutkan mesti korang fikir macam nak jadi orang gila kan kalau tetiba nak ketawa?sebenarnya tak la..korang jangan la fikir tetiba nak ketawa pulak..cuba la cari rakan atau sesuatu benda yang boleh buat korang ketawa..Contohnya,tengok la maharaja lawak ke,tengok bintang mencari bintang ke ataupun susah-susah sangat korng cari kengkawan korang yang biasa menghiburkan korang..dengan cara ini,korang akan dapat melapangkan fikiran korang..Kalau tak jadi jugak....buat yang terakhir inilah..

5) Menyanyi,menjerit dan menari

         Dengan menyanyi,korang boleh menjerit dan juga menari kan?bila menari,korang boleh bersenam..Oksigen yang ada boleh memberi kecergasan dan kecerdasan minda kita..jadi,ia boleh melapangkan fikiran dan melepaskan segala yang terbuku..Kebiasannya,dengan menyanyikan lagu yang mempunyai pitch yang tinggi..

    Jadi,aku rasa ni jela yang mampu aku fikirkan untuk korang..hihihi...maaf kalau tak membantu korang..tapi,selamat mencuba!

Assalamualaikum...

Hati dan Perasaan

Assalamualaikum......

          Herm..sebenarnya tak tau nak tuli ape untuk entry kali ni..tapi,aku menulis jugaklah....erm..bagi aku,post kali ni aku macam nak tulis sesuatu pasal hati dan perasaan....dan ini akan jadi yang pertama dan terakhir kot...orang cakap,blog ni kadang-kadang boleh menjadi diari online..jadi,aku nak merealisasikan ape yang orang cakap tula kan??

          Sambung cerita aku..selasa lepas aku dikejutkan dengan perkara yang aku tak sangka-sangka...ibu aku sakit..jadi,dengan pantas dan tepat jugak aku pon balik..suara dia dah lemah sangat...sampai je kat rumah..aku tengok dia...erm..boleyla...dia masih ok..tapi....terselit sesuatu yang hanya aku dan dia faham keadannya..malam tu,kami bercerita tentang keadaannya dan yang paling penting,apa yang menyebabkan dia tetiba semput...

           Erm..ada la Mr.A ni yang buat ibu aku sedih..setelah lama ibu aku berkorban untuknya,kenapa la dia masih nak uji ibu aku camni?apa yang dia nak lagi dari ibu  aku ni??udah2 la...cukup2la...aku dah tak larat lagi nak tengok ibu menanggung semua ni..erm...taw kenapa aku terkesan?/sebab bende ni melibatkan aku...aku x faham la...kate sayang..tapi??ape yang dia buat yang menunjukkan dia sayang??

      Aku sangat2 tak faham..bukankah sayang itu kebiasaannya dilambangkan dengan perbuatan?kita sayang,kita lindungi dia,jaga hati dia...bukan lagi menyakitkan!apa ertinya sayang camtu?bertahun-tahun duit,tenaga dihabiskan hanya kerana dia seorang!bertahun-tahun hati dan perasaan dimainkan!dan bertahun-tahun itu dia tidak pernah menyesal!tak pernah insaf!entahlah..aku tak faham apa sebenarnya yang dia hendak..aku tak mampu..dan aku tak tahu apa yang tersirat dalam hati dia..

      Bukan kebiasaan aku nak meluahkan..bukan aku nak meminta simpati dari sesiapa..tapi,kadang-kadang kita perlu meluahkan di satu medium.. apa yang aku coretkan di sini,semuanya kebenaran..kebenaran yang melambangkan seorang lelaki yang hadir dalam hidupku dan hidup ibuku...lelaki yang sepatutnya melindungi kami,menyayangi kami,menjaga kami sepenuh hati..Kadang-kadang cemburu tengok orang lain bersama lelaki itu..tapi aku?kita tidak boleh menyalahkan takdir...dan kita juga tak boleh menyesali takdir yang berlaku..tu aku tau dan aku faham..sebab apa yang berlaku tu semua ada hikmahnya..

      Aku tau..apa yang berlaku ni semua dapat membuatkan kami tabah..tabah dalam mengharungi dugaan dan cabaran yang mendatang ...seringkali aku melihat orang yang lebih tak beruntung daripada aku..sekurang-kurangnya aku masih ada ibu yang akan selalu menyokong aku,yang selalu berada di sisi aku untuk membantu aku..kadang-kadang tu ada orang langsung xde sesiapa yang nak menyokong dia kan?Atas sebab inilah aku terus tabah,terus bersyukur bahawasanya aku lebih beruntung daripada orang lain walaupun keadaan kami begini..

        Entahlah..bukan aku nak mengeluh..tapi,bak kata ain 'hidup memang penuh dengan masalah'..cuma kita pandai ataupun tidak je nak tangani masalah tu..oleh itu,aku cuba 'ignore' je bende-bende yang berlaku di sekeliling aku..tapi,aku terfikir gak..sampai bila aku nak ignore je bende ni?sebab akhirnya aku jugak yang akan cari jalan untuk menyelesaikannya....

        Kadang-kadang terasa berbelah bahagi jugak kan?kesian jugak kat Mr.A..tapi,selepas apa yang dia buat...aku jadi tawar hati..aku jadi geram,marah..bende yang paling penting sekali..aku tak tau dia sayangkan aku ke tak..mulut kata sayang,tapi perbuatannya?membuatkan aku rasa marah,benci dan meluat..adakah itu sayang...tolonglah...tolonglah ubah Mr.A..tolong la ubah perangai tu..tapi..rasanya macam entahlah....

