Sunday 26 May 2013

Hati dan Perasaan

Assalamualaikum......

          Herm..sebenarnya tak tau nak tuli ape untuk entry kali ni..tapi,aku menulis jugaklah....erm..bagi aku,post kali ni aku macam nak tulis sesuatu pasal hati dan perasaan....dan ini akan jadi yang pertama dan terakhir kot...orang cakap,blog ni kadang-kadang boleh menjadi diari online..jadi,aku nak merealisasikan ape yang orang cakap tula kan??

          Sambung cerita aku..selasa lepas aku dikejutkan dengan perkara yang aku tak sangka-sangka...ibu aku sakit..jadi,dengan pantas dan tepat jugak aku pon balik..suara dia dah lemah sangat...sampai je kat rumah..aku tengok dia...erm..boleyla...dia masih ok..tapi....terselit sesuatu yang hanya aku dan dia faham keadannya..malam tu,kami bercerita tentang keadaannya dan yang paling penting,apa yang menyebabkan dia tetiba semput...

           Erm..ada la Mr.A ni yang buat ibu aku sedih..setelah lama ibu aku berkorban untuknya,kenapa la dia masih nak uji ibu aku camni?apa yang dia nak lagi dari ibu  aku ni??udah2 la...cukup2la...aku dah tak larat lagi nak tengok ibu menanggung semua ni..erm...taw kenapa aku terkesan?/sebab bende ni melibatkan aku...aku x faham la...kate sayang..tapi??ape yang dia buat yang menunjukkan dia sayang??

      Aku sangat2 tak faham..bukankah sayang itu kebiasaannya dilambangkan dengan perbuatan?kita sayang,kita lindungi dia,jaga hati dia...bukan lagi menyakitkan!apa ertinya sayang camtu?bertahun-tahun duit,tenaga dihabiskan hanya kerana dia seorang!bertahun-tahun hati dan perasaan dimainkan!dan bertahun-tahun itu dia tidak pernah menyesal!tak pernah insaf!entahlah..aku tak faham apa sebenarnya yang dia hendak..aku tak mampu..dan aku tak tahu apa yang tersirat dalam hati dia..

      Bukan kebiasaan aku nak meluahkan..bukan aku nak meminta simpati dari sesiapa..tapi,kadang-kadang kita perlu meluahkan di satu medium.. apa yang aku coretkan di sini,semuanya kebenaran..kebenaran yang melambangkan seorang lelaki yang hadir dalam hidupku dan hidup ibuku...lelaki yang sepatutnya melindungi kami,menyayangi kami,menjaga kami sepenuh hati..Kadang-kadang cemburu tengok orang lain bersama lelaki itu..tapi aku?kita tidak boleh menyalahkan takdir...dan kita juga tak boleh menyesali takdir yang berlaku..tu aku tau dan aku faham..sebab apa yang berlaku tu semua ada hikmahnya..

      Aku tau..apa yang berlaku ni semua dapat membuatkan kami tabah..tabah dalam mengharungi dugaan dan cabaran yang mendatang ...seringkali aku melihat orang yang lebih tak beruntung daripada aku..sekurang-kurangnya aku masih ada ibu yang akan selalu menyokong aku,yang selalu berada di sisi aku untuk membantu aku..kadang-kadang tu ada orang langsung xde sesiapa yang nak menyokong dia kan?Atas sebab inilah aku terus tabah,terus bersyukur bahawasanya aku lebih beruntung daripada orang lain walaupun keadaan kami begini..

        Entahlah..bukan aku nak mengeluh..tapi,bak kata ain 'hidup memang penuh dengan masalah'..cuma kita pandai ataupun tidak je nak tangani masalah tu..oleh itu,aku cuba 'ignore' je bende-bende yang berlaku di sekeliling aku..tapi,aku terfikir gak..sampai bila aku nak ignore je bende ni?sebab akhirnya aku jugak yang akan cari jalan untuk menyelesaikannya....

        Kadang-kadang terasa berbelah bahagi jugak kan?kesian jugak kat Mr.A..tapi,selepas apa yang dia buat...aku jadi tawar hati..aku jadi geram,marah..bende yang paling penting sekali..aku tak tau dia sayangkan aku ke tak..mulut kata sayang,tapi perbuatannya?membuatkan aku rasa marah,benci dan meluat..adakah itu sayang...tolonglah...tolonglah ubah Mr.A..tolong la ubah perangai tu..tapi..rasanya macam entahlah....

        Ok lah..terima kasih sebab sanggup membaca entry aku yang aku rasa agak membosankan untuk kali ini..aku harap kalau korang faham sesiapa yang aku maksudkan,'please just keep that in mind'..aku rasa aku berhenti kat sini dululah..

Assalamualaikum....      

   



1 comment:

  1. sabar oke sayangg, masalah dan hidup umpama manusia dengan makanan :) *perumpamaan ape ntah aku bagi :P keke, keep smiling oke :)

    ReplyDelete