Sunday 7 April 2013

Tun Dr. Mahathir!!

Assalamualaikum....

   Seperti tajuk post aku,hari ni aku nak cerita sikit pasal kedatangan tokoh negara kita,Perdana Menteri yang ke-4,Tun Dr Mahathir...Macam tak percaya je aku mampu melihat beliau secara langsung..walaupun tempat duduk aku agak jauh dan aku tak sempat nak tengok secara dekat,tapi aku berpuas hati sebab dapat mendengar pendapat yang dikeluarkan sendiri oleh tokoh negara yang paling aku kagumi itu...Tajuk forum  2 ialah 'Mahasiswa dan Kedaulatan Negara'..



   Terasa seperti bermimpi apabila melihat beliau memberi pandangan-pandangan yang sangat bernas dalam setiap soalan yang diberi..Beliau berkata secara tidak formal dan mudah difahami..memang banyak sangat input yang aku dapat dari forum ini... dan aku rasa...dalam banyak-banyak forum yang aku hadiri,yang inilah paling aku tak mengantuk..Forum ni sebenarnya adalah untuk memberi penghargaan dan membincangkan tentang isu Lahad Datu dalam kalangan mahasiswa...Jadi, Tun nak berbincang bersama kami tentang isu ini...

   Eh,lupa pulak aku nak bagitahu...aku pergi atas tiket suksis..Jadi,berpakaian kakak polis la aku pada malam tu..tapi aku tak kesah..sebab di akhir acara tu,kami ada buat persembahan dengan menyanyikan  2 buah lagu iaitu warisa dan inilah barisan kita.Baiklah...sehingga di sini sajalah post aku nampaknya..aku pon dah xde idea nak cerita apa lagi....babai...

Assalamualaikum....


No comments:

Post a Comment