        Ok lah..terima kasih sebab sanggup membaca entry aku yang aku rasa agak membosankan untuk kali ini..aku harap kalau korang faham sesiapa yang aku maksudkan,'please just keep that in mind'..aku rasa aku berhenti kat sini dululah..

Assalamualaikum....      

   



Sunday 19 May 2013

Gelandangan

Assalamualaikum....

        Mesti korang tertanya-tanya kan apa aku nak tulis kali ini? Gelandangan..apa tu gelandangan? Dari perspektif aku,gelandangan ni orang yang tiada rumah,orang yang miskin dan memerlukan perhatian..Diorang ni jugak sebenarnya orang yag berpendapatan yang sangat rendah yang rata-ratanya datang dari kampung untuk mencari rezeki di Kuala Lumpur tetapi tidak bernasib baik..Kesian kan? Tapi,menurut kamus dewan pula, Gelandangan ni adalah orang-orang yang pekerjaannya atau tempat tinggalnya tidak tetap.. Kesian kan? tengok diorang di kaki-kaki lima tidur sangat kesian...dengan takde makanannya,takde tempat tinggalnya,baju pon x terurus..kesian2..tapi nak buat camne kan..dia tak mampu...terima ajela adanya...

            Eh,mesti korang pelik kan kenapa tetiba aku cerita pasal gelandangan ni kan?sebenaqnya, Kelab Ekonomi ada buat program Tautan Kasih Bersama Gelandangan..Ni yang aku nak cerita ni...pengalaman yang sangat bermakna buat kami...Dapat meningkatkan rasa kesyukuran kepada Illahi atas kurniaan nikmat yang diberi...Kami bekerjasama dengan PERTIWI Soup Kitchen,satu badan NGO untuk menjayakan aktiviti ni..PERTIWI Soup Kitchen ni dah lama dah ditubuhkan khas untuk memberi makanan kepada gelandangan-gelandangan di sekitar Kuala Lumpur..Jadi,kami pon berkerjasama lah dengan mereka untuk memberi makanan kepada gelandangan..

             Kami pergi hari Jumaat pada pukul 4 petang..Sampai sahaja di Jalan Tuanku Abdul Rahman,kami melakukan sedikit aktiviti gotong-royong di Surau Dang Wangi..Selain mendapat pahala yang lebih,kami juga mendapat input berkaitan dengan penubuhan surau ini..Ini adalah kerana suarau ini terletak bersebelahan dengan Balai Polis Dang Wangi....Dan yang paling pentingnya,ketika kami datang tu,pada waktu maghrib,Ketua Polis Negara yang baru menunaikan solat Maghrib bersama-sama kami..Sebagai seorang ahli suksis,rasa bertuah pula dapat berjumpa dengan Ketua Polis Negara yang baru...Selepas kami solat maghrib berjemaah,kami pon berjalan kaki ke Tune Hotel di mana tempat yang sepatutnya kami beri makanan kepada golongan gelandangan..

          Sambil menunggu kehadiran van PERTIWI Soup Kitchen,kami berkumpul dahulu dan melihat keadaan sekeliling..Alangkah sedihnya melihat para gelandangan menunggu di kaki-kaki lima kedai..Paling menyedihkan apabila melihat keluarga yang membawa anak-anak kecil untuk mengambil makanan..Kami tidak berani untuk memdekati mereka kerana kami khuatiri keselamatan kami...Lagipun,kami telah dinasihatkan untuk menunggu pihak PERTIWI Soup Kitchen untuk melakukan perkara-perkara lain..

              Apabila pihak PERTIWI Soup Kitchen sampai,kami dibahagikan kepada beberapa bahagian...ada yang bagi lauk,ada yang bagi nasi,ada yang bagi jajan,ada yang bagi cupcakes dan ada yang bagi air kopi dan sirap..Walaupun agak kelam kabut pada mulanya,tetapi segalanya masih berjalan lancar..Kebanyakan golongan wanita yang ada pada malam itu merupakan wanita-wanita yang tua..kesian melihat mereka berjalan mengambil makanan..Golongan lelaki muda pula hanya mampu menundukkan pandangan apabila melihat kami..mungkin mereka malu dengan kami...Bagiku,ia merupakan satu kepuasan untuk memberi mereka makanan tersebut...

               Selesai sahaja memberi makanan,kami pergi menemubual dengan gelandangan yang sudi untuk ditemubual...sesetengah daripada kami ada yang bermain dengan anak gelandangan dan sesetengah bercerita dan beramah mesra dengan mereka...Cerita dan perjalanan hidup sesetengah gelandangan adalah berbeza...Jadi,kami mengambil iktibar daripdada apa yang diceritakan supaya kami tidak melakukannya..Program ini betul0betul memberi keinsafan kepada kami terutamanya aku..aku bersyukur gila walaupun dihujani dengan berbagai masalah,aku masih ada tampat mengadu dan yang penting,aku ada keperluan asas untuk hidup...

Sekian sahaja coretan kali ini...
Assalamualaikum...


Bersama walaupun sekejap,tapi bermakna....

Assalamualaikum....

        Hah!mesti pelik kan tajuk aku kali ni?hihihihihi...Kali ni aku nak cerita pasal program yang kelab aku jalankan 2 minggu sudah..Nama program tu adalah Seminar Menjawab Soalan STPM...Walaupun macam tak nampak sangat penglibatan aku,tapi tak pela..sekurang-kurangnya aku tolong jugak ajk kelab yang lain..Aku bukan fasi, bukan juga Ketua Pengarah...hihihihi... Aku cuma dipertanggungjawabkan untuk program je...

