Friday 12 April 2013

Kembali ke sekolah!!!!

Assalamualaikum...

       Mesti korang pelik kan tajuk post aku kali ni? Selalunya kembali ke sekolah adalah pada awal tahun untuk bebudak sekolah je..tapi,aku kan da masuk ke universiti..jadi,kenapa nak ke sekolah??

       Macam ni la...Sebenarnya bukan sekolah aku pon..tapi sekolah kawan baik aku,Eykin Azmy..ni link blog dia kalau korang nak tengok.. http://s2eykinazmy93.blogspot.com/.. ok,lupakan dulu tentang tu...aku kene ke sekolah atas urusan tugasan yang diberi oleh pensyarah Pembangunan Diri aku..Tugasan kami adalah kena buat kajian tentang jati diri kebangsaan dalam kalangan pelajar..Jadi,kami telah memilih sekolah Eykin untuk buat kajian..

        Di sekolah ni,kami mencari seramai 30 orang responden untuk menjawab soalan yang kami beri..Soalan dia tak banyak pon..adalah dalam 30 soalan..Jadi,tak susah la untuk bebudak sekolah ni menjawabnya..Lepas tu,kami kena menemubual cikgu-cikgu kat sekolah tu untuk soalan temubual yang kami sediakan...Walaupun aku tak dapat pergi ke sekolah asal aku,tapi aku tak terkilan pon..sekurang-kurangnya aku boleh merawat rindu terhadap sekolah aku dengan ke sekolah Eykin..Lagipon,sekolah aku jauh kan?kat Taiping nuu ha..Jadi,memang tak strategik la kami nak pergi ke sekolah aku kan??

# Eykin memberi sedikit taklimat kepada pelajar
# menunggu dengan sabar para pelajar menjawab soalan






























     
        Di sekolah itu,segala kerja kami berjalan dengan lancar..Semua guru dan pelajar memberi kerjasama dengan baik sekali..Walaupun pada mulanya kami menghadapi kesukaran untuk menemubual cikgu-cikgu di situ,tapi aku berpuas hati sebab akhirnya hasil kerja kami memuaskan sebab cikgu-cikgu sanggup ditemubual walaupun dah saat-saat akhir..Apapun,aku seronok ke sekolah Eykin sebab aku rasa muda dan terasa macam budak sekolah lagi!maklumlah, KEMBALI KE SEKOLAH!!!! hihihihi....



# mereka menjawab dengan penuh khusyuk soalan yang diberikan..



  Oklah,sampai di sini sahaja post aku untuk kali ini...Jumpa lagi di lain post.....

Assalamualaikum............

No comments:

Post a Comment