Sunday 26 May 2013

Sesi Pembentangan 1..

Assalamualaikum...

    Untuk entry kali ni,aku nak cerita pasal sesi pembentangan  yang berlangsung pada 9 Mei yang lepas..hihihih..Sepatutnya semua ahli kelas kami dah bersedia untuk sesi ini..tapi,macam-macam yang terjadi..

    Masuk-masuk je kami kat kelas..kami bersembang dan masing-masing sibuk untuk membuat persiapan..tapi,tak ada sesiapa yang ke depan pon untuk letak video dan slide kat depan...Sir masuk tanya kami dah bersedia ke?tapi kami takde seorang pon yang meletakkan slide dan video kat depan..dah tu kalau tak letak,memang tak test la kan?video pon entah boleh bukak ke tak..tak sorang pon test...Lepas kami ditegur oleh sir Azzwan baru kami mulakan sesi memasukkan slide kat depan..tak sempat pon kami nak test..tapi tak pela..kene teruskan jugak sebab kami mula dah lambat...

    Kumpulan pertama yang sir cabut adalah dari Kumpulan 12 iaitu kumpulan Fatin..Diorang buat tajuk PANTANG LARANG..diorang huraikan satu persatu pantang larang yang terdapat dalam kaum melayu,cina dan india..Pantang larang ni diorang fokuskan kepada majlis perkahwinan,ketika musim perayaan dan harian..Menarik persembahan diorang..slide pon macam ok je..Tapi kan,bila tiba bab video,alamak!tetiba tak keluar suara..hah!tula..tadi tak test masa masukkan..kesian aku tengok Fatin kat depan..dah gabra dah dia...jadi,video diorang tak ada suara lah...

    Selepas itu,sir cabut lagi undi..kumpulan yang kedua ialah Kumpulan 2..dahla kumpulan kedua,dapat nombor dua pulak..memang kebetulan!Kumpulan ni pulak adalah kumpulan Eykin!hihihih..excited la kan..setelah tengok dia bersusah payah buat slide dan video,tiba masa kumpulan dia nak present..erm..disebabkan video dia mula-mula, jadi, video dia tak dapat ditayangkan..sebab,tak ada suara..kesian..Jadi,sir mintak budak laki untuk betulkan speaker tu..dah lama tak dapat betulkan,sir pon turun padang nak betulkan speaker..Lama giler diorang membetulkan speaker tu,tapi masih tak boleh..Jadi,sir suruh budak laki ambil speaker diorang kat bilik...

     Dapat je speaker,diorang terus pakai speaker diorang..untuk itu,sir suruh kami keluar 5 minit..tapi,malang tak berbau,waktu-waktu camnilah beg duit Naim hilang! puas dia cari,tapi tak jumpa..Tapi memang dia yang cuai pon..sebab dia yang tinggalkan kat dalam toilet..

   5 minit kemudian, kumpulan 2 teruskanlah kepada pembentangan slide diorang..Tajuk diorang ialah KASUT..Pertengahan tu,Naim mintak keluar untuk cari beg duit dia bersama Ammar..Baru je kumpulan 2 nak tayangkan video,tetiba ada orang bawakkan beg duit Naim..Dah sudah! pening pulak nak cari Naim..takut dia dah buat laporan polis..ada rakan sekelas cuba untuk telefon Naim..tapi,apalah bijaknya si Naim ni,tak bawak pulak telefon..Cuba pulak telefon Ammar..rupanya sama bijak je diorang ni..tak bawak jugak..Lepas tu,terberhentilah presentation kumpulan ni sebab sir nak pergi cari Ammar dan Naim..

    Huh..dugaan..dugaan...Lepas tu kami teruskan tayangan video kumpulan 2..Video diorang best! diorang buat macam Mat Lutfi punya video..menarik la yang pastinya..alah..top 3 video kot..jadi,tak hairanlah... Alhamdulillah..setelah selesai semua masalah..selesai pembentangan untuk 2 kumpulan..dan hanya 2 kumpulan dan yang paling sikit pernah sir buat sepanjang jadi pensyarah..nak buat cam maner..masalah teknikal..tapi takpelah..benda dah berlalu...Apapon...Kami MINTA MAAF sir!! =(

      Rasanya sampai sini sahajalah aku dapat terangkan pasal sesi pembentangan ni..jumpa lagi di keseinambungan post yang akan datang..

Assalamualaikum...

1 comment:

  1. Custom Chinese TIN TIN TIN TIN TIN - Stainless Steel
    Shop for man titanium bracelet Custom Chinese TIN TIN TIN TIN oakley titanium glasses TIN TIN TINTT on titanium pan TINanium-arts.com! Shop for Custom Chinese TIN ford escape titanium 2021 TIN TIN TINTT on TINanium-arts.com! titanium piercing jewelry Buy Quality TIN TIN TINTT

    ReplyDelete