       Ok lah..peserta kami adalah dari Johor..Diorang datang kat sini 2 hari je..Jadi,kami banyak buat pengisian untuk 2 hari jela sebab hari ketiga diorang dah nak pergi cameron pulak..Tugas aku adalah untuk sesi ice-breaking dan Latihan Dalam Kumpulan 1...
       
      Untuk sesi ice-breaking, aku dah tentukan permainan ape yang diorang akan main...Dah namanya ice-breaking kan,tentulah nak pecahkan ice antara depa,walaupun sebenarnya depa semua satu kelas..Tapi takpe..sebab bukan semua mengenali peribadi antara satu sama lain..Mula-mula aku pecahkan diorang kepada kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri daripada 6 orang 1 kumpulan...Lepas tu,aku suruh diorang cari kakak dan abang fasi diorang...masa yang diberi hanyalah 15 minit..GAGAL? denda ar...wajib benda 2..hihihihih...kejam kan aku?Setelah 15 minit berlalu,hanya 2 kumpulan je yang berjaya membawa fasi diorang..Jadi,3 kumpulan yang lain terpaksalah melaksanakan denda yang diberi...ada kumpulan yang kene buat gwiyomi,ada yang kene buat chicken dance dan ada yang kene buat gangnam style..Tapi memang kelakar dan terhibur la dengan keletah diorang..hihihihi...Tapi yang lagi best,fasi pon same kene denda...2 yang paling best...hihihihihi....

     Permainan seterusnya pula adalah sesi suai kenal antara fasi dengan peserta..Ketika ini diorang kena hafal nama,asal,makanan kegemaran dan hobi setiap ahli kumpulan..Tugasan ini tidak terlalu susah sebab dalam kumpulan diorang cuma ada 8 orang termasuk fasi dan yang penting,diorang berasal dari tempat yang sama..Lepas tu,kami bermain game yang ilmiah sikit la..Aku suruh diorang cipta nama kumpulan,logo kumpulan dan sorakan kumpulan..Ini untuk meningkatkan kemahiran insaniah mereka,di mana mereka mampu bercakap di khalayak ramai tanpa rasa malu..Lepas tu,disebabkan jam dah menunjukkan angka 6 dan diorang pon x solat lagi,aku pon lepaskan la diorang...Tapi,pukul 8 malam diorang kene berkumpul balik..

     Agenda seterusnya adalah LDK 1..yang ni mula-mula bukan aku yang handle,tapi...xpela..aku ada backup game...jadi,aku handle la dulu..Yang ni tajuk dia adalah Tugasan Menyelamat!..Peserta diberi kertas yang memberi ciri-ciri orang yang patut diselamatkan dan berbincang tentang siapa yang perlu diselamatkan terlebih dahulu...Pergh!sangat hebat diorang berdebat..masing-masing tak mau mengalah..masa pembentangan yang sepatutnya berjalan dalam masa 25 minit,jadi sejam!nampak tak kat situ betapa teguh pendirian diorang nak mempertahankan keputusan kumpulan diorang..tapi,bagus la..Nampak la pendirian diorang...

     Lepas tu,kami main game Love Your Look di mana setiap ahli kumpulan diberi kertas surat khabar,gam,gunting dan kertas mahjong..Mereka perlu memilih seorang model untuk dibalut dengan kertas surat khabar itu mengikut fesyen yang mereka kehendaki..Memang gamat suasana ketika itu sebab macam-macam model baju yang mereka buat..ada yang macam hang tuah,ada yang berbaju jubah,ada yang buat blouse, ada yang buat puteri kipas dan ada yang buat baju peplum..hihihihi...sangat kelakar...tapi,kretif jugak depa ni...sebab dpat buat baju camtu dalam masa yang singkat...Abis je program tu,kami buat suprise party kepada seorang peserta yang hari jadinya semalam...terharu sungguh dia...hihihihih...







    Keesokannya pula aku tak ikut program diorang sebab aku pergi latihan suksis..jadi,aku tak tau la ape perangai diorang..tapi yang aku taw,diorang enjoy walaupun pengisian program pada hari tersebut sangat berat..yela..diorang ada seminar menjawab 3 jam,motivasi diri lagi,pastu LDK 2..petangnya,diorang ada Le Tour de UKM..apa 2?apa lagi..pusing2 UKM la..hihihihii....

    Pada malam harinya pulak,diorang ada tips menjawab makroekonomi dan mikroekonomi yang dikendalikan oleh kami sendiri dan muhasabah diri yang kami import daripada USIM..jauh tu!!hihihihi....tapi,apa yang kami lihat,para peserta sangat bersemangat nak bertanya dan belajar daripada kami dan respon yang diberikan ketika muhasabah diri sangat aik...Alhamdulillah..segala-galanya berjalan dengan lancar...bersyukur sangat sebab diorang bagi kerjasama dengan baik...Untuk merapatkan lagu ukhuwwah kami,kami telah buat group di facebook supaya para peserta dapat bertanyakan dengan lebih lanjut tentang pelajaran..Walaupun sekejap kami bersama,tetapi ukhuwwah yang terjalin seperti telah lama...
ok lah..sampi di sini sahaja cerita aku untuk kali ini...




Assalamualaikum...


     

Sunday 12 May 2013

Penghargaan Buat Ibuku...

