Sunday 26 May 2013

Stres!!

Assalamualaikum....






     Herm..Sempena nak exam ni,tetiba aku rasa nak tulis entry pasal stres..cliche' kan? tapi aku nak tulis jugak..stres memang sinonim dengan exam kan bagi student?lagi-lagi kalau masa nak exam la sakit la,masalah-masalah luar datang la...dengan nak fikir silibus yang tak abis baca lagi,dengan fikir nak selesaikan masalah lagi..serabut!jadi,ini la yang mendatangkan stres!erm..aku malas nak citer pasal punca-punca stres ni..sebab kalau aku cerita pun,bukan ley selesai kan???



       Jadi,aku teringin nak cerita pasal langkah-langkah mengatasi stres..Ini mengikut pendapat aku la..kalau stress,korang boleh : 

1) Makan..

     Dengan makan,korang boleh melupakan stres korang.tak kiralah ketika study tu korang stres tentang silibus atau benda lain..kebiasaannya,selalunya orang yang stress makan coklat..sebab coklat ada sejenis bahan yang boleh menenangkan fikiran kita..sebab tu,sesetengah orang lebih suka makan ketika stres..tapi,bahaya!kalau terus makan,boleh menyebabkan dapat penyakit lain pulak..tak pasal-pasal jadi obesiti..Jadi,teruskan cara kedua..

2) Shopping...

       Ok,kategori yang ini pulak boleh buat kopak duit korang..tapi,ia merupakan satu kepuasan lagi-lagi bagi wanita..Shopping boleh menjadi satu terapi jiwa sebab kadang-kadang dengan melihat barang-barang yang berjenama,barang-barang yang cantik boleh membuatkan kita lupa seketika benda yang membuatkan kita stres...Jadi,ketika stes adalah masa paling sesuai untuk membelanjakan wang..hihihi..Tapi,kalau agak-agak dah tak da wang,kita pergi ke langkah seterusnya...

3) Menangis...

     Kategori yang ni aku tujukan khas buat wanita...sebab,wanita lebih murah air matanya..lebih mudah tersentuh..orang cakap emosi perempuan nilah yang menunjukkan perasaan dia...lebih baik lepaskan segalanya melalui tangisan daripada pendam di dalam dan akhirnya meletup dengan sesuatu yang tidak dijangka..Menangis ni boleh menenangkan jiwa dan melapangkan fikiran..Suatu kelegaan apabila kita menangis dan lepaskan segalanya..lepas menangis,barulah kita fikirkan penyelesaian untuk masalah kita...tapi,ni untuk wanita,kalau yang untuk lelaki pulak...tengok yang seterusnya..

4) Ketawa

      Herm..kalau diikutkan mesti korang fikir macam nak jadi orang gila kan kalau tetiba nak ketawa?sebenarnya tak la..korang jangan la fikir tetiba nak ketawa pulak..cuba la cari rakan atau sesuatu benda yang boleh buat korang ketawa..Contohnya,tengok la maharaja lawak ke,tengok bintang mencari bintang ke ataupun susah-susah sangat korng cari kengkawan korang yang biasa menghiburkan korang..dengan cara ini,korang akan dapat melapangkan fikiran korang..Kalau tak jadi jugak....buat yang terakhir inilah..

5) Menyanyi,menjerit dan menari

         Dengan menyanyi,korang boleh menjerit dan juga menari kan?bila menari,korang boleh bersenam..Oksigen yang ada boleh memberi kecergasan dan kecerdasan minda kita..jadi,ia boleh melapangkan fikiran dan melepaskan segala yang terbuku..Kebiasannya,dengan menyanyikan lagu yang mempunyai pitch yang tinggi..

    Jadi,aku rasa ni jela yang mampu aku fikirkan untuk korang..hihihi...maaf kalau tak membantu korang..tapi,selamat mencuba!

Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment