Sunday 19 May 2013

Gelandangan

Assalamualaikum....

        Mesti korang tertanya-tanya kan apa aku nak tulis kali ini? Gelandangan..apa tu gelandangan? Dari perspektif aku,gelandangan ni orang yang tiada rumah,orang yang miskin dan memerlukan perhatian..Diorang ni jugak sebenarnya orang yag berpendapatan yang sangat rendah yang rata-ratanya datang dari kampung untuk mencari rezeki di Kuala Lumpur tetapi tidak bernasib baik..Kesian kan? Tapi,menurut kamus dewan pula, Gelandangan ni adalah orang-orang yang pekerjaannya atau tempat tinggalnya tidak tetap.. Kesian kan? tengok diorang di kaki-kaki lima tidur sangat kesian...dengan takde makanannya,takde tempat tinggalnya,baju pon x terurus..kesian2..tapi nak buat camne kan..dia tak mampu...terima ajela adanya...

            Eh,mesti korang pelik kan kenapa tetiba aku cerita pasal gelandangan ni kan?sebenaqnya, Kelab Ekonomi ada buat program Tautan Kasih Bersama Gelandangan..Ni yang aku nak cerita ni...pengalaman yang sangat bermakna buat kami...Dapat meningkatkan rasa kesyukuran kepada Illahi atas kurniaan nikmat yang diberi...Kami bekerjasama dengan PERTIWI Soup Kitchen,satu badan NGO untuk menjayakan aktiviti ni..PERTIWI Soup Kitchen ni dah lama dah ditubuhkan khas untuk memberi makanan kepada gelandangan-gelandangan di sekitar Kuala Lumpur..Jadi,kami pon berkerjasama lah dengan mereka untuk memberi makanan kepada gelandangan..

             Kami pergi hari Jumaat pada pukul 4 petang..Sampai sahaja di Jalan Tuanku Abdul Rahman,kami melakukan sedikit aktiviti gotong-royong di Surau Dang Wangi..Selain mendapat pahala yang lebih,kami juga mendapat input berkaitan dengan penubuhan surau ini..Ini adalah kerana suarau ini terletak bersebelahan dengan Balai Polis Dang Wangi....Dan yang paling pentingnya,ketika kami datang tu,pada waktu maghrib,Ketua Polis Negara yang baru menunaikan solat Maghrib bersama-sama kami..Sebagai seorang ahli suksis,rasa bertuah pula dapat berjumpa dengan Ketua Polis Negara yang baru...Selepas kami solat maghrib berjemaah,kami pon berjalan kaki ke Tune Hotel di mana tempat yang sepatutnya kami beri makanan kepada golongan gelandangan..

          Sambil menunggu kehadiran van PERTIWI Soup Kitchen,kami berkumpul dahulu dan melihat keadaan sekeliling..Alangkah sedihnya melihat para gelandangan menunggu di kaki-kaki lima kedai..Paling menyedihkan apabila melihat keluarga yang membawa anak-anak kecil untuk mengambil makanan..Kami tidak berani untuk memdekati mereka kerana kami khuatiri keselamatan kami...Lagipun,kami telah dinasihatkan untuk menunggu pihak PERTIWI Soup Kitchen untuk melakukan perkara-perkara lain..

              Apabila pihak PERTIWI Soup Kitchen sampai,kami dibahagikan kepada beberapa bahagian...ada yang bagi lauk,ada yang bagi nasi,ada yang bagi jajan,ada yang bagi cupcakes dan ada yang bagi air kopi dan sirap..Walaupun agak kelam kabut pada mulanya,tetapi segalanya masih berjalan lancar..Kebanyakan golongan wanita yang ada pada malam itu merupakan wanita-wanita yang tua..kesian melihat mereka berjalan mengambil makanan..Golongan lelaki muda pula hanya mampu menundukkan pandangan apabila melihat kami..mungkin mereka malu dengan kami...Bagiku,ia merupakan satu kepuasan untuk memberi mereka makanan tersebut...

               Selesai sahaja memberi makanan,kami pergi menemubual dengan gelandangan yang sudi untuk ditemubual...sesetengah daripada kami ada yang bermain dengan anak gelandangan dan sesetengah bercerita dan beramah mesra dengan mereka...Cerita dan perjalanan hidup sesetengah gelandangan adalah berbeza...Jadi,kami mengambil iktibar daripdada apa yang diceritakan supaya kami tidak melakukannya..Program ini betul0betul memberi keinsafan kepada kami terutamanya aku..aku bersyukur gila walaupun dihujani dengan berbagai masalah,aku masih ada tampat mengadu dan yang penting,aku ada keperluan asas untuk hidup...

Sekian sahaja coretan kali ini...
Assalamualaikum...


No comments:

Post a Comment