Assalamualaikum...

Untuk post yang lepas,aku ada tulis tentang hari ibu kan?da cerita serba sedikit tentang hari ibu...Jadi,kali ini,aku nak tunjuk penghargaan aku kepada ibu aku melalui sebuah sajak...

IBUKU

Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini


TERIMA KASIH IBU........

Sekian, assalamualaikum......

Selamat Hari Ibu!

Assalamualaikum....

        Sempena hari ini yang merupakan hari ibu,aku nak tulis post pasal hari ibu lah...Aku pasti semua mesti ada ibu kan? tak kiralah sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia..




        Ibu merupakan seseorang yang paling dekat dengan kita kerana sejak dari dalam perut lagi ibu telah banyak berborak dan bersama dengan kita..Ibulah orang yang menyusukan kita,sanggup berjaga malam untuk kita,sanggup menghadapi jerih payah untuk memberikan satu cahaya buat kita...memberikan hidup baru untuk kita..Bagi kita,ibu adalah segala-galanya...Dari sekecil ibu jari tapak kaki kita sehinggalah kita mampu berjalan,berlari,ibu sentiasa di samping kita..sebab itulah Allah berfirman :

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."
 [Luqman 31:14]


       Jadi di sini kita dapat lihat bahawa Allah S.W.T sangat menekankan tentang seorang yang bergelar ibu. Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda  ketika ditanya oleh seorang lelaki :

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ayah kamu.”[1]

          Betapa pentingnya seorang ibu kerana jika dibandingkan dengan ayah,tiga kali ibu disebut,barulah ayah..Jadi dapat dilihat di situ bahawa kasih ibu mampu membawa ke syurga..Sebab itulah orang sering berkata bahawa syurga itu di bawah telapak kaki ibu..


          Bagi yang masih mempunyai ibu,hormatilah,sayangilah patuhilah arahan ibu kamu..kerana kita tidak tahu akan rasa kehilangan seorang ibu itu...Mungkin kadang-kadang kita rimas dengan segala bebelan ibu,tetapi,itulah yang akan dirindui apabila kita berjauhan..Mungkin kita merasa bahawa ibu tidak memahami kehendak dan perasaan kita,tapi,ketahuilah bahawa setiap ibu pasti menginginkan yang terbaik buat anak-anaknya..Jadi,janganlah sesekali kita melukai hati ibu kita,meninggikan suara dan mengingkari permintaan ibu kita..Namun,bagi yang sudah tidak mempunyai ibu,berbaktilah dengan menyedekahkan surah yaasin dan minta supaya dia dimasukkan ke dalam syurga..



Kepada ibuku  MUSLIZA MAJIDAH,kaulah segalanya bagiku...
 saya sayang ibu saya!!!


Assalamualaikum...






Sunday 5 May 2013

Berat..berat...berat!!

Assalamualaikum...

           Ha...mesti korang tertanya2 kan kenapa tajuk aku cam 2? bkn berat aku taw....2 yang pasti la...takkan dan tak mungkin tetiba plak nak letak pasal berat aku aih...abis la kang rahsia negara aku sumer orang taw..heehehhe..

           Sebenonya,aku nak tulis pasal TIMBANG BERAT BLOG..hihihihihi...tak la jauh tersasar sangat kan??biasanya,kita nak taw blog kita berat ke idak,ikut temp[oh loading dia..kalau lambat,berat la blog kita..jadi,lebih baik bawak2 la timbang blog 2...



           Kebiasaannya,blog kita ni berat sebab terlebih banyak widget,banyak sangat widget bergerak-gerak..cursor yang terlebih bergerak dan macam-macam lagi la..jadi,eloknye x yah la nak bubuh banyak-banyak sangat widget..takut nanti kot terlebih lama loading,tanpa segan ssilu lah pembaca menekan butang pangkah keluar dari blog korang..

Hah,kalau nak timbang blog korang,korang boleh timbang di SINI..

Ni pulak tips-tips yang korang boleh buat untuk kurangkan berat blog korang :


1) Kurangkan penggunaan image (jpeg) kerana size jpeg biasanya adalah besar.

2) Kurangkan bilangan entry post pada home page blog anda. Default setting adalah 7 post, kurangkan kepada 2 atau 1 sahaja.

3) Kurangkan widget yang menggunakan javascript. 

4) Widget yang mempunyai size yang besar seperti blog achieve, blog list atau follower, letak di bahagian bawah sekali, supaya element yang lain dapat dibaca terlebih dahulu.

5) Letak "Read More" bagi meringkaskan entry post, supaya loading setiap entry dapat dibaca dengan lebih cepat. 


Ok la..sampai sini dulu entry aku ek...jumpa lagi di lain entry...

Assalamualaikum..

Bahayanya rokok??

Assalamualaikum...

     Hari ni tetiba plak rasa nak update pasal rokok...Herm kenapa?sebab aku x suka bau rokok..x sedap...nak muntah rasanya..lagipon,bau rokok ni buat ak tersedak je..rasa sesak nafas..kalau orang asma 2...dah lama jalan....

erm..ni hah aku senaraikan ape bahayanya rokok yang aku cari kat pakcik google nih..

