Sunday 19 May 2013

Bersama walaupun sekejap,tapi bermakna....

Assalamualaikum....

        Hah!mesti pelik kan tajuk aku kali ni?hihihihihi...Kali ni aku nak cerita pasal program yang kelab aku jalankan 2 minggu sudah..Nama program tu adalah Seminar Menjawab Soalan STPM...Walaupun macam tak nampak sangat penglibatan aku,tapi tak pela..sekurang-kurangnya aku tolong jugak ajk kelab yang lain..Aku bukan fasi, bukan juga Ketua Pengarah...hihihihi... Aku cuma dipertanggungjawabkan untuk program je...

       Ok lah..peserta kami adalah dari Johor..Diorang datang kat sini 2 hari je..Jadi,kami banyak buat pengisian untuk 2 hari jela sebab hari ketiga diorang dah nak pergi cameron pulak..Tugas aku adalah untuk sesi ice-breaking dan Latihan Dalam Kumpulan 1...
       
      Untuk sesi ice-breaking, aku dah tentukan permainan ape yang diorang akan main...Dah namanya ice-breaking kan,tentulah nak pecahkan ice antara depa,walaupun sebenarnya depa semua satu kelas..Tapi takpe..sebab bukan semua mengenali peribadi antara satu sama lain..Mula-mula aku pecahkan diorang kepada kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri daripada 6 orang 1 kumpulan...Lepas tu,aku suruh diorang cari kakak dan abang fasi diorang...masa yang diberi hanyalah 15 minit..GAGAL? denda ar...wajib benda 2..hihihihih...kejam kan aku?Setelah 15 minit berlalu,hanya 2 kumpulan je yang berjaya membawa fasi diorang..Jadi,3 kumpulan yang lain terpaksalah melaksanakan denda yang diberi...ada kumpulan yang kene buat gwiyomi,ada yang kene buat chicken dance dan ada yang kene buat gangnam style..Tapi memang kelakar dan terhibur la dengan keletah diorang..hihihihi...Tapi yang lagi best,fasi pon same kene denda...2 yang paling best...hihihihihi....

     Permainan seterusnya pula adalah sesi suai kenal antara fasi dengan peserta..Ketika ini diorang kena hafal nama,asal,makanan kegemaran dan hobi setiap ahli kumpulan..Tugasan ini tidak terlalu susah sebab dalam kumpulan diorang cuma ada 8 orang termasuk fasi dan yang penting,diorang berasal dari tempat yang sama..Lepas tu,kami bermain game yang ilmiah sikit la..Aku suruh diorang cipta nama kumpulan,logo kumpulan dan sorakan kumpulan..Ini untuk meningkatkan kemahiran insaniah mereka,di mana mereka mampu bercakap di khalayak ramai tanpa rasa malu..Lepas tu,disebabkan jam dah menunjukkan angka 6 dan diorang pon x solat lagi,aku pon lepaskan la diorang...Tapi,pukul 8 malam diorang kene berkumpul balik..

     Agenda seterusnya adalah LDK 1..yang ni mula-mula bukan aku yang handle,tapi...xpela..aku ada backup game...jadi,aku handle la dulu..Yang ni tajuk dia adalah Tugasan Menyelamat!..Peserta diberi kertas yang memberi ciri-ciri orang yang patut diselamatkan dan berbincang tentang siapa yang perlu diselamatkan terlebih dahulu...Pergh!sangat hebat diorang berdebat..masing-masing tak mau mengalah..masa pembentangan yang sepatutnya berjalan dalam masa 25 minit,jadi sejam!nampak tak kat situ betapa teguh pendirian diorang nak mempertahankan keputusan kumpulan diorang..tapi,bagus la..Nampak la pendirian diorang...

     Lepas tu,kami main game Love Your Look di mana setiap ahli kumpulan diberi kertas surat khabar,gam,gunting dan kertas mahjong..Mereka perlu memilih seorang model untuk dibalut dengan kertas surat khabar itu mengikut fesyen yang mereka kehendaki..Memang gamat suasana ketika itu sebab macam-macam model baju yang mereka buat..ada yang macam hang tuah,ada yang berbaju jubah,ada yang buat blouse, ada yang buat puteri kipas dan ada yang buat baju peplum..hihihihi...sangat kelakar...tapi,kretif jugak depa ni...sebab dpat buat baju camtu dalam masa yang singkat...Abis je program tu,kami buat suprise party kepada seorang peserta yang hari jadinya semalam...terharu sungguh dia...hihihihih...







    Keesokannya pula aku tak ikut program diorang sebab aku pergi latihan suksis..jadi,aku tak tau la ape perangai diorang..tapi yang aku taw,diorang enjoy walaupun pengisian program pada hari tersebut sangat berat..yela..diorang ada seminar menjawab 3 jam,motivasi diri lagi,pastu LDK 2..petangnya,diorang ada Le Tour de UKM..apa 2?apa lagi..pusing2 UKM la..hihihihii....

    Pada malam harinya pulak,diorang ada tips menjawab makroekonomi dan mikroekonomi yang dikendalikan oleh kami sendiri dan muhasabah diri yang kami import daripada USIM..jauh tu!!hihihihi....tapi,apa yang kami lihat,para peserta sangat bersemangat nak bertanya dan belajar daripada kami dan respon yang diberikan ketika muhasabah diri sangat aik...Alhamdulillah..segala-galanya berjalan dengan lancar...bersyukur sangat sebab diorang bagi kerjasama dengan baik...Untuk merapatkan lagu ukhuwwah kami,kami telah buat group di facebook supaya para peserta dapat bertanyakan dengan lebih lanjut tentang pelajaran..Walaupun sekejap kami bersama,tetapi ukhuwwah yang terjalin seperti telah lama...
ok lah..sampi di sini sahaja cerita aku untuk kali ini...




Assalamualaikum...


     

No comments:

Post a Comment