Sunday 12 May 2013

Selamat Hari Ibu!

Assalamualaikum....

        Sempena hari ini yang merupakan hari ibu,aku nak tulis post pasal hari ibu lah...Aku pasti semua mesti ada ibu kan? tak kiralah sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia..




        Ibu merupakan seseorang yang paling dekat dengan kita kerana sejak dari dalam perut lagi ibu telah banyak berborak dan bersama dengan kita..Ibulah orang yang menyusukan kita,sanggup berjaga malam untuk kita,sanggup menghadapi jerih payah untuk memberikan satu cahaya buat kita...memberikan hidup baru untuk kita..Bagi kita,ibu adalah segala-galanya...Dari sekecil ibu jari tapak kaki kita sehinggalah kita mampu berjalan,berlari,ibu sentiasa di samping kita..sebab itulah Allah berfirman :

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."
 [Luqman 31:14]


       Jadi di sini kita dapat lihat bahawa Allah S.W.T sangat menekankan tentang seorang yang bergelar ibu. Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda  ketika ditanya oleh seorang lelaki :

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ayah kamu.”[1]

          Betapa pentingnya seorang ibu kerana jika dibandingkan dengan ayah,tiga kali ibu disebut,barulah ayah..Jadi dapat dilihat di situ bahawa kasih ibu mampu membawa ke syurga..Sebab itulah orang sering berkata bahawa syurga itu di bawah telapak kaki ibu..


          Bagi yang masih mempunyai ibu,hormatilah,sayangilah patuhilah arahan ibu kamu..kerana kita tidak tahu akan rasa kehilangan seorang ibu itu...Mungkin kadang-kadang kita rimas dengan segala bebelan ibu,tetapi,itulah yang akan dirindui apabila kita berjauhan..Mungkin kita merasa bahawa ibu tidak memahami kehendak dan perasaan kita,tapi,ketahuilah bahawa setiap ibu pasti menginginkan yang terbaik buat anak-anaknya..Jadi,janganlah sesekali kita melukai hati ibu kita,meninggikan suara dan mengingkari permintaan ibu kita..Namun,bagi yang sudah tidak mempunyai ibu,berbaktilah dengan menyedekahkan surah yaasin dan minta supaya dia dimasukkan ke dalam syurga..



Kepada ibuku  MUSLIZA MAJIDAH,kaulah segalanya bagiku...
 saya sayang ibu saya!!!


Assalamualaikum...






No comments:

Post a Comment