1. Menyumbang kepada kewujudan lebih 25 jenis penyakit di dalam badan.

2. Asap rokok memudaratkan kanak-kanak

3. Mengakibatkan mati pucuk.

4. Mengakibatkan orang sekeliling mendapat penyakit kanser

5. Mengakibatkan strok.

6. Memberi kesan negatif kepada perkembangan janin.

7. Boleh menyebabkan buta.

           

            Nape leh jadi sampai cam tu skali??sebab,dalam rokok ada bahan-bahan kimia yang beracun yang x sesuai untuk tubuh badan kita..Menghisap rokok umpama memakan racun je..tapi,kesannya secara perlahan-lahan meresap dan membunuh kita...ce tengok kalau x percaya....




          Hah..ni lah antaranya yang aku dapat baca..sebenarnya ada banyak lagi...takut si pembaca yang merokok tak sanggup nak abiskan membaca..jadi,lebih baik kalau korang yang merokok ni berenti la merokok...bukan sedap pon..hilangkan lah ketagihan merokok 2..dekat kotak rokok tu pon da bagi tau kesan-kesan merokok..nak jugak merokok...ni sekarang,da ada rokok elektronik..lagi la teruk..aku difahamkan kesan rokok elektronik ni lagi teruk daripada rokok yang asli..jadi,moral of da cerita,bawak-bawak la berenti merokok...


Untuk memudahkan korang berenti,ni ada cara-cara atau langkah-langkah yang boleh korang buat untuk berenti merokok:

1. Niat yang sungguh-sungguh untuk berhenti merokok.

2. Belajar membenci rokok


3. Bergaullah dengan orang yang tidak merokok


4. Sering-sering pergi ke tempat yang ruangannya beraircond.


5. Pindahkan semua barang-barang yang berhubungan dengan rokok.


6. Jika ingin merokok, tundalah 10 menit lagi.


7. Beritau teman dan orang terdekat kalau kita ingin berhenti merokok.


8. Kurangi jumlah merokok sedikit demi sedikit.


9. Makan gula-gula jika rasa hendak merokok.





Oklah,sampai disini sajalah post aku..jumpa lagi di lain post.....
Assalamualaikum...

Dinner...Dinner..Dinner!!!!

Assalamualaikum....

              Herm...kalau baca tajuk pon dah taw kan apa yang aku nak tulis untuk entry kali ni kan?
Yups...Semuanya pasal dinner a.k.a makan malam...Ni makan malam fakulti taw...bukan makan malam kolej...

               Sebenarnya,budak tahun 1 tak boleh pon nak join dinner ni..tapi,aku salah sorang yang 'bernasib baik' terpilih untuk join dinner ni...hahahhah.....terpilih la sangat kalau kene wat keje kan?aku join jadi ajk untuk program ni..tu yang aku boleh join dinner ni....tapi,apapun.....ok la dinner ni..walaupun aku cuma duduk kat meja pendaftaran je....hihihihi..

            Tema dinner ni adalah 'MENUJU KE ARAH CEO'..pergh!bunyi macam gempak..yela..kitorangkan budak yang bakal menerajui ekonomi negara,jadi,tema cam 2,takde apela sangat...disebabkan tema cam tu,baju yang aku pakai pada malam 2,cumalah.. kemeja n kot..2 je yang aku sempat fikirkan untuk ke dinner cam 2...tapi x pela...aku cuma duk luar je..jadi, ader sesaper kesah pasal penampilan aku?? sebab tu la aku tak kesah sangat nak pakai baju pe..baju tu pon aku dapat dalam 3 jam sebelum program 2..hebat x aku???hihihihi....

              Ok la..berenti pasal baju...ni nak cerita pulak pasal makanan..hihihi..ni bab aku paling suka ni...hihihihi....makanan kan? makanan,pergh! sedap beb! ada spaghetti bolognaise,isi ikan masak sweet sour,sayur campur brokoli,nasi goreng,bihun goreng n ada jugak nasi putih bese...ok la tuh! berbaloi ape untuk RM10 satu kepala..

               Lepas je selesai tugas aku,apalagi....sebok bergambar sakan la kitorang...nak-nak pulak ada 'photobooth' kat sebelah meja pendaftaran kitorang..memang tempat tu kitorang yang punya la...hahahahahaah...bagi aku,ok la dinner ni...sumernye ok2 jewp..hihihihi...jadi,aku rasa,sampi sini jela post aku...jumpa lagi di lain post...





Assalamualaikum.............

Saturday 4 May 2013

Sahabat

Assalamualaikum.....

Hari ni aku nak tulis sedikit pasal lagu yang aku pilih untuk blohg aku ni....
ya betul!
sahabat....
sahabat...
dan sahabat @ rakan @ teman yang selalu berada di samping kita...
jadi....
apa itu sahabat??kenapa aku pilih sahabat??
sebelum aku bercerita lebih lanjut...
meh kita hayati lirik lagu Sahabat ni..

SAHABAT-NAJWA LATIF

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku....



         Ha....jadi,sahabat..bagi aku,sahabat ni kawan yang selalu ada dengan kita,yang mendengar cerita kita,yang memahami kita dan yang paling penting,dia pandai memberi nasihat kepada kita mengikut situasi yang sesuai..sebab..sahabat yang baik adalah seorang sahabat yang tak mahu rakannya terus hanyut dengan kesilapan yang akan atau telah dilakukan..Jadi,sahabatlah orang yang akan membetulkan kita selepas ibubapa kita dan guru kita..

     Lagi pula,sahabat adalah.............





        Tetapi,sahabat yang paling dicari dan yang mampu mengerat kan ukhuwwah di samping mampu membawa kita ke Jannah adalah....


      Oleh itu..marilah kita membina ukhuwwah didasarkan keikhlasan hati supaya silaturrahim yang dibina mampu membawa kita ke Jannah..Tegurlah di mana ada kesilapan,Betulkanlah kekhilafan yang ada pada diri sahabat kita kerana sesungguhnya itulah yang diperlukan oleh insan yang bermnama Manusia....

Assalamualaikum...............






Friday 12 April 2013

Kembali ke sekolah!!!!

Assalamualaikum...

       Mesti korang pelik kan tajuk post aku kali ni? Selalunya kembali ke sekolah adalah pada awal tahun untuk bebudak sekolah je..tapi,aku kan da masuk ke universiti..jadi,kenapa nak ke sekolah??

       Macam ni la...Sebenarnya bukan sekolah aku pon..tapi sekolah kawan baik aku,Eykin Azmy..ni link blog dia kalau korang nak tengok.. http://s2eykinazmy93.blogspot.com/.. ok,lupakan dulu tentang tu...aku kene ke sekolah atas urusan tugasan yang diberi oleh pensyarah Pembangunan Diri aku..Tugasan kami adalah kena buat kajian tentang jati diri kebangsaan dalam kalangan pelajar..Jadi,kami telah memilih sekolah Eykin untuk buat kajian..

        Di sekolah ni,kami mencari seramai 30 orang responden untuk menjawab soalan yang kami beri..Soalan dia tak banyak pon..adalah dalam 30 soalan..Jadi,tak susah la untuk bebudak sekolah ni menjawabnya..Lepas tu,kami kena menemubual cikgu-cikgu kat sekolah tu untuk soalan temubual yang kami sediakan...Walaupun aku tak dapat pergi ke sekolah asal aku,tapi aku tak terkilan pon..sekurang-kurangnya aku boleh merawat rindu terhadap sekolah aku dengan ke sekolah Eykin..Lagipon,sekolah aku jauh kan?kat Taiping nuu ha..Jadi,memang tak strategik la kami nak pergi ke sekolah aku kan??

# Eykin memberi sedikit taklimat kepada pelajar
# menunggu dengan sabar para pelajar menjawab soalan






























     
        Di sekolah itu,segala kerja kami berjalan dengan lancar..Semua guru dan pelajar memberi kerjasama dengan baik sekali..Walaupun pada mulanya kami menghadapi kesukaran untuk menemubual cikgu-cikgu di situ,tapi aku berpuas hati sebab akhirnya hasil kerja kami memuaskan sebab cikgu-cikgu sanggup ditemubual walaupun dah saat-saat akhir..Apapun,aku seronok ke sekolah Eykin sebab aku rasa muda dan terasa macam budak sekolah lagi!maklumlah, KEMBALI KE SEKOLAH!!!! hihihihi....



# mereka menjawab dengan penuh khusyuk soalan yang diberikan..



  Oklah,sampai di sini sahaja post aku untuk kali ini...Jumpa lagi di lain post.....

Assalamualaikum............

Bekam....

Assalamualaikum......

             Heheheheh...bertemu lagi kita di post yang baru!..kali ni aku nak tulis pasal bekam...ape bekam 2 ek??? dan kenapa tetiba aku tulis tentang bekam?? sebenarnya,hari ahad yang lepas,adik aku ada berbekam..adik aku kot..budak 12 tahun je tu..aku tanya dia kenapa nak berbekam..dia kata,"adik nak kurus"..waa....bekam leh kurus,tapi betul ke?Kalau mengikut kata mak cik aku,boleh la kurus...dan..kesannya dah jadi pon..adik aku dah turun 5 kilo kot..eksperimen depan mata..tapi siyes,memang geli kot bekam ni....


          Masa adik aku berbekam tu kan..aku tengok darah tu..banyak giler..macam jeli2..geli-geleman aku tengoknya..tapi memang banyak toksik yang keluar..bila aku tanya adik aku,dia kata x sakit pon..tapi aku tengok masa makcik aku toreh,nampak sakit kot..x caya korang tengokla gambar kat bawah ni...








  


# ni yang dari jarak dekat                                 












 # yang ni nampak sakit kan?semua darah kotor..



       







        Ok..berkenaan bekam ni..apa tu bekam?aku selalu dengar ia adalah salah satu sunnah Rasulullah..jadi,aku tanya la pak cik google..bekam ialah teknik perubatan yang membuang darah kotor melalui permukaan kulit...untuk berbekam ni,alat alat yang perlu ada adalah mangkuk bekam,pisau dan anti septik..Lepas tu,bekam ni ada waktu-waktu dia yang tertentu taw...bukan sebarang waktu boleh nak berbekam..Kebiasaannya orang berbakam pada waktu petang dan pada pertengahan bulan..


         Erm..kebaikan berbekam pulak....seperti yang kita taw,segala apa yang Rasulullah sarankan itulah yang terbaik kan?jadi,antara kebaikan berbekam ini adalah bantu hilangkan pening,buang angin dalam badan dan memecahkan lemak..Sebenarnya,banyak lagi kebaikan berbekam ni yang aku tak bagitaw..Nak taw, tanya pakcik google sendiri..heheheheh....



# ini adalah pesakit yang mempunyai penyakit ghout..buih-buih tersebut menunjukkan penyakitnya yang teruk..

        Ok la..aku rasa sampai di sini ajalah post aku...lupa pulak,kalau nak berbekam,boleh lah buat temu janji dengan makcik aku..murah je bayarannya..1 cup,RM 10..jika nak dibandingkan dengan kesihatan,mana lagi penting?xtak salah kan berbelanja untuk kesihatan?jadi,marilah kita berbekam untuk menjaga kesihatan kita..

Assalamualaikum.....

Monday 8 April 2013

Merenung di kejauhan......

Assalamualaikum....

    Erm...dari mana ek aku nak mula untuk post kali ni....merenung di kejauhan..apa maksudnya ek...bagi aku,ia adalah melihat ke masa hadapan..sama ada gelap,terang atau berwarna warni..kita yang mencoraknya,kita yang menentukannya....sebenarnya aku dapat ilham nak tulis pasal ni sebab semalam aku pegi tengok matahari terbenam di Bagan Dato'..sangat cantik..sangat menenangkan....lepas 2,aku tengok ibu macam termenung melihat di kejauhan....

    Tetiba aku terfikir...apa yang difikirkannya? adakah ingin mencari ketenangan, atau cuma termenung? raut wajahnya mengundang tanda tanya yang kerap bermain di fikiranku...namun,apakan daya..aku bukan ahli nujum yang mampu merungkai seribu persoalan yang bermain di mindanya.... entahlah..makin aku fikir,makin pelik pulak aku...biarlah..kerana terkadang seseorang manusia itu memerlukan saat dia bersendirian tanpa orang lain..saat di mana ia perlu memikirkan solusi kepada permasalahannya sendirian....



    Dengan itu,wajarlah kiranya aku membiarkan ibuku sehingga dia menceritakan apa yang tersirat di dalam gelodak hatinya....bagiku,perasaan yang ingin dikongsi tidak perlu diluahkan dalam keterpaksaan kerana ia hanya mampu menambah lagi rasa resah yang berpanjangan...oleh itu,sampai sini sajalah coretan ku buat kali ni...

Assalamualaikum....

selamat hari jadi!!!

Assalamualaikum....

    Hah?selamat hari jadi?hari jadi saper??hihihihi..yang pastinya bukan aku la kan...hihihihi....Sebonarnya,hari jadi ibu aku...Tanggal itu jatuh pada 2 April tapi,aku sambut 6.4..hehehhe..kalau korang nak tau,ada je kisah di sebalik aku nak sambut hari jadi mak aku ni...


# ibu yang terchenta..



   Cerita dia bermula begini...sebenarnye mak aku dah taching dengan aku sebab tak wish pada hari jadi dia..memang aku rancang nak wish lambat pon..hihhihihi...nakal x aku? 2 la hobi aku..menyakat mak aku..hihihihi...dan memang tacing giler ar mak aku...lepas 2,malam 2 jugak aku call kak sepupu aku tanya mane ada restoran yang sedap...memula aku nk wt kt pizza hut,tapi,cm x kenyang je..so,aku teruskan niat aku buat dekat Marina Seafood Restaurant...Aku jemput semua mokcik-mokcik aku untuk meraikan sekali..tapi,ada je yang x dapat datang..x pela..nk buat cam mane...dah diaorang sibuk...

    ok,berbalik kepada cerita aku tadi...mula2  ingatkan aku yang order sebab aku cuma suruh akak sepupu aku pge bli kek,last2,dia yang sampai dulu...so,aku suruh dia yang tolong orderkan la...aku dengan mak aku g kamdar dulu sebab aku ingatkan aku nak jadi orang yang last yang datang...alih2,aku jadi orang kedua..mokcik-mokcik aku yang lain sumer lambat...tapi mak aku memang terkejut ar..hihihihihi.. 2 yang aku suka...walaupun tak ramai,tapi aku x kisah,,janji mak aku happy....

   Berkenaan makanan pulak...pergh! memang la sedap beb! kami order 'butter prawn','crab fried chilli', 'pat choy oyster sos', 'ikan siakap sweet sour dan steam thai', 'shark fin soup', 'steamboat' dan sotong goreng tepung..nyum2..sedap sangat..aku x igat dunia makan..hihihihihi....mak aku pulak tak yah cakap ar...tak terkata..hihihihi....walaupun sedikit mahal,tapi aku puas dengan senyuman yang terukir di bibir mak aku...jadi,tertebusla kesalahan aku x 'wish birthday' dia...

Berselera dyeorg makan....


Ok la..rasanya sampai di sini sajala post aku...salam ukhuwwah..jumpa lagi!

Assalamualaikum...


Sunday 7 April 2013

Cuti!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum....

   Yes!!!!post kali ni happening sikit...sebabnya?cuti!!!! mestila best kot..sape tak suka cuti kan?hehehehehe....Bgi aku,cuti la paling heaven sekali..sebabnya?tak yah fikir pasal study,pasal ukm,pasal program..Cuma bersukaria je kat rumah...hehehehe.. :)..



    Tetapi.....  :'(   kerianganku terbunuh begitu sahaja...kerana cuti kali ni aku terpaksa bawak banyak kerja balik....banyak giler tugasan yang kene buat.. jadi....

     Ya...masih ada mood untuk cuti lagi ke?aku rasa....tak kot....tapi tak pe..walaupun camtu,aku akn peruntukkan masa untuk aku betul-betul cuti,jadi,memang kene buat keje dulu......tapi,walau ape pun,aku dapat jugak meluangkan masa dengan mak aku yang terchenta,...hehehe.. saya sayang ibu saya!..aku akan cubak maknakan cuti aku ni dengan perkara-perkara yang menjadi memori indah...hhihhihi,...ceh,jiwang la pulak..erm...jangan risau..cuti,cuti jugak,blog takkan ku tinggal...Insyaallah,aku akan selalu post tentang apa yang berlaku kat sini...hihihih...ok la..aku pergi dulu..jumpa di lain post....

Assaamualaikum...

ohhh JUTAWAN!!!!!

Assalamualaikum....

    Tarikh keramat 27 Mac 2013 telah membuat aku terpana ....sebab???aku Wajib menghadiri ceramah daripada Irfan Khairi...Irfan Khairi kowt! jutawan internet tuh.... Rasa cam tak percaya,tapi,akhirnya aku dapat gak jumpa beliau..

     Program ni sebenarnya anjuran cesmed..Mula-mula aku malaih nak p,tapi,disebabkan Irfan Khairi,rasa sayang pulak tak pergi....Bukan calang-calang ley jumpa beliau..kalau xde beribu,jangan mimpila...Disebabkan usahawan,jadi ceramah beliau pon berkisarkan usahawan la kan?





    Pada mulanya,aku ingat mesti boring,sementelah aku pon x minat bidang usahawan ni...Tapi,best giler...sebab beliau suruh semua tulis soalan dan dia jawab soalan-soalan tu...gaya penyampaian dia,gaya percakapan dia,...fuh! sangat berkarisma....dan yang paling penting,dia pakai porsche kot datang DECTAR...baju dia pon cantik...heheheheh...lain pulak aku tengok..tapi,memang pengalaman la...tetiba terminat dia pulak....ehem! bukan minat ape pon...cuma suka tengok cara dia,personaliti dia...sangat-sangat-sangat berkarisma,berkeyakinan....dan...aku rasa itu jela kot untuk post kali ni..jumpa lagi ek lain kali...


Assalamualaikum....

Tun Dr. Mahathir!!

Assalamualaikum....

   Seperti tajuk post aku,hari ni aku nak cerita sikit pasal kedatangan tokoh negara kita,Perdana Menteri yang ke-4,Tun Dr Mahathir...Macam tak percaya je aku mampu melihat beliau secara langsung..walaupun tempat duduk aku agak jauh dan aku tak sempat nak tengok secara dekat,tapi aku berpuas hati sebab dapat mendengar pendapat yang dikeluarkan sendiri oleh tokoh negara yang paling aku kagumi itu...Tajuk forum  2 ialah 'Mahasiswa dan Kedaulatan Negara'..



   Terasa seperti bermimpi apabila melihat beliau memberi pandangan-pandangan yang sangat bernas dalam setiap soalan yang diberi..Beliau berkata secara tidak formal dan mudah difahami..memang banyak sangat input yang aku dapat dari forum ini... dan aku rasa...dalam banyak-banyak forum yang aku hadiri,yang inilah paling aku tak mengantuk..Forum ni sebenarnya adalah untuk memberi penghargaan dan membincangkan tentang isu Lahad Datu dalam kalangan mahasiswa...Jadi, Tun nak berbincang bersama kami tentang isu ini...

   Eh,lupa pulak aku nak bagitahu...aku pergi atas tiket suksis..Jadi,berpakaian kakak polis la aku pada malam tu..tapi aku tak kesah..sebab di akhir acara tu,kami ada buat persembahan dengan menyanyikan  2 buah lagu iaitu warisa dan inilah barisan kita.Baiklah...sehingga di sini sajalah post aku nampaknya..aku pon dah xde idea nak cerita apa lagi....babai...

Assalamualaikum....


PK.....

Assalamualaikum sumer.....

     Maaf sesangat sebab lame dah aku tak tulis kt sini....herm...ak agak sibuk sikit,jadi kalau aku tak tulis 2...faham2lah ek....

    OK lah..kali ni aku nak cerita sikit pasal pusat kesihatan..Bukan pusat kesihatan kat ukm taw..pusat kesihatan bangi ni hah....hah! ce teka kenape tetiba aku nak cerita pasal ni....hihihihi...Sebenarnyer,ada la satu hari 2,aku teman kawan aku g pusat kesihatan...jangan salah faham!bukan dia sakit, dia nak jumpa nurse kat situ....kenapa? ada la urusan sikit.....



    


# Sambil menunggu nurse habis kerja...





   Erm....pada hari kami pergi tuh,ramai sangat yang menunggu...yang paling ramai adalah orang yang nak buat ujian darah untuk pasangan berkahwin...tidakku sangka bahawa walaupun hanya pusat kesihatan,tapi sangat sibuk keadaan dia...tekejut ak tengoknyer...
# sampai tertidur menunggu giliran....
# ramai sugguh pesakit di sini...




     Setelah kami jumpa nurse tu,dia cerita pasal diabetes..dan untuk pengetahuan semua, diabetes a.k.a kencing manis adalah tidak dipengaruhi oleh keturunan...semuanya mengikut cara pemakanan kami...wah....kene jaga makan la lepas ni.. tak boleh makan KFC dengan MCD selalu, minum air gas selalu, makan nasi pon ikut kadar yang betul..huhuhuhh... :'(.. cam yang korang taw kan,aku memang suka makan kan? jadi,ada kemungkinan ke aku nak pantang makan?  Pantang jumpa ada la... lastly,kami mintak bergambar sebagai kenangan..


# terima kasih atas kerjasama !!!!


     Walaupun penat mencari lokasi pusat kesihatan ni,tapi melihatkan perkhidmatan yang diberi,kami berpuas hati....semoga pusat kesihatan ni terus maju dalam memberi perkhidmatan.. Sampai sini jela post aku kali ni...jumpa lagi di lain post...

Assalamualaikum...